5/14/2010

do you know what respect mean?

semalam, saya ikut nenek pergi hospital serdang.. ada appoinment dengan doktor untuk buat terapi. saya pergi dengan dua orang adik saya, kakde dan aiman. yesterday was my first time being there. tapi ni bukan point utama saya untuk post kali ni, hha :P

kami berempat masuk dalam bahagian terapi tu sama-sama, cuma dalam bilik khas terapi tu je tak boleh masuk lebih dari seorang. masa baru sampai depan bahagian kaunter tu, kakde jalan terus macam kebiasaannya. tiba-tiba dengar satu suara yang agak kuat (yang bagi saya agak kasar) memanggil kakde. kami macam agak terkejutlah. mana taknya, dari suasana aman damai tetiba ada suara menegur sebegitu kuat (bagi saya macam tu kira kuatlah). even bercakap kuat sikit pun dah bergema, lagilah kalau jerit. upsss, ingatkan nurse tu marah ke apa. hah, rupanya just nak bagitahu yang area tu tak boleh masuk. kakde manalah tahu sebab sebelum ni dia masuk ikut situ okey je. mungkin ada perubahan pulak tak tahulah kan. saya dengan aiman diam je sambil wan dan kakde bercakap dengan nurse tu (terkejut lagi kot, hahha).

time wan tengah buat terapi, saya dengan aiman duduk kat kerusi luar.. menunggu sambil baca majalah. first terapi wan kena buat dalam bilik khas terapi tu. second terapi wan kena buat depan kitorang. betul-betul depan kerusi menunggu tempat kitorang duduk. then adalah sorang mak cik ni, i'm not sure sure wether she is just a nurse or a doctor sebab dia pakai baju kurung biasa. dia datang dekat wan and berdiri betul-betul depan wan. saya, aiman, dengan kakde duduk kat kerusi menunggu sambil melihat tindakan mak cik tu. terapi kedua yang wan nak buat tu tujuannya supaya wan boleh belajar berjalan balik. dua besi paras pinggang di kedua-dua belah dan pesakit kena cuba berjalan sambil memegang besi tu. hmm, tak tahulah orang panggil jenis terapi tu apa. apa yang buat saya rasa macam agak tergamam.. bila mak cik tu bercakap dengan nada yang kuat pada wan depan mata saya. saya ulang, 'depan mata saya'. what the..? astaghfirullahl'azim, apa mak cik ni? isyhh, kalau ikutkan hati nak aje saya pergi tegur mak cik tu depan-depan. wan senyum je, padahal saya tahu wan pun kecil hati. saya nampak dari riak muka wan and saya faham apa wan rasa. mulanya saya pun trylah control rasa geram tu, ingatkan dia tak buat dah. alahai.. rupanya buat lagi. antara benda yang paling saya bnci adalah bila melihat orang lain kena marah depan orang lain. sebab saya pun memang tak suka kalau saya sendiri kena marah depan orang lain. seriously, i hate that okey! saya tak fahamlah kenapa mak cik tu sampai hati buat macam tu kat wan. tahulah awak tu pekerja kat situ, tapi tak payahlah act over sangat. mak cik tahu respect orang tak? dahlah nenk saya lebih tua dari dia, tak pandainak hormat langsung. ya Allah, ini ke masyarakat melayu yang terkenal dengan budi bahasa? astaghfirullahal'azim..

saya agak sensitif bila orang buat macam tu depan mata saya. tak kiralh orang tu saya kenal atau tak, rasa geram pasti akan timbul. sampai ke akhir, wan cuma senyum je depan mak cik tu. kalaulah saya kat tempat wan, mesti saya dah lemah semangat. saya rasa macam tak sanggup dah nak pandang muka mak cik tu demi nak buang rasa marah dari terus membakar hati saya.

apapun, saya bukan nak hina mak cik tu or whatsoever. cuma saya nak kalau boleh kita ambil pengajaran dari sini supaya kita tak turut sama melakukan hal ni pada orang lain pulak next time. rupa dah lawa cantik dah, tapi bila buat perangai macam tu terus jadi lain. orang dengar cakap dia pun sebab orang takut kat dia, bukan sebab orang respect dia. ingat tu! semoga dia sedar satu hari nanti. wallahua'lam.

p/s: btw, thanks aiman to be there with us. at least bila pandang muka aiman sejuk sikit hati ni. hehee :)

3 comments:

asma' said...

cakap dengan laki lemah-gemalai pulak, alahai makcik tuu~ :o

.huda. said...

eeeehhh asal la makcik 2 wakk

dala nnk awk tgh sakit.isk2

btw, kte slalu gi hospital ikt mak kte.
sggh cafe,,

HEBAT!!

haha
sdp

hee=D

misfaida said...

kakde: ntah mak cik tu, isyh ya Allah.. mengumpat betul kita. hehhee :P

huda: tau takpe, dalam keadaan nenek kte macam tu boleh lagi dia marah2 centu. tak patut betul, bukannya apa.. mestilah kte geram kan. btw, makanan kat cafe dia memang sedap! hahha :D