8/30/2010

DONE :)

macam tak sangka, doa mardhiah supaya projek dapat disiapkan pukul 12 malam ni termakbul. hehee, kitorang pun sambut merdekalah nampaknya. merdeka PROJEK SIAP. hha.

apapun, thanks to Allah. Dia Maha Mendengar, tak sangka sebegini cepat doa termakbul. apapun, yang dah siap cuma basic sahaja. banyak lagi yang perlu kami adjust and topup. doakan kami berjaya insya-Allah.
okay, selamat tidur semua. moga mimpi yang indah belaka ye. hehee.

peace be upon all of you :)

8/29/2010

LADY GAGA

APAKAH? HEH HEH.

        

          


mungkin dah ramai yang tahu, tentang siapa sebenarnya LADY GAGA. tentang faktor kepopularannya, lirik-lirik lagunya, dan tak lupa juga unsur-unsur yang cuba diterapkannya dalam minda kita yang HANYA MENERIMA seterima-terimanya. betul tak?

untuk pengetahuan anda, lady gaga adalah salah seorang ahli illuminati / penyembah syaitan. illuminati ni adalah satu pertubuhan dalaman orang yahudi yang sekarang telah menguasai ekonomi, sosial, dan politik dunia. mereka yang mengawal semuanya tanpa pengetahuan kita. mereka telah lama memasang misi untuk memerangkap minda kita dengan pemikiran ala-ala barat dan tidak mengendahkan tuntutan agama. but i think most of us dah tahu tentang ni. sajelah nak heboh-hebohkan lagi. kalau awak teliti betul-betul, awak akan perasan ada banyak simbol-simbol tersirat yang ditunjukkan oleh lady gaga dalam kebanyakan video klipnya. masalahnya masyarakat kita ni, suka pandang sebelah mata. tulah kelemahan terbesar kita. come on, wake up lah!

cuba tengok gambar kat atas, ada banyak simbol 'lightning' yang digunakan. simbol tu ada kena mengena dengan PENYEMBAHAN SYAITAN. ni baru sikit, belum lagi simbol-simbol lain yang berunsur macam-macam lagi. huh, sedihnya tengok umat manusia zaman kini. ada tu yang dah tahu, tapi still dengar lagu-lagunya. still tak mahu nak buang kekeruhan yang dah nampak depan mata. tengoklah lirik-lirik lagu lady gaga, contoh paling tepat PAPARAZZI. semuanya berunsur membawa ke arah kepercayaan menyembah syaitan. Ya Allah, jauhkan kami dari kemungkaran-kemungkaran ini. selamatkan kami wahai Yang Maha Melindungi. selamatkan kami.

wallahua'lam.

8/28/2010

COMPUTER AND INFORMATION ENGINEERING

Selasa baru-baru ni, ada briefing pasal major course kat main campus gombak untuk budak engineering, graduating-student. insya-Allah awal bulan 10 tahun ni saya akan mengakhiri pembelajaran saya di matrikulasi uia pj. dan insya-Allah juga andai umur masih panjang, akan memulakan perjuangan baru pula di main campus uia gombak dalam awal bulan 12 tahun ini juga. membuat keputusan yang berkait dengan masa depan bukan mudah, ya, sangat sukar. tapi alhamdulillah, setakat ni Allah buka hati saya untuk memilih 'Computer and Information Engineering' sebagai major yang bakal saya ambil di main campus. tak mustahil kalau nanti ada perubahan pulak kan, hehee. ni saja nak kongsi pilihan saya untuk major apa in engineering kelak.

1) COMPUTER AND INFORMATION

2) COMMUNICATION
3) MECHATRONIC
4) MANUFACTURING
5) AUTOMOTIVE
6) AEROSPACE
7) MATERIAL
8) BIOTECHNOLOGY

saya tak minat physics and chemistry. so saya cuba untuk sedaya upaya memilih major yang tak banyak subjek-subjek tersebut. apapun, semoga pilihan saya ni diberkatiNya. He Knows the best. may He bless.

