1/28/2011

KELUARGA DZULHAYA

wah, cuti dah datang. exam UNGS, statics, circuit, semua dah lepas. alhamdulillah. hehe, entah apa yang saya jawab pun tak tahulah. cincai rojak je, hhe. memandangkan kali ni memang cuti untuk semua, family members semua akan berkumpul kat rumah. umi, walid, abang anas, saya, kakde, kaksa, hanan, a'ina, and my dear little brother aiman. yelah, kadang-kadang time saya balik adik yang kat sbpi rawang (kaksa) tak balik. adik yang kat pj (kakde) pun suka balik time saya tak balik. cuma abang je yang selalu balik sekali, itu pun sebab belajar kat uia gombak sekali. kalau tak, entah jumpa ke tidak. tapi bila cuti macam ni, semua akan balik. yeay! suka suka, ni rasa semangat nak berjalan ni. hha :D

tapi cuti kali ni tak boleh nak enjoy sangat jugak, after mid-break ni ada exam lagi. hmm, dua paper kalau tak silap. engineering drawing and calculus. sebut pasal engineering drawing mesti terfikir masalah imaginasi dan masa. calculus lagilah, masalah masa pun dah cukup menakutkan, apatah lagi masalah lain. huhu. takpe maryam, cuti ni cuba tenangkan minda. belajar dalam keadaan tenang. i hate stress! bila saya stress, saya banyak berfikir. bila banyak fikir itu ini, mulalah otak berselirat. ini tak settle, itu tak settle. huh, that's why i hate stress.

by the way, saya baru buat satu perubahan pada diri saya. alhamdulillah, kawan-kawan boleh terima. syukur tak terhingga, akhirnya Allah buka juga pinta hati saya untuk nekad dengan perubahan tu. semoga saya istiqamah dan tetap pendirian dalam apa pun pegangan yang bermanfaat buat diri saya. amin, insya-Allah :)

NAK BALIK NAK BALIK! jumpa umi walid, wah seronoknyaaaaa. buat kawan-kawan yang lain pun, selamat bercuti yeeee. hehe.

seriously i miss you :) 
DZULHAYA : DZULKEFLI & ROHAYA

SEVENTEEN

insya-Allah, tahun ni umur saya akan mencecah 20 tahun. bukan 17 tahun okay, hihi. dari angka satu ke angka 2, twenty something rasa macam dah besar je. hehe, padahal muda je lagi kan. masuk tahun baru, tak dapat nak post entry properly. semuanya pun macam tunggang langgang, ikut main sedap hati je. serius, time sibuk memang sangat sibuk. sampai kadang-kadang nak jumpa kawan lama pun tak sempat.
hha, ni nak beritahu.. tiba-tiba saya tersuka pulak lagu ni.

SEVENTEEN - UNTUK MENCINTAIMU


saya kurang up-to-date sikit bab bab lagu apa semua ni. orang dah lama tahu, saya baru tahu. hhe, itulah saya. always slower than others. huu what to do, that's me. i'm grateful to be me myself. sooo grateful. hahha. by the way, kalau rasa nak play video klip kat atas ni silakan. kalau tak nak sudah, it's okay. i guess most of you have heard this song long time ago. hhe :P

1/26/2011

RIGHT

'HAK', hanya tiga huruf namun memberi makna yang sangat besar.

Jika salah percaturan, kita akan disoal di akhirat kelak berkaitan soal hak ini.
Hak ini bukan sahaja diharuskan malahan wajib dilaksanakan oleh  setiap ibu bapa.
Mungkin ramai yang sudah tahu, tapi apa salahnya kalau kita ambil tahu sekali lagi.

Saya percaya kita semua bakal menjadi ibu dan bapa suatu hari nanti.

Jadi sedikit sebanyak kita kenalah tahu berkenaan hak anak.

Saya mohon untuk tidak persoalkan apa yang telah ibu dan bapa kita lakukan (mungkin tidak menepati apa yang kita mahu, jika kita ada alternatif lain untuk menjadi lebih baik, ikutlah yang baik itu) jadi kita praktikkan kepada bakal anak-anak kita. insya-Allah..

Sabda Rasulullah saw :
"Di antara tanggungjawab ibu bapa terhadap anaknya ada tiga iaitu pertama memberikan nama yang baik , kedua, mengajarkan tulisan (ilmu dan adab ) dan ketiga mengahwinkan apabila telah baligh."

