5/24/2010

nak tau tak?

saya ada info menarik hari ni. mungkin dah ramai yang tahu, tapi takpelah.. saje nak kecohkan blog. hehee.

menu utama untuk lauk hari ni ialah sambal ikan bilis masak petai. hee, bukannya apa.. semalam walid ada sebut pasal lauk ni. lauk ni adalah lauk kegemaran walid sejak kecil lagi. keinginan walid buat saya rasa bersemangat nak buat (sebab saya sayang walid, hha). yelah even tak pandai mana memasak, sekali-sekala mencuba. memasak ni kena banyak pada practical. kalau baca je tapi tak pernah nak masuk dapur tak boleh jugak. lagipun sementara cuti ni belajar buat kerja dapur banyak sikit kan bagus. hehee, kalau ikutkan saya ni pemalas jugak sebenarnya. nasib baik ada nenek kat rumah, boleh jadi sifu. terima kasih sifu, ahahha :D

masa tengah kikis kulit petai, saya belajar sesuatu dari nenek. rupanya kulit petai ni boleh jadi ubat kencing manis, subhanallah. saya baru tahu, hee mesti dah ramai yang tahu.. cuma saya je yang ketinggalan sikit.


CARANYA:
 first, ambil kulit petai (tak kisahlah kalau nak ambil dengan isi-isinya sekali) dan masukkan dalam periuk (besar atau kecil tak kisah). then masukkan air ke dalam periuk tu. letak atas api (i mean atas dapur). tunggu sampai air yang berisi petai tu menggelegak. bila dah menggelegak, tutuplah api. after that tunggu sampai air tu sejuk sikit sampai agak-agak dah boleh minum, baru airnya boleh diminum. kulit petai tu biar jelah dalam periuk tu, yang penting airnya. done! hahha, itu je caranya. mudah kan? hmm so lepas ni bolehlah sape-sape mencuba, selamat mencuba! well done :)

sedikit maklumat tambahan:


hahha, alhamdulillah akhirnya lauk saya menjadi. lebih kurang macam nilah rupa dia. nyam nyam. ahahha. terima kasih lagi sekali wan :)

2 comments:

.huda. said...

awakk, minyak byk.

high calories. =.=
cehh, awk hebat masak!!
hahaha

CIK M said...

hehee, yang dalam gambar tu kte amik dari internet. yang kte masak tak banyak minyak macam tu, tak sempat nak masuk computer gambarnya. hee btw, act kte taklah pandai mana masak :P