5/22/2010

sweet lemon tea :)


apa awak rasa bila awak gigit even sikit buah lemon? masam kan. so apa pulak awak rasa bila awak minum air teh? okey, itu mungkin depend on citarasa masing-masing. last one, apa awak rasa bila awak minum air teh yang dicampur sedikit lemon? awak akan rasa masam buah lemon, and at the same time awak jugak akan rasa kemanisan air teh.

SWEET LEMON TEA
nama ni saya ambil sebab ia ada kaitan dengan rasa yang kita alami dalam hidup. bagi saya, maknanya mendalam jika dilihat dari aspek kehidupan. konsepnya simple dan mudah.


LEMON
rasanya memang masam. kenapa saya pilih lemon? because they have a cool-looking appearance. dan comel jugak, hahha. masam buah lemon boleh diibaratkan macam kesedihan yang kita alami dalam hidup. sekali gigit, pasti akan ada sedikit reaksi pada wajah. sama macam hati kita. bila dalam kesedihan, hati pun pasti akan ikut muram. sesekali sakit pun ada.


TEA
kenapa saya pilih teh? sebab saya suka minum teh. teh buat saya rasa fresh. teh kebiasaannya manis kan. kemanisan teh boleh diibaratkan macam kegembiraan yang kita alami dalam hidup. saya rasa segar lepas minum teh, sama macam kita rasa senang bila hati 
gembira.
 


LEMON TEA 
air lemon tea rasanya masam bercampur manis, dan itu memang percaturan hidup untuk sesekali merasai sedih dan sesekali merasai gembira. konsepnya sama je kan.

'SWEET' LEMON TEA
hmm, kalau hidup asyik seronok je tak mencabarlah kan. so bila ada masa kita kenal erti kesedihan, baru kita tahu untuk lebih menghargai kegembiraan. Allah Maha Adil, sedangkan dalam hidup kita pun dia tunjuk betapa adilnya Dia. hidup pun nak merasa macamana rasanya kedua-dua perasaan sedih dan gembira. then that's why i say lemon tea itu sweet. because our life works better when both feeling present.

it's cool right? hahha.

2 comments:

.huda. said...

HAHAAHA
xabes2 ngn air fav awk

,,,

misfaida said...

hahha, air lemon tea memang sweet. tambah lagi kalau yang sejuk.

hee :)