2/15/2015

PROSES

Saya hidup sebagai seorang kakak sulung. Anak kedua daripada 7 beradik. Tanggungjawab sebagai seorang kakak dan abang lebih besar bila adik-adik menjadi pemerhati. Bila apa yang saya buat jadi perhatian adik-adik, jika baik baiklah, jika buruk buruklah.


Dalam usia menyahut erti dewasa, sedikit demi sedikit saya cuba perbaiki watak dan karakter diri. Sejak pemergian arwah nenek yang dikasihi, saya mula berganjak mengenal erti tanggungjawab diri. Arwah selalu tekankan, saya sebagai kakak perlu banyak bersabar, kena banyak tunjuk contoh yang baik pada adik-adik, kena banyak mengalah dan tolak ansur, kena banyak bantu adik-adik untuk jadi lebih baik. Namun waktu tu saya masih kurang mengerti, belum mampu menangkap erti tanggungjawab yang cuba arwah sampaikan. Walaupun sering bercanggah pendapat dengan arwah, arwah tak pernah putus asa membimbing saya. Hingga sanggup minta ummi serahkan tanggungjawab mendidik saya padanya kerana mahu bentuk saya sebaiknya selagi dia mampu.


Waktu tu saya masih sekolah rendah, hinggalah memasuki awal sekolah menengah, apalah sangat yang saya tahu tentang dunia tanggungjawab dan amanah. Namun arwah nenek tidak putus asa, menjalin hubungan yang erat, dalam masa yang sama menekankan pada saya realiti hidup saya sebagai seorang kakak sulung. Saya tak mengerti bila saya yang disuruh mengalah walaupun saya tidak salah, saya tak mengerti bila saya yang disuruh buat itu ini sedangkan adik-adik yang lain pun boleh disuruh, saya menyalah tafsir didikan arwah sebagai kasih sayang berat sebelah. Namun sedikit demi sedikit, saya mula faham erti didikan arwah nenek itu sebenarnya dalam sekali maksudnya. Dia mahu saya membesar jadi seorang kakak yang mendidik dengan contoh perbuatan, bukan dengan kata-kata semata. Namun silapnya, saya faham saat saya berdiri di hujung katil arwah melihat arwah menghembuskan nafas terakhirnya di pangkuan ibu. Saya mengerti saat air mata saya mengalir melihat arwah senyap dan kaku di katil, sambil tangan masih mengurut betisnya. Detik itu hanya Allah yang tahu peritnya hati melihat pemergian seorang insan yang amat saya kasihi. Insan yang sanggup menerima pelbagai tanggapan buruk dari saya demi melihat saya membesar menjadi insan yang berguna untuk masyarakat dan keluarga.


Somehow, hati rasa sedikit lega kerana sempat menulis sepucuk surat untuk arwah. Surat itu dibacakan oleh sepupu pada arwah sebab arwah kurang mahir membaca tulisan melayu. Dalam surat itu saya zahirkan rasa sayang saya pada arwah buat julung kalinya. Sempat juga saya selitkan kata maaf tulus dari seorang cucu yang sering buat masalah. Tanpa tahu itu surat terakhir buat arwah. Pertama dan terakhir. Sebak bila dapat tahu arwah tersenyum mendengar isi surat dibacakan :'( Mana saya tahu itu peluang terakhir saya untuk ucapkan sayang saya pada arwah. Namun saya bersyukur Allah detikkan hati saya untuk menulis dan mengirim surat itu untuk arwah. Besar jasanya pada saya, Doaku buat arwah yang dikasihi, moga sentiasa tenang di sana :'(


Ya, hidup bukan sekadar membesar, tapi membesar dan dalam masa yang sama belajar. Siapa sangka pemergian arwah nenek sebenarnya jadi titik tolak perubahan hidup saya. Bertatih mengenal erti tanggungjawab seorang kakak di usia 15 tahun, bukan mudah rupanya. Jiwa remaja yang dambakan keseronokan saat itu sedikit sebanyak jadi cabaran pada hati yang pada masa yang sama ingin tunjukkan contoh yang terbaik pada adik-adik. Ada masa tersungkur juga, namun ibu ayah sering ingatkan, sedangkan dunia tak memerlukan manusia yang sempurna untuk memimpin, cukup sekadar yang cuba untuk menjadi yang terbaik. Tersungkur sekali sekala itu biasa, jangan jadikan itu pelemah semangat untuk terus bangkit. Jika jatuh, bangkit, belajar, perbaiki semula. Jangan pernah berhenti. Berpegangkan kata-kata itu, saya teruskan jua walaupun jatuh juga berkali-kali.


