3/19/2010

i have no much time for this

sekarang baru start sem ketiga (short sem).yup,jadual kalau dilihat memang terlopong sana terlopong sini (happylah sangat).tapi masa memang short.padanlah dengan 'short' sem.kami cuma ada 2 bulan untuk habiskan beberapa chapter untuk chemistry and basic themes of Quran (btq),so saya kena pulun betul-betul sem ni.saya akan buat sehabis baik!

HHA lagi satu,saya nak dapatkan dean's list untuk cgpa saya sem ni.dapat atau tak,saya akan cuba dan buat yang terbaik.sebab saya tau di mana ada kemahuan di situ ada jalan.saya nak kejayaan saya membanggakan parents saya.tak kira tak kira!hahha.

apapun,disebabkan sem ni terlalu singkat dan memerlukan usaha yang lebih gigih untuk score,saya terpaksa lupakan dulu tentang blog apa semua.so mulai sekarang sampai cuti final sem ni,saya takkan update blog.insya-Allah kalau panjang umur time cuti nanti saya update lagi.so selamat tinggal blog.blog pun nak rehat kan.rehatlah dalam masa 2 bulan ni coz lepas ni awak kena bekerja keras balik untuk layan kisah-kisah hidup tuan awak ni.hahha,tak betul apa bercakap dengan blog.pape jelah.

okey,sampai sini je dulu coretan saya untuk kali ni.i'll be missing you my blog!ahahha.see ya!
sem ni terlalu singkat untuk main-main.heh heh.

p/s:untuk rakan-rakan yang amik short sem sekali dengan kte,jom jadikan dean's list misi kita.tak kisahlah nanti dapat ke tak,yang penting kita usaha untuk dapatkannya.so basya!

3/09/2010

'dia' ada di sana menanti


Allahuakbar Allahuakbar_*azan berkumandang*
tapi di masjid..
.
.
kosong
.
.
sepi
.
.
ada orang pun cuma dalam 10-20 orang je.kadang-kadang tu sampai tak mencecah 10 orang pun.jemaah perempuan lain cerita,jemaah lelaki?

HUH,terasa agak kecewa bila kenangkan situasi ni.sedangkan inilah tanda kekuatan sebenar umat islam.dan kalaulah di setiap waktu masjid penuh dengan para jemaah yang datang dengan niat yang suci..nescaya takut orang-orang yahudi.pasti!

saya ingat lagi salah satu hadis Rasulullah SAW tentang solat subuh berjemaah di masjid,tapi saya tak berpa ingat ayt penuh dia.cuma yang saya ingat dalam hadis tu baginda cuba nak menyampaikan bahawa islam tidak akan menang selagi bilangan umat islam yang menunaikan solat subuh berjemaah di masjid tidak menyamai bilangan umat islam yang mengerjakan solat jumaat.

jap jap,sila jangan fikir huraian yang saya beri kat atas ni adalah hadis yang asal ye.yang atas ni just huraian dari apa yang saya faham je.lebih kurang macam tulah.

balik pada topik asal..tapi kan,kalau nak pergi tunaikan solat zohor asar maghrib isyak pun dah susah apatah lagilah subuh.lagi kuat ikatan syaitan ye tak?saya pun lebih kurang centu jugak.solat subuh memang besr cabaran dia.tapi sekali kita lepas dari ikatan syaitan tu,memang lega.tyme nak bangun tu je susah sebenarnya.tau jelah,perangkap syaitan.

apapun,yang penting niat.ikhlaskan hati insya-Allah bahagia.kalau sebelum cecah masjid pun dah merungut itu ini tanak pergilah apalah tak khusyuk kat masjidlah (banyak betul alasan),macam mana nak gembira kan?samalah jugak dengan amalan-amalan lain.ye tak?hehee.

saya tujukan post ni khas buat para lelaki tak kiralah yang muda,dewasa,dan tak terkecuali juga yang tua.kesimpulannya pada sape2 jelah yang baca post ni fikirlah balek dalam-dalam.i mean renunglah balek apa yang dah kita buat untuk agama kita sebelum ni.agak-agak dah berapa jauh kita dari jalan sebenar agama kita?uhh,jauhnya rasa.tepuk dada tanya iman.

iman saya pun sama..masih terlalu goyah.so sama-samalah kita lakar tekad dalam hati kita untuk sama-sama cipta perubahan baru.perubahan ke arah yang lebih baik insya-Allah.

wallahua'lam

p/s:sebelum kesempatan tu hilang serta merta,lakukanlah.hargailah keinginan 'mereka' di samping menguatkan keteguhan imanmu padaNYA.

3/05/2010

kenapa saya rasa saya semakin jauh?

saya pasti
hari demi hari
saya semakin jauh dari DIA
seperti saya berada dalam kegelapan yang tak terlihat
kegelapan dosa dan noda
saya tak mengerti bagaimana saya bisa begini
sedang saya tahu
dekat dengan-NYA sedikit pun tiada rugi
HUH

kenapa rasa cam blur gitu?
Ya Allah..bantulah hamba

'the true misfaida'