SEMBUNYIKAN

sekuat mana pun hati memberontak meluahkan cinta itu ini, diamkanlah ia. tenangkannya dan katakanlah,...

'wahai cinta, mari kita sama-sama berjihad. biarpun sakit, tak mengapa. asal perasaan ini kekal dalam redha-Nya. semoga jihad ini diterima olehNya.'

sukarnya melalui cinta, biarpun perasaan itu bahagia. Ya Allah, hamba minta jauh dari cinta yang membutakan mataku. hamba pohon cinta yang datang dariMu. bukan dari syaitan dan hawa nafsu. amin :)

8/07/2010

HE IS QUALIFIED

'medic is nothing, but when it comes to contribution to islam, its something.'

itulah ayat budak lelaki tu bila habibah (kawan) mengucapkan tahniah padanya sebab dapat tukar course dari bioscience ke medik. namanya zaki. saya tak pernah jumpa dia pun, cuma selalu dengar cerita pasal dia dari fatim (roommate) sebab dia ni classmate fatim. masa saya dengar cerita pasal ni, terasa darah saya seakan berderau. 'bagusnya dia', detik hati saya. fatim cakap dia sangat menjaga pergaulan. bercakap dengan perempuan pun cuma untuk tujuan yang betul-betul khusus je. takdelah main cakap-cakap kosong macam yang biasa kita lihat zaman sekarang ni. ex-KISAS, kata fatimlah. hehee.

mana nak cari lelaki sebegini baik zaman sekarang ni? mungkin satu dalam seratus. hmm, ye ke? mungkinlah kot. ramai je sebenarnya. hahha.

percayalah, saya cerita pasal dia ni tanpa sebarang tujuan yang istimewa okey. just mengharapkan para lelaki di luar sana sedar bahawa sebenarnya kebaikan tu yang menarik hati orang untuk menyukai kita. please, be a good thinker.

may HE bless :)

SAYA PANDANG JE

tadi ada karnival pibg kat sekolah menengah kebangsaan abu bakar baginda, sekolah hanan (adik). saya, ummi (ibu), 'aina dan aiman (adik) pergilah singgah jenguk-jenguk sekejap.

astaghfirullahal'azim, saya tengok perilaku budak-budaknya.. pusing kanan, lelaki perempuan riang-bahagia sedang main sembur-sembur apa entah BERSAMA-SAMA. pusing kiri, lelaki perempuan lepak dekat motor sambil main tepuk sana tepuk sini. Ya Allah, inikah generasi islam akan datang yang bakal memimpin negara. saya cuma memandang. kalau ikutkan hati, nak aje saya tegur diorang. nak sangat. tapi apakan daya, kami cuma singgah sekejap and nak cepat. so saya cuma mampu memandang dengan pandangan kurang menyenangkan dari jauh. ada yang perasan ada yang tak. isyh budak-budak ni, kalau iye pun jagalah sikit perilaku. kan ramai ibu bapa yang datang, mencemarkan nama sekolah je. and the most important thing is YOU YOURSELF. secara tak langsung orang pandang lain dekat korang tau. saya teringin nak mendekati diorang and jalankan tanggungjawab saya sebagai saudara sagama, tapi tak mampu. saya pun satu hal, marah kat orang sedangkan diri sendiri lemah. isyh isyh isyh :(

kalau walid (ayah) ada sekarang, mesti walid akan tegur. walid sangat berani, sebab 'MENCEGAH' ITU PENTING. saya respect sangat kat walid bab-bab ni. hahha, i love you ummi walid! back to the story, saya risau jugak tengok suasana budak-budak sekolah ni. risaukan hanan. semoga dia kuat di sini insya-Allah.

sahabat-sahabat semua, cuba fikir balik.. kenapa Allah suruh kita jaga pergaulan?

PULANG :)

alhamdulillah, selamat akhirnya sampai di rumah semalam (jumaat). alhamdulillah jugak, plan berjalan lancar. adoyai, semalam sampai hari ni baru nak heboh. hahha, apa-apa jelah.

by the way, semalam huda (roommate) balik dengan saya. lagipun pejabat ayah huda dekat je dengan uniten. hikhik, macam tak sangka pulak akhirnya huda akan jejak kaki ke rumah saya. kenapa ye? hee, entahlah. tapi huda sempat bertandang di rumah sekejap je. sebab beberapa minit kemudiannya, ayah huda sampai. apapun, thanks huda sebab sudi tumpang kami. hahha :D

BASYA!

