5/29/2010

it's TODAY

hari ni akan balik ke uia pj dan kembali sebagai SENIOR, ahahha. tapi sedih, sebab nanti mesti rindu rumah. pasti, memang pasti. apapun, sem last akan bermula esok.. dan azam saya pun akan mula dilancarkan esok. azam untuk dapat the best! i'll try my best, walaupun mungkin susah untuk dapat the best. well, at least we TRY TO GAIN THE BEST kan. hahha, okey selamat tinggal. insya-Allah, kalau ada masa saya update blog lagi. hehee ;)

doakan saya!
may Allah bless :)

wassalam

5/27/2010

tinggal sebentar ye blog :)

sem baru akan mula semula dua hari lagi. so rasanya mungkin blog tak dapat nak update selalu macam sekarang.  sem depan pun macam sibuk je, tak dapatlah nak online or what-so-ever macam selalu. hehee, cuma nak beritahu je. perasan macam ada yang tertunggu-tunggu post barulah :D


alamak, lepas ni kena mengadap buku-buku belajar balik. apapun, doakan yang terbaik untuk saya sem depan ye sebab sem depan ni adalah sem akhir saya di matric uia pj. insya-Allah kalau takde apa-ap aral, akhir tahun ni akan menjadi student uia main campus gombak pulak. so doakanlah yang terbaik untuk saya. harap-harap bolehlah dapat scholarship bagus-bagus :P


hahha, i'm coming mahallah zainab jahsyi! semoga last sem ni lebih baik dari yang sebelumnya. hope sangat  boleh enjoy saat-saat akhir di cfs iium dengan kejayaan dan kecemerlangan insya-Allah. hee, may Allah bless :)

once again :(

sekali lagi, adik saya , aiman, demam panas. teringat balik kejadian beberapa bulan lepas ketika aiman diserang sawan sebab panas yang terlalu kuat. kami satu keluarga risau. saya tak dapat tidur lena mengenangkan keadaan kesihatan aiman saat ni. tidur tu tidur jugak, cuma macam kurang lenalah.


pagi tadi, demam aiman naik balik sampai tahap menggigil. kami lap badan dia dengan towel kecil yang sedikit basah supaya haba di badannya berkurang. ubat punggung pun dah masuk, cuma mungkin demamnya kuat sangat sampai terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk panasnya surut. alhamdulillah, nak dekat sejam kemudian keadaan dia dah bertambah stabil.

dan sekarang, saya ada di rumah dengan nenek sahaja. yang lain semua keluar termasuk aiman sekali. demam pun nak keluar jugak. budak-budak, biasalah kan. hehee :)

5/25/2010

operation in progress :)

fade-up? huh, mudahnya saya menjadikan dugaan sebegitu sebagai alasan untuk saya FADE-UP. saya terlalu emo tadi sampai tak sempat fikir terlebih dulu sebelum berani cakap yang saya fade-up dengan dia (someone). ya, sakit hati masih ada.. lukanya masih ada juga. tapi sejujurnya, saya tak berhak untuk tak memaafkan dia. sedangkan saya pun manusia biasa yang banyak melakukan dosa pada Dia dan sentiasa mengharapkan keampunanNya. maka sebaiknya tak usahlah diambil berat sangat kesilapan orang pada saya. maafkan saya untuk entry emo tadi.

hehee, untuk bersihkan kembali blog saya dari sebarang unsur sakit hati or what-so-ever, saya saje nak
tunjukkan demo ni. hahha, demo yang pelik :P



tadi luka di hati saya parah macam dalam gambar di atas. makin parah dicampur dengan bisikan syaitan yang
menaikkan amarah. syaitan memang keji.



tapi alhamdulillah, hasil kekuatan yang dikurniakan oleh Allah pada saya.. semangat untuk merawat luka di hati
hadir secara sendiri. untuk melupakan hal tu mungkin susah, yang penting jangan ada dendam.. sebab itu sangat dan amatlah bahaya. thanks GOD :)



hha, dan rasanya macam nilah rupa hati saya sekarang. masih dalam rawatan, dan insya-Allah akan sembuh tak
lama lagi. nak tau, bila difikirkan balik.. lain benar perasaan saya ketika masih berasa marah kerana sakit hati sebentar tadi dan sekarang. entah kenapa, dengan sendiri hati saya rasa gembira walaupun sakitnya masih terasa. kegembiraan tu tak terucap dengan kata semata. subhanallah, betapa besar nikmat memaafkan orang. nikmat kegembiraan yang saya rasakan detik ini benar-benar menyenangkan.