Sebagai kakak dan abang, perlu punya kekuatan yang cukup untuk mulakan sesuatu yang baik dalam kalangan adik-beradik. Saya faham, bukan senang nak jadi pemula pada sesuatu yang baik. Walaupun kekok pada mulanya, tak lama nanti akan biasa insyaAllah. Daripada sesuatu yang tak biasa diamalkan, cuba jadikannya biasa, dan adik-adik akan follow. Proses ini tak berlaku that fast. Tenang dan yakin, teruskan, tak lama nanti akan nampak adik-adik mula ikut, mula jadikan perkara tu kebiasaan. Percayalah, seronok bila kita nampak hasilnya :)


Sebagai contoh, kita dengan ibu ayah. Malam-malam sebelum tidur latih diri pergi pada ibu ayah, salam tangan ibu ayah, kalau boleh minta maaf sekali lagi bagus :). Ataupun bila ibu ayah nak pergi kerja atau nak keluar rumah pergi mana-mana, biasakan salam tangan ibu ayah. Bila ibu ayah pulang ke rumah pun macam tu jugak, biasakan sambut di muka pintu dengan senyum dan huluran salam. Ini cuma contoh perkara-perkara baik yang elok kita amalkan dan mulakan dalam keluarga. Banyak lagi sebenarnya. Guess what, throughout this process of trying to be a good example to my little brother and sisters, i learned that i am training myself as well. Banyak yang saya dapat untuk diri saya sendiri jugak, the courage, confidence, and eagerness to be better. Sebab saya juga sedang belajar dari mereka. Saya juga sedang peroleh sesuatu dari adik-adik saya. Tua atau muda, bukan obstacle untuk kita belajar from each other. Hakikatnya proses mendidik dengan perbuatan ini halus dan unik. Seronok bila dapat jadi contoh yang baik, walaupun belum cukup baik, walaupun masih banyak kelemahan dan kekurangan, proses ni takkan pernah berhenti insyaAllah :)


Saat keluarga berhadapan masalah atau diri sendiri berdepan masalah, perlu tunjuk kuat depan adik-adik. Kesannya mereka juga akan lebih kuat. Tunjukkan yang semuanya akan okey, insyaAllah mereka akan lebih tenang. Kadang-kadang jatuh juga air mata, tapi cuba untuk tahan. Kadang-kadang tak mampu nak berbicara tapi jangan sesekali tunjuk lemah. Bukan sebab nak hipokrit depan adik-adik, tapi sebab mereka perlukan seseorang untuk bantu mereka rasa lebih kuat. Kalau kakak abang tak boleh jadi kuat, adik-adik apatah lagi. They probably can, but still you have to show that courage.


Saya tak pasti kesannya pada diri sendiri baik atau buruk. You become less expressible. Ada masalah pun menangis sorang-sorang. Find an empty room and there you cry alone, then stand up again and act like everything is okay. I hardly ask for help unless when i truely need it. I dislike myself for giving others burdens, so i used to end up trying to find other ways to help myself. Selagi boleh cari jalan tak susahkan orang, i try and work for it. Saya juga jadi lebih berahsia tentang apa yang saya rasa, nak express pun tak tahu macam mana, losing ways. Instead, you end up looking for motivations by yourself. But here, the good thing is, you become a self-motivated person, and you depend on Him more. See, good things bring you to goodness. Have faith.


Kemudian bila hadir seseorang yang baru yang punya makna dalam hidup, saya mula rasakan keperluan untuk latih diri untuk sedikit sebanyak berkongsi. Berkongsi apa yang saya rasa, berkongsi masalah dengan sahibah-sahibah. Kelak jika dikurniakan rezeki hidup bersama, tak terlalu kekok nak mula berkongsi kisah dan masalah hidup dan segalanya dengan pasangan. Itu, saya perlu belajar lebih lagi insyaAllah. But i hope he knows, when i told him something that i don't tell others, its because i respect him for he is someone who will someday become my husband, my leader and my kid's father. It means i am letting him in to my life and me to his life. Walaupun jauh di sudut hati, masih belum cukup berani untuk berharap lebih. 


24 years of living this humble life, alhamdulillah, He gave me lots of opportunity to learn. Learning about life makes you know Him more. You can feel it, when you have Him, everything's gonna be okay insyaAllah. And how many years more do i have for this short journey, i would not know. Yet i have to treasure these balance of life i have.


p/s : Love, lets be strong. For future might bring us more to be faced. And to dear self, jangan mudah jatuh, jangan mudah lemah, kuatkan semangat sampai ke akhir. Letaklah segalanya pada Allah.