8/04/2010

KITA CUMA MAMPU MERANCANG

ASSALAMU'ALAIKUM :)

semalam (rabu) hari yang agat rumit. semalam kami baru habis belajar chapter 3 subjek mathematics 3. kemudian madam nak buat kuiz, siapa tak terkejut. serius saya ingat kuiz hari jumaat. tapi madam cakap mesti buat samada hari rabu atau khamis sahaja. other than those days, NO. hahha, habislah! jujur, saya tak ready apa pun. baca sikit-sikit adalah time buat tutor. tapi untuk kuiz, banyak lagi nak kena tengok. so kesimpulannya, saya TAK READY LAGI. even memang ada orang bagitau hari rabu mungkin kuiz, entah kenapa saya boleh tak percaya. saya terlalu yakin kuiz akan buat hari jumaat. hahha, apalah. so bila madam cakap macam tu, bukan saya sorang je yang terkejut, yang lain pun sama. rasanya kebanyakannya pun macam kurang bersedia lagi. alhamdulillah, diorang berjaya pujuk madam tunda kuiz. and lastly madam tunda ke hari esok. dengarlah semua, ESOKNYA SAYA ADA KUIZ CHEMISTRY 2. best tak? bila tau macam tu, berselirat otak saya jadinya. tulah, siapa suruh tak ready awal-awal. main-main je tau.

dahlah malam hari rabu tu (malam semalam) ada kelas ganti chemistry. huh, khamis pulak pukul 7 pagi ada kelas chem (additional class untuk budak-budak tak pandai chem, HAHHA). kuiz maths pukul 9 pagi. petang ada kuiz chem pulak. so bila nak study maths? dahlah sekarang saya dah tak berani berjaga lebih dari pukul 2 pagi memandangkan banyak berlaku hal-hal kurang enak sejak kebelakangan ni di sini. huh, saya STRESS. saya tak suka stress. saya suka COOL. saya suka TENANG. so saya kena cari jalan penyelesaian. sebab saya TAK SUKA STRESS! dalam waktu-waktu macam ni, pada Allah je saya mampu minta pertolongan.. agar dipermudahkan segala urusan, diberi ketenangan, dan dijauhkan dari segala kesulitan. He understand me. yes, He really understand what i felt that time. first sekali, saya dapat rasakan ketenangan itu hadir sedikit demi sedikit. second, urusan saya dipermudahkan. subhanallah, dari yang sulit mudah je Dia menjadikannya mudah.

mulanya saya rancang tak nak pergi kelas chem sebab nak study maths kat library, tapi tak sangka rancangan saya tak menjadi and entah macam mana saya boleh pergi kelas chem pulak. hahha, Allah Maha Tahu apa yang terbaik untuk saya. time kelas chem, saya kurang menumpu sebab sibuk duk selak buku maths. hahha, jahat kan saya. kesian sir. serius rasa bersalah, tapi terpaksa. dan saya akui semua masalah yang saya hadapi tu berpunca dari kesilapan saya sendiri. bila ingat balik, kelmarin hari selasa pun saya kononnya rancang nak makan burger wendy's pukul 10 malam, tapi dengan takdir Allah kami sebilik keluar pergi AMF sebab tetiba rasa macam nak dengar forum sempena PALESTIN WEEK kat matrik uia sekarang. and balik pukul 12 tengah malam, makan burger pun dalam pukul 12 lebih tengah malamlah. nampak tak, kami cuma mampu merancang, tapi ALLAH YANG TENTUKAN samada perancangan tu akan menjadi atau tak. dan kita mesti yakin, apa yang Allah tetapkan pasti ada hikmahnya. yakin PASTI! hehee.

okeylah, sampai sini dulu. dah tak sabar nak balik minggu ni. nak jumpa umi walid. semoga rancangan saya nak balik minggu ni menjadilah. hikhik, amin. doakan yang terbaik untuk saya tau. may Allah bless us.

wallahua'lam.