 

and i really hope my heart can smile this way as soon as possible (still in progress maybe). hahha, it looks cool isn't it? kalaulah hati saya boleh
tersenyum sebegitu, pasti bahagia. senyuman iklas! ya, saya mengharapkan senyuman ikhlas itu mampu saya ukir buat dia. sakit hati tu cuma dari syaitan, so baiklah dilupakan. mungkin susah, tapi kalau niat kerana Allah.. yang susah tu insya-Allah akan berubah menjadi senang.


note; tomorrow'll not going to be worse insya-Allah :)

saya F.A.D.E.U.P!


saya fade-up fade-up fade-up fade-up fade-up. and i hate this kind of feeling! saya rasa down sangat-sangat sekarang. kenapa? mesti ke awak terus sakitkan hati saya? saya tak faham kenapa awak sanggup buat macam tu. 

huh.. it's hard to explain :(

5/24/2010

nak tau tak?

saya ada info menarik hari ni. mungkin dah ramai yang tahu, tapi takpelah.. saje nak kecohkan blog. hehee.

menu utama untuk lauk hari ni ialah sambal ikan bilis masak petai. hee, bukannya apa.. semalam walid ada sebut pasal lauk ni. lauk ni adalah lauk kegemaran walid sejak kecil lagi. keinginan walid buat saya rasa bersemangat nak buat (sebab saya sayang walid, hha). yelah even tak pandai mana memasak, sekali-sekala mencuba. memasak ni kena banyak pada practical. kalau baca je tapi tak pernah nak masuk dapur tak boleh jugak. lagipun sementara cuti ni belajar buat kerja dapur banyak sikit kan bagus. hehee, kalau ikutkan saya ni pemalas jugak sebenarnya. nasib baik ada nenek kat rumah, boleh jadi sifu. terima kasih sifu, ahahha :D

masa tengah kikis kulit petai, saya belajar sesuatu dari nenek. rupanya kulit petai ni boleh jadi ubat kencing manis, subhanallah. saya baru tahu, hee mesti dah ramai yang tahu.. cuma saya je yang ketinggalan sikit.


CARANYA:
 first, ambil kulit petai (tak kisahlah kalau nak ambil dengan isi-isinya sekali) dan masukkan dalam periuk (besar atau kecil tak kisah). then masukkan air ke dalam periuk tu. letak atas api (i mean atas dapur). tunggu sampai air yang berisi petai tu menggelegak. bila dah menggelegak, tutuplah api. after that tunggu sampai air tu sejuk sikit sampai agak-agak dah boleh minum, baru airnya boleh diminum. kulit petai tu biar jelah dalam periuk tu, yang penting airnya. done! hahha, itu je caranya. mudah kan? hmm so lepas ni bolehlah sape-sape mencuba, selamat mencuba! well done :)

sedikit maklumat tambahan:


hahha, alhamdulillah akhirnya lauk saya menjadi. lebih kurang macam nilah rupa dia. nyam nyam. ahahha. terima kasih lagi sekali wan :)

5/23/2010

man'll never understand

lelaki hidupnya seperti di atas satu jalan yang sentiasa berlampu hijau, tiada lampu merah. wanita pula hidupnya seperti di atas jalan yang pasti kan ada lampu merah pada waktu-waktu tertentu. itu sudah lumrah yang ditetapkan oleh Dia. saya tidak berterus-terang tentang apa-apa, tetapi dalam masa yang sama saya sedang berterus-terang. tapi mungkin lelaki tak faham. hehheh.