1.       BERIKAN NAMA YANG BAIK KEPADA ANAK-ANAK.

Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh seorang pengkaji Jepun (Dr. Masaru Emoto) telah melakukan ujikaji terhadap molekul-molekul air.

Apabila didekatkan kalimah-kalimah yang baik kepada molekul-molekul air tersebut maka molekul-molekul yang terhasil adalah sangat cantik manakala apabila didekatkan molekul-molekul air dengan kata-kata yang tidak elok atau kata-kata kesat maka molekul-molekul air tadi berubah menjadi sangat buruk dan hodoh.

Ini menunjukkan bahawa tindak balas molekul air terhadap kalimah-kalimah yang baik adalah positif dan sebaliknya.

Badan kita kita juga terdiri daripada 70% air (darah).

Secara logiknya apabila kita memberi nama yang baik kepada anak-anak diambah pula dengan asuhan yang yang mengikut acuan Islam maka insyaAllah, anak-anak yang didik akan menjadi pejuang di jalan ALLAH.

2.   ADALAH TANGGUNGJAWAB IBU BAPA UNTUK MENGAJARKAN ILMU DAN ADAB KEPADA ANAK-ANAK. ILMU, MAKSUDNYA DI SINI IBU BAPA MEMBERI PENDIDIKAN KEPADA ANAK-ANAK (FARDHU ‘AIN DAN FARDHU KIFAYAH).

Sekarang ni pun, kerajaan telah menetapkan supaya setiap anak yang berusia 7 tahun di hantar ke sekolah rendah.

Bagi ibu bapa yang ingkar boleh dikenakan hukuman penjara atau denda sehingga RM 5000 (Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Noh Omar pada ketika itu tahun 2006).

Bukan sikit denda yang dikenakan, nilainya boleh buat bayaran permulaan untuk membeli kereta.

Adab pula merujuk kepada perbuatan yang baik berhubung dengan percakapan, perbuatan mahupun amalan.

Adab juga boleh diertikan sebagai akhlak mulia atau baik. Akhlak yang baik adalah bukti kukuh keluarga yang mulia

Sabda Rasullullah :
"Sesungguhnya seseorang kamu yang mengajar adab kepada anaknya adalah lebih baik baginya daripada beliau bersedekah setengah gantang setiap hari."

3.   MENGAHWINKAN ANAK APABILA TELAH BALIGH. BILA IBU BAPA MENDAPATI SI ANAK SUDAH CUKUP SYARAT UNTUK BERGELAR ISTERI ATAU SUAMI, MAKA SI IBU DAN BAPA BOLEHLAH MENGAHWINKAN ANAK MEREKA DENGAN PASANGAN YANG SEKUFU YANG DINILAI DARI 4 PERKARA IAITU AGAMANYA, KETURUNANNYA, RUPANYA DAN HARTANYA.

Baru-baru ni dalam perbualan telefon dengan seorang sahabat. Biasalah di kala usia sudah melangkah ke alam awal dewasa persoalan nikah kahwin ini tidak lari dari topik perbualan.

Kata beliau, 4 perkara yang menjadi penetuan pemilihan jodoh adalah rupa, harta, keturunan dan agama. Dalam zaman serba canggih dan dunia tanpa sempadan hari ini.

[#] Rupa, yang kurang cantik boleh menjadi cantik. Yang kurang handsome boleh menjadi handsome kerana begitu banyak produk kecantikan yang dijual di pasaran.
[#] Harta, harta boleh dicari dengan kepesatan teknologi dan ilmu. Banyak perniagaan yang boleh diceburi jika mahu apatah lagi kini banyak peluang-peluang perniagaan yang muncul bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Tambahan pula 9/10 pintu rezeki adalah daripada berniaga.
[#] Keturunan, keturunan atau nasab yang ada pada hari ini sudah banyak yang bercampur-baur. Yang berketurunan Syed mahupun Sharifah juga sudah banyak yang berkahwin dengan orang biasa, yang kerabat diraja juga dah banyak yang berkahwin dengan rakyat jelata.
[#] Agama, jadi yang tinggal hanyalah AGAMA yang menjadi kayu ukur dalam pemilihan pasangan.

Oleh itu, ibu dan bapa wajib mengahwinkan anak mereka dengan pasangan yang tepat.