8/03/2010

MAIN-MAIN :D


salam semua,
 sekarang saya di computer lab E. kelas baru habis. after this nak pergi pasar and singgah wendy's beli burger. hahha, paper exam tak dapat lagi. tapi macam teruk je. wallahua'lam. okey, gotta go. salam kembali :)

8/01/2010

KISAH YANG MENGUNGKIT NOSTALGIA LAMA

alhamdulillah, saya masih diberi peluang olehNya untuk bernafas lagi hari ini. selamat jugak balik dari kampung. kenduri malam tadi pun alhamdulillah, tetamu yang berkunjung agak ramai. mulanya nampak macam tak ramai, so semua pun lengganglah sikit kan. beberapa minit lepas solat Maghrib berjemaah, orang makin sibuk. agak-agak kat mana tempat yang paling sibuk dalam waktu-waktu macam ni? hahha, dah tentulah DAPUR. sekejap itu, sekejap ini. kerja saya dekat sinki basuh pinggan. saya dengan kakde. orang panggil kami askar, dan arif (sepupu) jadi panglima sebab dia yang hantar pinggan-pinggan kotor ke dapur. pinggan yang dah basuh semua dia yang susunkan ke dalam dulang. terima kasih arif. riuh rendah dapur tau tak. ahahhahha, seronoklah!

dalam nak dekat pukul 10.00pm, ramai tetamu mula beransur pulang. dalam waktu tu jugak, saya dengan kakde berhenti dulu basuh pinggan untuk makan. saya cuma makan nasi dengan lauk gulai masam ikan patin. lauk lain dah tak sentuh. ikan patin.. memang sedap! ahahha :D

kat kampung, kami ada sorang mak saudara. malam tu, kami terasa lain benar sikapnya. dah nak dekat setahun, hubungan kami renggang. kami pun tak tahu apa akar puncanya, dia macam kurang berminat untuk terima kehadiran kami di kampung. sedih kan bila mak saudara buat macam tu. mak saudara yang dulu boleh dikatakan agak rapat dengan kami. secara jujurnya, saya sikit pun tak menaruh benci atau marah pada dia. cuma agak terkilan dengan layanannya yang agak mengguris hati. and last night, she looked different. really different. dia berborak dengan kami, bergurau senda, sebagaimana dia layan kami sewaktu dulu-dulu. huhuu, agak sedih bila memikirkannya. saya rindukan dia yang begini. tapi saya yakin, ada hikmah di sebalik semuanya. sepanjang malam tadi, terasa berlegar-legar nostalgia lama dalam minda. terasa syahdu bila mengingati saat-saat gembira dulu. sebab hari ni, detik tu seakan berulang kembali.

after makan, saya dengan kak aiman borak-boraklah kan sambil basuh pinggan. umur kak aiman dalam 30-an. dia sepupu walid, tapi sebab dah biasa dari kecik panggil kak aiman, so biar jelah. dia pun nampak selesa dengan panggilan tu. lagipun, dia pun masih single. masa berborak, dia ceritalah sikit perangai saya masa masih bergelar baby. nak tergelak pulak saya dengar. hahha. dia cakap kalau orang perempuan nak dukung saya tak mahu, tapi kalau lelaki yang nak dukung saya mahu pulak. gatal tak gatal. hehee, tapi itu time kecik je okey. sekarang tak begitu dah ye. ahahha. lain dari tu, ummi pun ada cakap yang saya ni SERIUS gitu masa kecik. mata saya selalu tajam memandang itu ini. bila orang bawak naik kereka bukan main lagi ketawa-riang-bahagia. peliknya saya masa kecik.

banyak lagi sebenarnya nak cerita, tapi tak cukup masalah pulak. takpelah, next time ada masa saya update blog lagi eh. hehee, okeylah. gotta go. senyum ye semua!

wahh, indahnya suasana kampung.

subhanallah :)

wassalam