I'M ALWAYS CONFUSE ABOUT WHAT I FEEL

lelaki susah nak faham apa yang wanita alami dalam hidup mereka. tentang perasaan, air mata, kesakitan, dan penghayatan. lelaki sukar untuk faham dan rasanya mereka memang takkan faham. sedangkan wanita sendiri pun kadang-kadang sukar nak mengerti perasaan mereka sendiri, apatah lagi lelaki. saya tahu hati lelaki tough, tapi tak bolehlah samakan dengan hati wanita. wanita sifat semulajadinya berbeza okey. 

so cubalah faham. even sukar, at least you try. jangan mudah-mudah mempersoalkan sesuatu yang memang dah jadi lumrah seorang wanita. so be rational!

5/22/2010

sweet lemon tea :)


apa awak rasa bila awak gigit even sikit buah lemon? masam kan. so apa pulak awak rasa bila awak minum air teh? okey, itu mungkin depend on citarasa masing-masing. last one, apa awak rasa bila awak minum air teh yang dicampur sedikit lemon? awak akan rasa masam buah lemon, and at the same time awak jugak akan rasa kemanisan air teh.

SWEET LEMON TEA
nama ni saya ambil sebab ia ada kaitan dengan rasa yang kita alami dalam hidup. bagi saya, maknanya mendalam jika dilihat dari aspek kehidupan. konsepnya simple dan mudah.


LEMON
rasanya memang masam. kenapa saya pilih lemon? because they have a cool-looking appearance. dan comel jugak, hahha. masam buah lemon boleh diibaratkan macam kesedihan yang kita alami dalam hidup. sekali gigit, pasti akan ada sedikit reaksi pada wajah. sama macam hati kita. bila dalam kesedihan, hati pun pasti akan ikut muram. sesekali sakit pun ada.


TEA
kenapa saya pilih teh? sebab saya suka minum teh. teh buat saya rasa fresh. teh kebiasaannya manis kan. kemanisan teh boleh diibaratkan macam kegembiraan yang kita alami dalam hidup. saya rasa segar lepas minum teh, sama macam kita rasa senang bila hati 
gembira.
 


LEMON TEA 
air lemon tea rasanya masam bercampur manis, dan itu memang percaturan hidup untuk sesekali merasai sedih dan sesekali merasai gembira. konsepnya sama je kan.

'SWEET' LEMON TEA
hmm, kalau hidup asyik seronok je tak mencabarlah kan. so bila ada masa kita kenal erti kesedihan, baru kita tahu untuk lebih menghargai kegembiraan. Allah Maha Adil, sedangkan dalam hidup kita pun dia tunjuk betapa adilnya Dia. hidup pun nak merasa macamana rasanya kedua-dua perasaan sedih dan gembira. then that's why i say lemon tea itu sweet. because our life works better when both feeling present.

it's cool right? hahha.

5/21/2010

he told me to see that scary thing?

memang tak dapat nak dinafikan, kadang-kadang kelemahan kita dijadikan seperti barang mainan kanak-kanak kecil lebih-lebih lagi my only little brother aiman. suka betul dia menyakat saya dengan mempergunakan nama '_ _ _ _ _' sebagai alat utama. awak memang pandai aiman, nak kena ni. hehheh.

start daripada pagi tadi, ada buat renovation pada dapur. semua kabinet yang ada dibuka and dicabut apa semualah. jadi terserlahlah segala rahsia-rahsia di balik kabinet yang selama ni tertutup elok. saya tak berani tengok sebab saya yakin kalau saya tengok boleh menyebabkan saya pengsan or yang selari dengannya. awak tahu apa rahsia besar yang buat saya rasa geli-geleman sejak pagi tadi sampai saat saya menulis ni? okey, saya bagitau. SARANG LIPAS (uhh gelinya). and guess what, aiman tanpa takut pergi ambil gambar lipas-lipas tu and tunjuk pada saya. okey, sila faham sendiri apa reaksi saya. hehee.

 saya rasa lebih baik saya letak gambar aiman dari letak gambar bendasing tu. ia mampu merosakkan imej blog saya. hahha, merepek sesekali.


i love you aiman, hha. tapi tulah, suka sangat mengusik kakmaryam dengan '_ _ _ _ _' tu. ouhhh serius geli.

p/s: aiman, please jangan buat macam tu dah!

thank you Allah

terima kasih Allah :)

misi seterusnya; 
of courselah nak buat lebih baik and dapatkan yang lebih baik jugak. tak lupa jugak nak hasilkan sesuatu yang lebih baik yang boleh buat insan-insan yang saya sayang tersenyum lebih lebar dari hari ni. hahha.

