10/02/2013

WRITER-READER-IN-ONE LETTER

Dear maryam,


Jadilah wanita solehah dan muslihah. Wanita yang bukan saja baik untuk diri sendiri, tapi baik juga untuk insan sekeliling. Untuk ibu ayah, untuk jiran tetangga, sahabat-sahabat, adik-adik, dan siapapun di sekeliling maryam. Jadilah wanita solehah bukan kerana dunia, bukan kerana mahukan pujian atau demi mendapat pasangan yang baik semata, bimbang kebaikan itu sementara. Jadilah wanita solehah kerana Allah, jadilah wanita solehah demi redha dan rahmat Allah. Jika niat maryam kerana Allah dan Rasul, insyaAllah, maryam akan dapat Allah dan Rasul, which means maryam akan dapat bahagia. Jika benar itu niat maryam. Dan kebaikan akan kekal bersama maryam. InsyaAllah.


Maryam, tentu maryam sendiri faham, nak berubah pada yang lebih baik bukan cuma dilihat dari apa yang maryam kata, tapi juga pada reaksi maryam bila Allah uji dalam kembara perubahan tu. Bagaimana maryam hadapi dan tangani, dari situ maryam sendiri akan nampak, maryam sebenarnya di mana. Iman maryam di mana.


Tapi, jangan sesekali buruk sangka dengan Allah. Dia tidak uji untuk pulangkan maryam di tempat dahulu. Dia uji supaya maryam sendiri sedar, kekuatan tu perlu juga dibina. Memang kekuatan semua datang dari Allah, tapi Allah beri pada mereka yang meminta dari Dia. Meminta bukan bermakna cuma berdoa dan duduk diam, tapi perlu juga dengan cara maryam bangkit dari jatuh, terus kedepan dan kedepan. Maryam, Allah lebih tahu maryam sakit hadapi, Dia tidak rugi atau untung kalaupun Dia tidak berikan ujian tu pada maryam, tapi sebab Dia sayangkan hambaNya, terlalu sayang, jadi Dia nak lihat sejauh mana maryam kuat untuk terus bangun demi Dia, dan Dia sediakan bantuan kalau maryam terus kuat. Rahmat Allah sangat luas, have trust. Pastilah, Dia uji dengan yang maryam mampu hadapi, yakinlah dengan pengetahuan Dia. Biarkan sakit tu sebentar, yakin iya cuma sebentar, tak lama nanti maryam sendiri tak sedar bila sakit itu hilang.


Dan waktu tu maryam akan rasa nikmat bertemu jalanNya.


Maryam, ujianmu kecil sekali nak dibandingkan dengan apa yang Rasulullah dan para sahabat lalui. Nak dibandingkan iman, apatah lagi. Mungkin maryam tak mampu sampai ke tahap mereka, bahagia dalam dugaan, rasa nikmat dalam sakit dan saat sukar, tak pernah putus asa sedikit pun dengan rahmat Allah. Kunci mereka, mereka cuma nampak Allah sebagai tujuan hidup mereka. Bila maryam jadikan Allah sebagai tujuan utama hidup, yang lain akan lengkap sendiri, dengan bantuanNya. Maryam pasti nak belajar dari kisah-kisah mereka kan :')


Yang kita lihat manis, itu yang kadang-kadang buat kita lupa pada Dia. Yang kita lihat pahit, itu yang kadang-kadang buat kita balik pada Dia. Jadi usah dipandang hina sedikit ujian dari Dia. Bawa hatimu kembali padaNya, Dia sentiasa suka menerima kepulangan hambaNya.


Don't loose faith. Always trust :)


Sincerely, MARYAM.