Rasulullah saw pernah bersabda yang maksudnya :
"Sesiapa yang mengahwinkan akan perempuannya dengan lelaki yang fasik maka sebenarnya dia telah memutuskan silaturrahim dengan anaknya."

Rasulullah saw bersabda lagi:
"Jika datang kepada kamu pinangan daripada seseorang lelaki yang kamu redha terhadapnya agama dan akhlaknya, hendaklah kamu terima. Kalau kamu menolaknya, padahnya adalah fitnah dan kerosakan di muka bumi."

Hadis ini lebih merujuk kepada anak gadis, namun kepada si lelaki janganlah kamu menjadi lelaki yang fasik itu.

Namun kita sebagai seorang anak pasti ini yang kita mahukan.

Wahai ayah dan ibuku,

[#] Berikan daku makanan daripada sumber yang halal.
[#] Sihatkan dan suburkan tubuhku dengan beridah bersama.
[#] Hindari daku daripada segala bahaya terutama azab neraka.
[#] Awasi kecenderunganku agar selari dengan syariat.
[#] Pastikan ilmu fardhu ain daku sempurna.
[#] Dorongilah daku agar memiliki akhlak yang terpuji.
[#] Nasihatilah daku dalam menjauhi sifat yang keji.
[#] Tanamkan rasa bertuhan dan kehambaan di dalam hatiku.
[#] Suburkan kecintaanku kepada Allah.
[#] Didiklah daku dengan sunnah Rasullullah.
[#] Bimbinglah daku dengan ajaran Islam yang lengkap dan sempurna.
[#] Latih dan Jadikan daku Pejuang Kebenaran.
[#] Ingatkan daku peranan sebagai khalifah Allah SWT di dunia.
[#] Doakan daku semoga menjadi anak yang soleh dan solehah.
[#] Doakan semoga kita akhirnya berjumpa lagi di Syurga Allah.

Semoga memberi manfaat.. sekian ma’assalamah :)

TUT TUT

quite busy lately..
HUH (=,=')

1/16/2011

BILA AL-QURAN BERBICARA


Waktu engkau masih kanak-kanak..

kau laksana kawan sejatiku,
Dengan wudu’, Aku kau sentuh,
dalam keadaan suci, Aku kau pegang,
Aku, kau junjung dan kau pelajari,
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari,
Setelah selesai engkau menciumku mesra.

Sekarang engkau telah dewasa..
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku..
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah..?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu,
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji..
Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali,
sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan,
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pengisi stormu.

Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa,
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan,
Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian, kesepian..
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan,
Dulu.. pagi-pagi.. surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa
halaman,
Di waktu petang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau..

Sekarang.. seawal pagi sambil minum kopi.. engkau baca surat khabar dahulu,
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia,
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan..

Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka
surah-surahku (Bismillah),
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati muzik duniawi,
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu,
Sepanjang perjalanan, radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu,
Mengasyikkan.

Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja,
Di Komputermu pun kau putar musik favouritemu,
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku..
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan,
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu,
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku.

Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV,
Menonton siaran telivisyen,
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk,
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah,
Waktu pun cepat berlalu..
Aku semakin kusam dalam laci-laci mu,
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama.

Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali,
Itupun hanya beberapa lembar dariku,
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu,
Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku,
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu.

Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba,
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya,
Apakah TV, radio, hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolongmu,
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t.

Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu,
Setiap saat berlalu..
Dan akhirnya..
kubur yang setia menunggu mu..
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu.

Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati,
Di kuburmu nanti..
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan,
Yang akan membantu engkau membela diri,
Dalam perjalanan ke alam akhirat,
Dan Akulah “Al-Qur’an”, kitab sucimu..
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.

Peganglah Aku kembali.. bacalah aku kembali setiap hari,
Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci,
Yang berasal dari Allah Azzawajalla,
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah,
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu,
Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu..
 
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu,
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu,
Sentuhilah Aku kembali..
Baca dan pelajari lagi Aku..
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat,
Seperti dulu.. Waktu engkau masih kecil,
Di surau kecil kampungmu yang damai,
Jangan aku engkau biarkan aku sendiri..
Dalam bisu dan sepi..

1/13/2011

I'VE LEARNT SOMETHING


setiap isnin dan rabu, pukul 3.30pm. inilah waktunya, bila masa saya dan huda (classmate) akan bergegas bergerak dari kuliyyah of engineering ke IRKHS. why? UNGS, subjek islamic. hehe. masa minggu minggu awal kami pergi kelas UNGS, rasa macam we got nothing from the class. lecturer banyak bercakap benda yang tak masuk topic. but guess what, itu kata hati kami yang belum sempat menilai setiap bait kata-katanya.. tak matang dalam memikirkan sesuatu. tapi lama kelamaan, we notice something.

namanya dr.salah. dari mana, i'm not sure. yang pasti, DIA SANGAT BAGUS SANGAT ALIM SANGAT BERFIKIRAN JAUH. cukup satu bulan satu minggu jadi student dr.salah, kami perasan sesuatu yang unic tentang dia. apa yang saya notice tentang dia setakat ni, dia seorang yang suka menyampaikan dakwah dan ingin kami tahu apa tujuan hidup kami yang sebenar. even kadang-kadang apa yang dia sampaikan dah out of topic, pengisiannya ada unsur ksedaran.

baru-baru ni, dr.salah ada sebut tentang music. he said about how big the role of music in removing rahmah of Allah from our heart. satu hal yang agak mengejutkan saya tentang dr.salah, dia tak pernah dengar music. dia sangat jaga hati dan kasihnya pada Allah. dia tak mahu kesukaan pada music mengambil tempat kasihnya pada Allah. how awesome he is! dia berkata dengan tegasnya depan kami (i translate into malay), 'demi Allah saya takkan membuka lagu sendiri dengan tangan saya untuk mendengarnya sampai ke akhir hayat saya. demi Allah!', katanya dengan tegas. waktu tu, saya terasa darah saya seolah menyerbu ke atas. ya Allah, pasti ada sesuatu yang KAU ingin kami pelajari dari sini. dr.salah menyedarkan saya tentang sesuatu, tentang pentingnya memasang niat dengan betul, tentang keberkatan dan rahmah Allah dalam hidup, tentang tugas sebenar kami sebagai khalifah di atas muka bumi. bila dia sebut tentang rahmat Allah, terasa hangat tubir mata. rahmat Allah, jika hilang dari hati, maka hilanglah rasa kasih dan sayang.. nauzubillahiminzalik.

banyak lagi tentangnya yang saya rasa tertarik (as a student) yang banyak menyedarkan saya tentang hidup sebagai hamba Allah yang sebenar, tapi tak terhurai. hehe. terima kasih dr.salah! thank you so much for such an interesting experience. may Allah bless you and may Allah grant you HIS love insya-Allah.

okaylah, nak tidur dulu. doakan saya boleh berubah ke arah yang lebih baik, sementara kesempatan tu masih ada. amin.

1/11/2011

REDAH JELAH

saya nekad, apa pun yang jadi esok.. tawakkaltu'alallah. hehe. saya dah cuba, selebihnya doa. moga DIA permudahkan. line tengah okay sekarang. tu yang post entah apa-apa punya entry ni. okaylah, malam my sweet lemon tea. nanti ada kelapangan insya-Allah, kita share cerita lagi okay. hahha. so tidur dulu!

wassalam.

1/09/2011

NASIHAT BUAT YANG MASIH BUJANG :)

NASIHAT UNTUK KAMU DAN SAYA :

“.. bagi yang belum berkahwin, usahlah cemari rumah tanggamu nanti dengan maksiat. Sebelum berkahwin, jodoh untukmu adalah pilihan. Pilihan tentang sesusuk peribadi dan akhlak yang akan mendampingimu. Nama si dia telah pun tercatat di lohmahfuz untukmu. Namun peribadinya ditentukan oleh peribadimu. Allah akan menjadikannya kufu pada kebiasaannya. Namun, tidak semua. Jika kau mengimpikan peribadinya soleh, soleh dan solehkanlah dirimu.”

Sumber : buku ‘pemilik cintaku selepas Allah dan RasulNya’ (Fatimah syarha)

1/08/2011

I'M STILL A BEGINNER HEHE

Lab quiz
Electric circuit quiz
Statics quiz
Statics assignment quiz
Ini schedule untuk minggu depan. Heh heh, ini baru permulaan. Belum lagi presentation apa semua.
(maryam, sila kuat semangat! hehe :P)

Rasulullah SAW bersabda :
“Jadilah orang alim, atau belajar, atau pendengar, atau pula pencinta. Jangan jadi yang kelima, iaitu pembenci. Maka kau akan binasa.”
Nauzubillahiminzalik.

Oo Allah, give me strength in whatever i do. Guide me trough Your way, with bless from You. Amin.

BUAT MASA INI DI SINI

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM :)
Alhamdulillah, sudah genap sebulan saya rasmi bergelar pelajar uia Gombak. setakat ni, semuanya berjalan lancar. Penat lelah yang dilalui sepanjang minggu kedua berada di UIA Gombak nampaknya tidak sia-sia. Saya tekad, semampu yang mungkin saya akan cuba elakkan melakukan add and drop session secara manual untuk semester akan datang insya-Allah, ehihi. Saya cuma merancang, jika kehendak Allah menginginkan saya menghadapinya lagi.. adalah tu hikmahnya kan.

CLASS Guess what, belajar di uia tak ubah macam belajar di luar negara. Ceh hahha, yelah sangat. Tapi lebih kuranglah. Yelah, mana taknya.. every class pun ramai foreigner. I’ve got some friends from international student. Yeay yeay, seronok tau. Hehe, at least i can practice my English more and better. Saya perasan something tentang foreigner, mereka jenis yang tak kisah duduk mana pun. Asal ada seat kosong, duduk. Tak kisahlah perempuan ke lelaki yang duduk sebelah diorang. Kalau lelaki melayu biasanya diorang tengok jugak, selalunya taklah. Hmm, saya jenis yang kurang selesa macam tu. I prefer sitting beside the same gender rather than the opposite gender. Melayu ke, foreigner ke. No difference.  Jenis sayalah. Ada je yang tak kisah. Ramai.

STUDY Hmm.. tak susah dan tak senang. Kena struggle lebih sikitlah, lebih-lebih lagi orang macam saya ni. Tak sepandai orang lain. Huhu, so kenalah usaha lebih sikit. Eh, bukan lebih sikit tapi banyak. Insya-Allah berkat doa + usaha + tawakkal, akan ada membuahkan hasil. Tapi tulah, baru belajar sebulan dah rasa berselirat otak ni. Hahha, macam manalah nak menghadapinya selama 4 tahun. Insya-Allah 4 tahun, harapnya takde apa yang menghalang jangka masa tu untuk terus kekal sebagai 4 tahun. Amin.

Entah apa motif saya buat entry kali ni pun saya kurang pasti. Cuma satu, i just want to share. Sharing is caring okay, not scaring. Hihi. So akhir kata dari saya, yang baik datang dari Allah dan yang buruk datang dari diri saya sendiri. Wallahua’lam.

Imam Asy Syafie mengatakan :
“Siapa belajar Al-Quran, besarlah harganya. Siapa belajar feqah, agung wawasannya. Siapa belajar hadis, kuatlah hujahnya. Siapa belajar ilmu hisab, cerahlah otaknya. Siapa mempelajari yang pelik, lembutlah wataknya. Dan siapa tidak menahan nafsunya, akan tidak bermanfaatlah ilmunya.”

p/s : kadang-kadang saya jadi ragu pulak, layak ke saya ambil bidang engineering? Hmm.

1/07/2011

DI SUATU MALAM DEPAN PANGGUNG WAYANG

Di suatu malam depan panggung wayang..

Sizuka : Best tengok wayang dengan awak tadi. kelakar je cerita tu. tak bosan kan?
Nobita : Haah, tak bosan. best!
Sizuka : Kalau best, kenapa awak letakkan kepala awak kat bahu saya dan beritahu saya yang awak mengantuk?
Nobita : Errr~ hehe..

Sizuka : Nasib baik kita pakai sweater kan awak? kalau tak, mesti sejuk dalam tu tadi.
Nobita : Haah, betul betul betul! takdelah sejuk sangat tadi bila dah pakai sweater ni.
Sizuka : Kalau tak sejuk, kenapa awak pegang tangan saya dan beritahu yang awak sejuk?
Nobita : Errr~ hehe..

Mereka pun menuju ke i-City..

Sizuka : Awak, saya cantik tak?
Nobita : Awak kan sayang saya, mestilah cantik.
Sizuka : Kalau saya ni betul cantik bagi awak, kenapa bila saya pakai baju-baju tertentu baru awak akan puji saya cantik. kalau saya pakai baju longgar, awak diam je. kadang-kadang awak akan tanya saya kenapa pakai baju besar. kalau saya pakai baju ketat, baru awak puji saya cantik. kenapa ye?
Nobita : Errr~ hehe..

Mereka pun tiba di i-City..

Sizuka : Jom snap picture wak. saya nak tangkap gambar awak bawah lampu tu.
Nobita : Kita tangkap gambar berdua la sayang. meh sini, duduk sebelah saya. rapat sikit, nanti tak masuk pulak gambar awak.
Sizuka : Boleh ke rapat-rapat ni? huu.
Nobita : Takpe je.. awak kan awek saya.
Sizuka : Awek je.. bukan isteri yang sah.
Nobita : Errr~ huhu..

Sizuka : Nanti saya simpan gambar kita ni dalam laptop saya ye wak.
Nobita : Alaa.. upload la terus dalam facebook.
Sizuka : Eh, boleh ke? tak elok la wak. gambar tu dah la awak dengan saya je, yang ke-3 syaitan. pastu nak pergi heboh 1 dunia tentang dosa yang kita buat. tak malu ke? huu.
Nobita : Errr~ huhu..

Mereka pun pulang..

Sizuka : Awak, awak sayang saya tak?
Nobita : Mestilah sayang.. sayang sangat sangat tau. haa.
Sizuka : Buktinya?
Nobita : Eh, macam ajak bergurau je. nak saya kiss pipi awak tu ke sayang? hehe.
Sizuka : Ish, apa ni? teruknya pemikiran awak. huu.
Nobita : Eh, errr~ huhu

Sizuka :  Mak saya kata, kalau kita sayang sesuatu tu, kita akan jaga sebaik mungkin.
Nobita : Eh, mestilah! hehe.
Sizuka : Tapi awk tipu saya! huu~
Nobita : Eh, kenapa pulak saya tipu awak?
Sizuka : Kalau awak sayang saya, mestilah awak jaga saya sebaik mungkin. tapi awak tak jaga saya dengan baik pun. awak sentuh-sentuh saya, pegang tangan saya, cuba nak kiss saya, ajar saya buat benda bukan-bukan yang saya tak pernah buat sebelum ni, selalu ajak saya keluar malam-malam.

Nobita : Owh, sekarang awak nak salahkan saya la ajak awak keluar malam? mak ayah awak yang bagi izin tau!

Sizuka : Memang diorang yang bagi izin tapi awak tau tak yang diorang jugak yang akan tanggung dosa saya dengan awak malam-malam macam ni sebab diorang bagi izin pada saya anak perempuan diorang untuk keluar dengan lelaki bukan mahram tanpa adik atau abang saya sebagai peneman lepas tu buat benda-benda tak senonoh! pegang sana pegang sini. awak tau tak, panggung wayang tu mungkin sejuk bagi awak sampai terpegang tangan saya dengan sengaja, tapi neraka tu teramat panas dan tangan awak yang memegang tangan saya tu akan dibakar dalam api neraka berulang kali. awak sedar tak semua tu? tangkap gambar nak kepit-kepit, padahal boleh je tangkap gambar sorang-sorang kan. then, nak heboh kat 1 dunia. lepas tu nanti orang ‘like’ awak pun suka sebab orang tau siapa awek awak dan hubungan awak dan saya kononnya bahagia. tapi awak sedar tak yang malaikat sentiasa mencatat segala apa yang kita buat? awak ada ilmu agama, kalau takde ilmu agama pun, awak tau benda tu salah. tapi kenapa masih buat? awak sedar tak semua tu? ingat Allah tak waktu awak buat semua tu? awak tu belum tentu jodoh saya, nak sentuh-sentuh saya. kalau dah awak nak sentuh-sentuh saya, apa je yang suami saya boleh dapat special dari saya sebagai isterinya yang sah? awak nak ke isteri awak dah macam sisa orang? awak mesti akan cakap awak akan pastikan yang awak akan nikah dengan saya, sebab tu awak boleh sentuh-sentuh saya. tapi awak sedar tak yang awak tu siapa? hanya hamba Allah. awak bukan tuhan untuk tahu siapa jodoh saya dan jodoh awak. awak sedar tak semua tu? Klu betul awak sayang saya, awak jagalah saya baik-baik. beri sokongan saya jadi muslimah soleha dekatkan diri pada Allah, mohon pada Allah supaya izinkan kita dijodohkan bersama kerana saya ni milik Allah. ibu bapa hanya penjaga saya, mereka menjaga saya dengan penuh kasih sayang dan didikan yang baik sehingga sanggup memberi kepercayaan pada awak untuk menjaga saya, tapi awak jaga saya tak? awak jaga saya tak? tak kan? awak bawa saya kearah keburukan, awak sedar tak semua tu? banyak lagi yang awak buat kat saya, saya pun terlalu kurang pandai ikutkan je kemahuan awak. nanti kat neraka bila Allah soal saya dengan dosa-dosa maksiat yang kita buat, bukannya awak dapat backup saya depan Allah pun. kan? tolonglah tahan diri tu sehingga kita dah sah dinikahkan. huuu~

Suasana bertukar menjadi suram. sehinggalah nobita mula meluah perasaan..

Nobita : Kenapa tak dari dulu awak cakap semua benda ni? kenapa bila kita dah lalui macam-macam baru awak nak luahkan semua ni?
Sizuka : Sebab sebelum awak nak couple dengan saya, awak janji yang awak akan jaga saya baik-baik. awak suka dengan saya pun sebab bagi awak saya baik. tapi semakin lama awak semakin berubah. perubahan awak turut merubah diri saya. baru sekarang saya luah semua benda ni sebab selama ni saya sentiasa menanti agar Nobita yang dulu kembali. Nobita yang menjaga saya dengan baik. saya tunggu Nobita tu, tunggu dan terus menunggu kerana saya sayangkan dia. tapi semakin lama saya tunggu, semakin menjadi-jadi. awak fikirlah baik-baik apa yang saya sampaikan. kalau awak masih tak berubah, lepaskan saya kerana Allah!

Nobita : ......

[Pesanan : kepada pasangan yang hangat menyulam cinta dan kasih sayang, jagalah batas anda! ingat larangan Allah, cinta itu indah kerana Allah yang menciptakannya. tapi jangan sampai cinta untuk Allah itu dinodai oleh cinta manusia. menjadi kebiasaan, dalam berkasih ada kesalahan yang akan dilakukan. seringlah muhasabah diri dan beranikan diri untuk mula buat perubahan. beranikan diri menegur pasangan sebelum Allah menegur dengan pembalasan dan azab. wallahu’alam.]

peringatan untuk semua, beribu kali peringatan untuk diri yang teramat hina ini.
may Allah bless :)
sumber : fatin hamzah (facebook)

1/06/2011

KENAPA PERLU 'SEMANGAT GILA' ?

ada sesetengah orang, bila orang lain cakap 'semangat gila' boleh meruntunkan semangat mereka. kalau saya tengok jugak orang yang cakap tu jenis yang macam mana. kadang-kadang rasa terperli jugak bila cara orang tu cakap 'semangat gila' macam ada nada sinis. entahlah, nak tuduh orang tu cakap dengan niat tak baik macam jahat sangatlah pulak. tak boleh nak kata apa. cuma pada mereka yang biasa cakap begitu pada orang lain, nasihat saya hati-hatilah. ada sesetengah orang boleh jadi lemah semangat bila orang cakap macam tu dengan dia. bukan saya, tapi kawan saya. so untuk tak mengguriskan hati sesiapa, just be careful. itu saje.

may Allah bless :)

1/01/2011

31 DISEMBER 2010

do you ever love somebody more than you love yourself? hihi. semestinya, ye tak. untuk kata saya tak pernah, tipu. sangat tipu. malah sampai sekarang, i still love him. love him so much, damn much. to give a reason why, too much. hard to explain. and this love is like infinity.

tarikh yang unik dan istimewa. selamat hari lahir buatnya. dia seorang yang sangat menjaga amanah. buktinya, saya sebagai saksi. dia seorang yang bertanggungjawab, tegas dalam agama, dan penyayang. saya doakan semoga hidupnya sentiasa dalam barakahNya. semoga hidupnya juga sentiasa dipayungi redhaNya. sekali lagi saya ucapkan, selamat hari lahir ayahanda.

SELAMAT HARI LAHIR :)
MY LOVE FOR YOU NEVER MEET ANY LIMIT. IT'S INFINITY.