thanks for everything, thank you Allah.
may YOU bless

5/20/2010

i'm learning :)

sepanjang cuti ni, saya belajar banyak perkara baru dalam hidup. sekali pandang nampak kecil, dua kali pandang baru nampak betapa besar peranannya dalam hidup. hahha, ini secret favour kepunyaan saya untuk hari ni. so tak perlu diberi penjelasan lanjut.

cuma nak maklumkan, i'm learning something right now. something really important and might be very useful for my own future. terima kasih diucapkan kepada wan, guru saya buat masa ni. even tak mampu nak berjalan, masih ada kekuatan untuk ajar cucunya ilmu berguna. terkadang tu rasa agak pilu bila tengok keadaan wan. tapi nak buat macamana, yang penting kita sama-sama usaha dengan cara terbaik yang kita mampu buat. maryam sayang wan, dan jangan sesiapa berani meragui hal ni. i love you wan.


walaupun dalam keadaan berkerusi roda, wan masih tak lupa jalankan tanggungjawabnya sebagai hamba Allah. maryam harap wan sembuh jugak satu hari nanti insya-Allah.


 hee, at least maryam tahu wan percayakan maryam :)

hmm, how can i say about this?

sebenarnya dah lama teringin nak buat entry pasal ni, tapi tak berkesempatan and takde idea. sekarang sementara ada idea baik saya buat. erm, walaupun ada sedikit rasa kurang enak. hahha, sebab ianya tentang  cerita korea.

YOU'RE BEAUTIFUL
hahha



so inilah dia drama korea yang memang disukai ramai termasuklah saya. sekali pandang, hmm macam tak best je cerita ni. tapi bila dah tengok, rasa macam nak tengok lagi sekali. haish, apalah.

sila lihat gambar di bawah ni, hee.


pada sesiapa yang dah tengok cerita ni pasti kenal siapa lelaki kat atas ni kan. inilah watak utamanya, Tae Kyung (nama watak dalam cerita).. seorang yang agak tegang (tapi cool pada pandangan saya). nama sebenarnya Jang Geun Suk. saya paling suka watak dia, hahha kelakar.

wajah dia dalam cerita ni jauh berbeza dengan wajah sebenar dia luar cerita. dalam cerita dia jarang sekali ketawa, tapi di luar cerita dia mudah saja ketawa. hahha, dan salah satu yang saya rasa comel tentang dia, his smile :)

  

mengadalah saya post pasal seorang artis lelaki, yang bukan beragama islam lagi tu. erm tapi just minat biasa je. takdelah minat lebih-lebih sangat sebagaimana saya minat CONAN. ahahha.

lagi satu, saya terjumpa satu gambar ni. rasanya mungkin drama atau movie korea yang Jang Geun Suk lakonkan. macam comel aje cerita dia sebab ada baby. tapi tak tahu lagi cerita apalah :p


hmm, ingat nak belilah. tapi entahlah hha.

ni saje nak beritahu; sekarang sedang hujan renyai-renyai bertempat di bangi :)

p/s: awkward betul! hee :p

5/19/2010

it is 'KULIT BABI'

ini kisah benar okey. baru terjadi dalam 5 minit yang lepas. adik saya (kakde) basuh kasut jalan yang dibelinya dari singapura awal tahun ini sebagai persiapan nak masuk asrama. masa basuh, tiba-tiba dia terperasan ada banyak titik-titik bertompok. dalam satu tompok ada 3 titik. dia terasa lain macam.. i mean rasa musykil, so dia panggil saya pergi tengok. then bila saya tengok, memang betul seperti apa yang dia sebutkan. kami confuse tentang something sebab kami pernah dengar dan baca tentang barangan yang ada 3 titik dalam satu tompok sebagaimana yang kami lihat tu, ianya adalah barangan yang diperbuat daripada kulit babi. so untuk dapatkan kepastian, kami terus search kat internet tentang bagaimana cara nak kenal pasti barangan yang diperbuat daripada kulit babi. dan kami temui ini:

Cara nak tengok dan kenalpasti barangan yang diperbuat daripada kulit babi ialah :
1. Tengok dan perhatikan betul-betul struktur kulit yang digunakan. Oleh sebab struktur kulit babi adalah sangat berbeza dengan kulit binatang lain, maka ia sangat mudah untuk dikenalpasti. Struktur kulit babi ini ada 3 TITIK DALAM SATU TOMPOKAN TITIK-TITIK. Cuba belek dan perhatikan, kalau ada 3 titik bertompok-tompok pada kulit tu, maka memang sah, itu adalah kulit babi. Jadi, jangan gatal tangan main beli jer. Walaupun harganya mungkin jauh lebih murah dari barangan kulit lain, tapi janganlah sekali-kali tertipu. 3 titik tompokan itu adalah seperti ini ;
3 bintik kulit babi
2. Harga barang kulit babi ni biasanya lebih murah dari barangan daripada kulit binatang lain.
3. Biasanya kulit babi ini digunakan pada lapisan dalam sesuatu produk. Contohnya kalau kasut, kulit babi biasanya diletakkan pada bahagian dalam kasut tersebut sebab struktur kulit babi ini agak lembut.
4. Kulit babi ini paling banyak digunakan dalam pembuatan kasut untuk kanak-kanak perempuan dan kasut perempuan dewasa pun banyak juga. Lagi satu, kuilt babi juga banyak digunakan untuk membuat sandal untuk lelaki.
Sila ambil perhatian pada beberapa visual di bawah:



KALAU ADA 3 TITIK DALAM SATU TOMPOK TU, JANGAN BELI.. TU KULIT BABI. SO BE CAREFUL YAH!

5/17/2010

i hate you

minta maaf sangat-sangat, bukan sengaja saya nak bencikan awak. tapi perasaan tu memang tak dapat saya elak. jap, bukanlah benci. benci macam jahat sangat. tak suka, hha, tak suka awak! saya tak suka tengok awak. awak selalu datang and takutkan saya. apa yang lebih menambah rasa tak suka saya pada awak, awak suka terkejutkan saya. say tak suka macam tu tau tak. lagi, bila saya tengok diri awak.. sya rasa geli sangat-sangat. so sila jauhkan diri awak dari saya. kalau awak tak lari, for sure saya yang akan lari. hmm betul, memang saya yang akan lari. lari macam orang nampak hantu. lari ketakutan. erk? huh, memang tak dapat dinafikan.

saya tak suka awak
LIPAS!

p/s: even you are everywhere, please don't let me see yah.

5/15/2010

missed in a bright place

mereka pernah kutuk kami itu ini
mereka pernah rendahkan kami
mereka pernah guris hati kami sedalamnya
dan mereka pernah kecilkan hati insan yang kami sayang

but lastly, bila tiba jalan buntu.. mereka datang cari kami. mereka bergantung pada apa yang pernah mereka perendahkan. untuk mengungkit tu jauh sekali, apatah lagi untuk membenci mereka. kami sayangkan mereka juga, cuma bila kenangkan kembali terasa lain benar hari dulu itu dengan kini. sejujurnya, saya sedikit pun tak menyimpan sebarang dendam dalam diri saya. sekadar ingin berkongsi dengan pembaca semua supaya harapnya dapat kita muhasabah bersama. itulah, kita tak boleh mudah-mudah je mengata pasal orang tak tentu pasal. manalah tahu satu hari nanti merekalah yang paling banyak menghulurkan bantuan pada kita. tak mustahil kan? apapun, saya tetap sayang mereka. semoga kita sama-sama dapat ambil iktibar dari apa yang dah berlaku ni. and may Allah bless.

p/s: yesterday was yesterday, but today is not yesterday.

