5/27/2010

once again :(

sekali lagi, adik saya , aiman, demam panas. teringat balik kejadian beberapa bulan lepas ketika aiman diserang sawan sebab panas yang terlalu kuat. kami satu keluarga risau. saya tak dapat tidur lena mengenangkan keadaan kesihatan aiman saat ni. tidur tu tidur jugak, cuma macam kurang lenalah.


pagi tadi, demam aiman naik balik sampai tahap menggigil. kami lap badan dia dengan towel kecil yang sedikit basah supaya haba di badannya berkurang. ubat punggung pun dah masuk, cuma mungkin demamnya kuat sangat sampai terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk panasnya surut. alhamdulillah, nak dekat sejam kemudian keadaan dia dah bertambah stabil.

dan sekarang, saya ada di rumah dengan nenek sahaja. yang lain semua keluar termasuk aiman sekali. demam pun nak keluar jugak. budak-budak, biasalah kan. hehee :)

No comments: