12/31/2009

happy birthday AYAHANDA yang dikasihi

maryam SAYANG walid!!!!!

this is my father's picture.today is his birthday.hepi birthday walid!i lub u so0o much!
heh heh,sama dengan birthday anak lelaki sir physics aku.kebetulan!

walid ayahandaku tercinta:
1-lecturer UNITEN
2-imam masjid UNITEN
3-pernah jadi lecturer kat tempat aku belajar sekarang,uia pj
4-sangat pandai BA
5-suka bersosial dengan orang,i mean suka bermasyarakatlah
6-tempat rujukan aku kalau tak faham apa-apa pasal agama
7-senyumannya bagaikan berkuasa,boleh buat aku rasa bahagia
8-tegas tapi tetap baik
9-selalu pesan kat aku,jaga pergaulan
10-pasangan terbaik yang Allah kirimkan buat umi
11-ayah terbaik aku dengan siblings aku
12-ajar aku mengaji sejak umur 4 tahun
13-sangat penyayang walaupun nampak tegas
14-orang selalu cakap walid nampak muda,rahsianya air sembahyang
15-prihatin tentang orang di sekeliling
16-taat pada ibu
17-sentiasa jaga hubungan dengan ibu
18-contoh lelaki yang amat susah dicari zaman ni
19-orang yang akan menghuni di hati aku sampai bila-bila..

maryam bertuah ada ayah macam walid.seriously,memang susah nak jumpa lelaki macam walid zaman sekarang ni.walid terlalu baik untuk kami.walid tak nak kami sekadar berjaya di dunia malah di akhirat sana.walid ada aim yang jelas dalam mendidik kami adik-beradik.walid nak amanah-amanah Allah ni terjaga sebaiknya.walid hadir sebagai insan bernama ayah buat kami.terima kasih walid.jasa walid nescaya tak terbalas oleh kami.hanya Dia yang mampu membalasnya.wallahua'lam..

p/s:nasib baik induction tu ditangguhkan,kalau tidak tak dapatlah meraikan besday walid di akhir tahun 2009..

12/29/2009

i wanna tell you something

aku nak cerita banyak benda kat blog sebenarnya.semangat aje nak update.tapi sekarang sibuk sikit,so takleh update selalu.takpe takpe,minggu ni balik rumah taulah.cheh,padahal minggu depan quiz.hhmm,aku takleh main-main sangatlah.tapi sekali sekala takpe kan..?hikhik.

hah,dah tak sabar nak balik.nak sambut birthday ayahanda tersayang.uuuuu,tak sabarnyeeee!!hahha,terlebih excitedlah pulak.alamak,hope sangat jumaat ni takde apa-apa.kalau tak,tak bolehlah balik hari khamis.sedih kooott kalau tak dapat celebrate birthday walid sama-sama.abangnas,i really hope that you can join us..

31 Disember.....tunggu saya!i'm coming..

okey,itu je nak bagi tau.moga ketemu lagi sih!
yee,cau cau cau..

p/s:buat ni pun tergesa-gesa.internet lambat!

12/26/2009

to DAOS and LEENA..


HAPPY BIRTHDAY!

happy sweet eighteen..
jangan nakal nakal lagi ye.kamu dah besar..
dan jangan lupa jugak call mama kamu.ucapkan terima kasih kerana dah melahirkan kamu..
semoga kamu jadi insan yang mendapat tempat yang mulia di sisi-NYA insya-Allah..

untuk LEENA:
1-you are sweet
2-sopan
3-susah nak tengok leena bersedih.happy aje selalu
4-my 1st friend from sabah sana
5-kembar daos.hee..
6-nice to befriend with you

untuk DAOS:
1-hhmm,sangat baik
2-friendly
3-genius,memang sesuai jadi engineer.hikhik..
4-suka senyum,macam kembar die
5-understanding
6-you know how to make the passive one become friendly one
7-you are so sweet to be a 'friend',thanks..

kte saje post pasal korang dua just to celebrate your birthday.sorilah sebab terlalu simple.tapi kte buat ni ikhlas sebagai sahabat korang.terima kasih,terima kte sebagai kawan walaupun kte ni tak berapa bagus mana.kte tak pandai nak tunjuk betapa kte gembira dapat korang sebagai teman seperjuangan,tapi percayalah yang kte hargai sangat sangat ikatan persahabatan ni.moga ikatan ni kekal sampai bila-bila insya-Allah..

p/s:thanks to Allah to have you as my friend.may Allah bless both of you..

final DESTINATION..

melangkah itu mudah
namun mencari arah itu yang terkadang payah

mencari jalan itu mudah
namun memahami destinasi itu yang susah

menyusun susur itu mudah
namun menuju noktah itu pasti mendatangkan lelah

dalam semua ini
menjaga istiqamah itu paling sukar
payah dan lelah

namun DIA amat mengerti
Dia tidak meminta manusia menjadi yang terbaik
hanya perlu melakukan yang terbaik

moga perjalanan kita sentiasa dalam lindungan Allah
insya-Allah

p/s:dan destinasi itu biarpun sukar untuk aku cari,akan tetap aku cari..

selesai sudah exam 'MATHS'

tadi exam maths2.susah macam hape je.lebih-lebih lagi part trigo,memang berperang hebatlah.adalah satu question ni part trigo jugak(question 3),huh..aku stuck.entah apa kuasa soalan tu buat aku jadi buntu tetiba.question yang tu memang aku tak boleh nak score langsung.nasib baik tajuk vector question 3 and 4 okey sikit.tapi ada jugak yang aku takleh jawab kat situ.cuma okey sikitlah dari question 3 yang 'comel' tu.tak suka question 3!!

arghhh,aku tak nak maths aku jadi macam physics.aku suka sangat sangat maths.so aku kenalh score.camane result maths nanti aku pun tak tahu.tunggu jelah masa berlalu.hopely ianya tak mengecewakan cam physics.hai,camanelah nak terror physics(physics pulak tetiba)?

secara ikhlasnya,dari sekolah lagi aku lemah physics and hal ini berterusan sampai sekarang.aku boleh physics,tapi aku sangat sangat sangat lambat untuk mencapai kefahaman yang benar benar mendalam for that 'sweet subject'.belajar pulak kat matric uia nie kena cepat dapat.manalah aku tak tersungkur.sesiapa tolong bantu aku.i want to master this 'cute subject',but i need some best way to be on that position..

huh,apapun aku kena terus kuat supaya aku tak jatuh lagi.yang penting cgpa mesti meningkat,mesti lebih baik dari sem lepas..ya!mesti!

p/s:can you please tell me the best way to like physics,to fall in lurv with physics?tulah,kalau dah tak minat memang susah..

12/24/2009

tahniah adikku for the 9As..

hari ni aku dapat berita yang amat menggembirakan yang buat aku terbayang betapa bahagianya senyuman umi dan walid.my pretty adik,Asiyyah Sakiinah got 9As in her PMR.tahniah!!!!!

tenks banyak-banyak kaksa,kejayaan awak pasti buat umi walid bangga.i am really proud of you.kakmaryam dah rasa awak mesti boleh.mungkin ini balasan Allah untuk sifat baik awak.susah nak dapat adik yang baik macam awak tau tak?hee..

apapun,nanti you ajarlah i camane nak jadi bijak macam you ye.hakhak..

awak memang boleh jadi kebanggaan keluarga Dzulhaya.tahniah lagi sekali kaksa!

p/s:awak memang layak terima anugerah tu kaksa.semoga kejayaan tu dapat diteruskan sampai bila-bila insya-Allah..

i need to be strong!

aku dah rasa dari awal apa yang bakal aku dapat.dan tanggapan aku tepat sama sekali.yep,aku sedih,kecewa,segan,dan rasa macam-macam lagi.tapi semua tu salah aku jugak kot.apapun yang terjadi,aku kena move on.aku kena kuat.kalau aku lemah,macamana aku nak tengok senyuman membanggakan tu ditujukan khas buat aku?so,i need to proceed with this although it might be a bit difficult for me..

Ya Allah,permudahkanlah jalan bagiku..

p/s:kenapa mesti mention _____?????huh..

12/18/2009

congkak jadi pengikat hati

kadang-kadang kita tak terfikir pun yang benda-benda kecil di sekeliling kita sebenarnya ada peranannya.macam akulah,main congkak dengan adik aku aiman.tak tahu kenapa,trough that aku rasa cam aku makin dekat dengan dia.sambil main kami borak-borak.dia cerita pasal minat dia and aku pulak cerita pasal minat aku.kitorang kongsi-kongsi cerita.tyme ni aku tak rasa macam aku tengah bercakap dengan seorang budak umur 6 tahun tapi dengan kawan sebaya.aku pun pelik jugak.aiman ni kadang-kadang manja,kadang-kadang terlebih matanglah pulak.but i like that way of him..

ini gambar aiman.sekarang umur dia 6 tahun.gaya tak cam budak 6 tahun kan?cam dah darjah berapa je.hahha,i lurrrvvv you aiman!!kalaulah aiman leh baca blog kakmaryam nih mesti best.then you'll know how much i lurv you...

ada orang kata,kakak dengan adik kalau umurnya jauh sangat biasanya tak berapa rapat.aku rasa tanggapan tu tak berapa kenalah.aku dengan aiman rapat je.ne ade tak rapat.cuma yelah,untuk nak kongsi hal-hal orang dewasa tak bolehlah.mesti kena dengan umurnya..

p/s:tak sangka pulak aiman pandai main congkak.hehee,tapi aiman tetap takleh kalahkan kakmaryam..

12/17/2009

kami di wet world!!

semalam kami sekeluarga dengan beberapa orang sepupu sepapat kami pergi jalan-jalan makan angin.kali ni kami sekeluarga cukup member.so,lagi best jalan-jalan ceni.yelah,kami sekeluarga jarang dapat berkumpul sekeluarga camni.kadang-kadang tyme aku ada,adik aku takde.abang aku ada,aku takde.hhmm,lebih kurang cam tulah.kelmarin baru jemput adik aku yang baru habis spm tu balik.so semalam memang umi ngan walid dah plan nak pergi wet world kat shah alam.lain dari situ,kami singgah ambik angin kat tempat lain dulu.ni ada sikit gambar yang aku rasa nak upload.bena yang paling aku malas nak buat dalam blog ni add imagelah.lambat sangat.tapi kali ni tetiba rasa rajin pulak.hee..

sebelum bertolak ke lokasi yang dituju..


kitorang pergi dengan dua buah kereta.biasanya sebuah je,tapi sebab ada dua orang sepupu aku pergi sekali,so kena guna dua buah kereta..

ni gambar tyme kat taman.singgah makan dulu sebelum tiba di wet world..


ini pulak tyme dah berada di wet world..


ini jelah gambar yang mampu aku add dalam post kali ni.kira banyaklah ni kan.thanks to umi and walid for everything.walaupun plan nak pergi negeri belah utara gagal,kami tetap bersyukur umi ngan walid bawa kami ke sini.yang penting,kita dapat pergi jalan-jalan sama-sama satu family.moga Allah berkati hidup umi dan walid insya-Allah.aminnn..

p/s:nampaknya maryam kena belajar berenang lebih lagilah.huhuu..

12/14/2009

jagalah bicaramu daripada membinasakanmu

kadang-kadang kita tak sedar dalam satu hari tu,kita banyak sangat berbicara tentang keburukan orang lain.aku akui,ada masa2 aku pun pernah mengumpat pasal orang ni..orang tu.so kali ni aku post pasal tajuk ni just nak kita saling muhasabah balik diri kita..

kita selalu nampak keburukan orang lebih dari keburukan yang ada pada diri kita sendiri.then kita aibkan dia dengan memberitahu orang lain pulak tentang keburukan dia.dan di situlah,gugur pahala-pahala yang kita amalkan sebelum ni.gugurnya di atas timbangan orang yang kita umpat tadi.kalau orang tu orang islamlah.betapa ruginya kita,free2 je derma pahala amalan kita kat orang yang diumpat tu..

tapi apapun,mulai sekarang kita sama-samalah cuba untuk tak mengumpat orang.sedangkan Nabi Muhammad S.A.W. yang sebegitu mulia pun takde nak ngumpat2 pasal orang lain,apatah lagi kita yang entah punya tempat atau tidak di sisi Allah S.W.T..

sebaiknya,kalau kita nampak orang buat benda tak baik,janganlah dihina mahupun dikutuk orang tu.kerana sesungguhnya jika kita menghinanya,maka kita adalah lebih hina dari orang itu.kerana kita orang islam yang tahu buruk dan baik sesuatu.manalah tahu orang yang kita hina2 tu sebenarnya tak tahu apa yang dia buat tu salah dan dilarang oleh agama.kalau rasa tak mampu nak tegur,berdoalah semoga orang tu sedar silapnya dan berubah satu hari nanti.siapa tahu,berkat doa kita akhirnya satu hari nanti dia berubah jugak.dan di situ ada ganjaran istimewa yang Allah sediakan untuk kita insya-Allah.sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
memanglah sebaiknya kita perlu tegur dan beri nasihat,tapi mesti kena dengan caranya.itu penting sangat dalam usaha menyampaikan dakwah..

so,aku nak ajak pembaca-pembaca sekalian untuk sama-sama memuhasabah balik diri kita.kalau rasa kita dah banyak salah gunakan nikmat mulut dan lidah yang Allah kurniakan ni,beristighfarlah banyak-banyak.dan istighfar itu jika boleh lafazkanlah sebaiknya supaya runtuh segala empayar syaitan yang bermaharajalela di hati kita.semoga dengan istighfar itu juga dapat menghapuskan titik-titik hitam dalam diri kita insya-Allah..

dan bila kita sebagai hamba Allah berasa takut akan peritnya azab seksa-Nya sehingga mengalirkan air mata,maka diharamkan api neraka itu ke atas tubuh kita..

wallahua'lam

p/s:tak semua manusia yang Allah ciptakan di atas muka bumi ni sempurna kebaikannya.ada yang lebihnya di sini tapi buruknya di sana.dan begitu jugalah diri kita yang begitu hina di hadapan-Nya..

12/12/2009

kadang2 menangis itu perlu

baru-baru ni.aku rasa sedihhh sangat.tak perlulah nak diberitahu apa sebabnya.aku terlalu sedih sampai tak boleh nak tahan nangis lagi dah.aku tak tau nak cakap cane.hanya Allah Yang Maha Tahu betapa pilu hati aku tyme tu.aku kalau dah start nangis memang susah nak berhenti.nasib baik mardhiah and leena ada.sori mardhiah,dah wat mardhiah tak tentu arah hari tu.hee,mardhiah memang kawan yang baik.tapi lepas nangis tu baru rasa lega sikit.thanks korang berdua,thanks so0o much coz dah bantu ringankan beban dalam hati kte.may Allah bless both of you insya-Allah..

bila aku fikir balik dalam-dalam,banyak lagi yang kurang dalam diri aku sebenarnya.aku perlu perbetulkan diri aku lagi.semoga Allah permudahkan jalan bagi aku..

wallahua'lam

p/s:minta maaf untuk segalanya.maryam akan cuba untuk jadi lebih baik insya-Allah..

adakah mimpi tu bawa sebarang petanda??

ada satu malam ni
aku mimpi aneh

sorang lelaki berpakaian putih datang kat aku
aku langsung tak ingat cane rupa dia
tapi yang pasti muka dia macam terlalu ingin tahu tentang sesuatu
dia datang kat aku bawak something
aku tak ingat apa bendanya tu

then dia berdiri betul-betul depan aku
aku cuma diam time tu
cam tak tau nak cakap ape
mulanya dia pun cuma diam
sambil mata dia pandang aku silih berganti dengan benda yang ada kat tangan dia tu
aku pelik
pelik sangat-sangat dengan situasi tu
tapi aku masih diam
walaupun pelbagai persoalan bermain-main di ruang minda aku

lepas beberapa saat
dia tunjuk kat aku sesuatu
aku nampak apa yang dia cuba nak tunjuk
satu tulisan
yang buat aku makin tertanya-tanya tujuan kedatangan dia

tulisan tu tertulis atas benda yang dia pegang sejak tadi
aku baca tulisan tu
'Al-Rahman Al-Rahim'
lebih kurang macam tulah

sebaik baca tulisan tu
aku pandang muka lelaki tu semula
apa yang dia nak?
nak aje aku tanya dia
tapi tak tau kenapa
persoalan tu masih tak mampu untuk aku lafazkan pada dia
aku masih aku mampu nak bersuara
tapi kenapa?

then
lelaki tu bersuara
dia tanya aku
'apa maksud tulisan ni?'
muka dia macam terlalu mengharapkan jawapan dari aku
dia pandang aku dengan pandangan ingin tahu
terlalu ingin tahu

so aku jawab jelah
'Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang'
sekali ni je aku mampu berkata-kata
aku pun pelik

then
dia senyum
senyuman yang buat aku rasa terlalu gembira tiba-tiba
aku pun tak tau kenapa aku rasa gembira
dia mengangguk perlahan
dan sedikit demi sedikit
dia menghilang di sebalik kegelapan

aku nak kejar lelaki tu
tapi rasa macam kaki aku tak mampu nak bergerak
aku nak panggil dia
tapi mulut aku pun macam dah tak mampu nak bersuara macam tadi
so aku terpaksa lepaskan orang tu pergi macam tu je