5/14/2010

do you know what respect mean?

semalam, saya ikut nenek pergi hospital serdang.. ada appoinment dengan doktor untuk buat terapi. saya pergi dengan dua orang adik saya, kakde dan aiman. yesterday was my first time being there. tapi ni bukan point utama saya untuk post kali ni, hha :P

kami berempat masuk dalam bahagian terapi tu sama-sama, cuma dalam bilik khas terapi tu je tak boleh masuk lebih dari seorang. masa baru sampai depan bahagian kaunter tu, kakde jalan terus macam kebiasaannya. tiba-tiba dengar satu suara yang agak kuat (yang bagi saya agak kasar) memanggil kakde. kami macam agak terkejutlah. mana taknya, dari suasana aman damai tetiba ada suara menegur sebegitu kuat (bagi saya macam tu kira kuatlah). even bercakap kuat sikit pun dah bergema, lagilah kalau jerit. upsss, ingatkan nurse tu marah ke apa. hah, rupanya just nak bagitahu yang area tu tak boleh masuk. kakde manalah tahu sebab sebelum ni dia masuk ikut situ okey je. mungkin ada perubahan pulak tak tahulah kan. saya dengan aiman diam je sambil wan dan kakde bercakap dengan nurse tu (terkejut lagi kot, hahha).

time wan tengah buat terapi, saya dengan aiman duduk kat kerusi luar.. menunggu sambil baca majalah. first terapi wan kena buat dalam bilik khas terapi tu. second terapi wan kena buat depan kitorang. betul-betul depan kerusi menunggu tempat kitorang duduk. then adalah sorang mak cik ni, i'm not sure sure wether she is just a nurse or a doctor sebab dia pakai baju kurung biasa. dia datang dekat wan and berdiri betul-betul depan wan. saya, aiman, dengan kakde duduk kat kerusi menunggu sambil melihat tindakan mak cik tu. terapi kedua yang wan nak buat tu tujuannya supaya wan boleh belajar berjalan balik. dua besi paras pinggang di kedua-dua belah dan pesakit kena cuba berjalan sambil memegang besi tu. hmm, tak tahulah orang panggil jenis terapi tu apa. apa yang buat saya rasa macam agak tergamam.. bila mak cik tu bercakap dengan nada yang kuat pada wan depan mata saya. saya ulang, 'depan mata saya'. what the..? astaghfirullahl'azim, apa mak cik ni? isyhh, kalau ikutkan hati nak aje saya pergi tegur mak cik tu depan-depan. wan senyum je, padahal saya tahu wan pun kecil hati. saya nampak dari riak muka wan and saya faham apa wan rasa. mulanya saya pun trylah control rasa geram tu, ingatkan dia tak buat dah. alahai.. rupanya buat lagi. antara benda yang paling saya bnci adalah bila melihat orang lain kena marah depan orang lain. sebab saya pun memang tak suka kalau saya sendiri kena marah depan orang lain. seriously, i hate that okey! saya tak fahamlah kenapa mak cik tu sampai hati buat macam tu kat wan. tahulah awak tu pekerja kat situ, tapi tak payahlah act over sangat. mak cik tahu respect orang tak? dahlah nenk saya lebih tua dari dia, tak pandainak hormat langsung. ya Allah, ini ke masyarakat melayu yang terkenal dengan budi bahasa? astaghfirullahal'azim..

saya agak sensitif bila orang buat macam tu depan mata saya. tak kiralh orang tu saya kenal atau tak, rasa geram pasti akan timbul. sampai ke akhir, wan cuma senyum je depan mak cik tu. kalaulah saya kat tempat wan, mesti saya dah lemah semangat. saya rasa macam tak sanggup dah nak pandang muka mak cik tu demi nak buang rasa marah dari terus membakar hati saya.

apapun, saya bukan nak hina mak cik tu or whatsoever. cuma saya nak kalau boleh kita ambil pengajaran dari sini supaya kita tak turut sama melakukan hal ni pada orang lain pulak next time. rupa dah lawa cantik dah, tapi bila buat perangai macam tu terus jadi lain. orang dengar cakap dia pun sebab orang takut kat dia, bukan sebab orang respect dia. ingat tu! semoga dia sedar satu hari nanti. wallahua'lam.

p/s: btw, thanks aiman to be there with us. at least bila pandang muka aiman sejuk sikit hati ni. hehee :)

5/12/2010

silent news

nothing to say here. cuma saya rindukannya :P



hahha, apa ni? pelik jelah. biarlah, pelik pun peliklah. hha, i miss you. really miss you.


tapi tak bermakna saya abaikan yang dah ada di sisi saya ye. i still appreciate you sweety.

YOU home. HAHHA.

p/s: saya yakin ada sebab untuk semua ni berlaku. Allah knows the most. may Allah bless.