aku nak tau sangat siapa orang tu
apa tujuan kedatangan dia?
apa maksud soalan dia tu?
kenapa dia tanya aku macam tu?
adakah dia cuba nak sampaikan sesuatu?
semuanya bermain-main dalam fikiran aku
dan masih tiada jawapan untuk itu
sampai sekarang

wallahua'lam

p/s:mungkin ke aku ada buat silap kat seseorang dan orang dalam mimpi tu datang just untuk ingatkan aku?habis tu apa maksud lelaki misteri tu dengan 'Al-Rahman Al-Rahim' tu?atau itu cuma mainan mimpi yang tiada maksud apa-apa?aku siyez tertanya-tanya tentang mimpi tu sampai sekarang..

11/30/2009

aku sayang diorang..

aku sayang umi
aku sayang walid
aku sayang abangnas
aku sayang kakde
aku sayang kaksa
aku sayang hanan
aku sayang a'ina
aku sayang aiman

aku sayang diorang bukan sebab lain melainkan diri diorang sendiri.aku sayang diorang sebab mereka yang Allah kirimkan sebagai family aku di atas muka bumi ni.aku sayang diorang lebih dari segala-galanya.aku sayang diorang sebab aku tahu,Allah dah sediakan ruang di hati aku untuk menyayangi diorang.aku sayang diorang sampai aku tak suka sesiapa pun buat diorang sedih.aku sayang diorang..sebab aku terlalu sayangkan diorang sampai tak tau cane nak cakap lagi.hanya Allah yang Maha Tahu betapa sayang aku buat mereka tak terlihat dalamnya.dan bila aku sayang,aku akan sayangkan diorang sampai bila2 insya-Allah..

i lurv them more than anything else!!

wallahua'lam

p/s:apa yang tertulis di sini adalah apa yang tertulis jauh di sudut hati aku.really hope for the understanding side of you..

11/28/2009

aku serius tak sangka

semalam aku dengan family balik kampung kat pahang.adik aku yang spm to memang tak baliklah(study).abangnas pun tak balik(ada projek).aku...balik.ada jugak keje,tapi tak sampai hati pulak kalau tak balik.aku tahu walid seronok bila kami balik sama-sama.lagipun dah lama tak jumpa wan,kaknana,mokwe.yang penting niat ikhlas..

kitorang sampai after asar.alhamdulillah perjalanan lancar dan selamat..

kitorang bermalam satu malam kat rumah wan.hari ni baru balik.so nak dijadikan cerita,malam tadi adalah sanak saudara belah ayahwe(ayah saudara aku) datang rumah wan.aku,kaksa,dengan hanan kat dapur je tolong apa yang patut..

nak dekat sejam jugaklah tetamu-tetamu tu datang.lepas tu diorang balik.dah lewat malam jugaklah tyme tu..

pagi tadi,pergi kubur arwah tokki.kitorang baca yaasin sama-sama dan bersihkan kubur arwah sama-sama.kemudian baru kitorang balik.samapi rumah wan,aku dengar satu berita yang bagi aku amat mengejutkan.sesuatu yang tak aku sangka dan tak pernah terfikir pun ianya kan terjadi..

whattttt???!!!
rupa-rupanya malam tadi,salah sebuah keluarga yang datang rumah wan mengalami kemalangan yang agak ngeri.dan ianya melibatkan kehilangan nyawa seorang bayi berumur lebih kurang 5 bulan lebih.aku ingat lagi bayi tu.segar bugar aje dia dalam pangkuan ibunya malam tadi,sebelum pergi untuk selamanya beberapa ketika kemudian.serius aku terkejut dengan berita tu..

baby tu je yang terkorban dalam nahas malam tadi.ibunya luka-luka.ayahnya pulak patah tulang peha.rasa macam dalam sekelip mata je semua ni berlaku.aku agak sedih jugaklah tyme dengar berita buruk ni.bukannya apa,tapi mestilah kita terkilan coz hal ni melibatkan mereka yang kita kenal.apatah lagi yang baru kita jumpa tak sampai 24 jam pun..

bila fikir balik,betullah firman Allah 'kunfayakun'.kalau dah itu kehendaknya,dalam sekelip mata je apa apapun boleh berlaku,walaupun itu bukan atas kehendak kita.insya-Allah pasti ada hikmahnya..

btw,aku kat sini cuma mengharapkan kita sama-sama muhasabah kembali hidup kita selama ni.sesungguhnya mati itu pasti dan terlalu hampir dengan kita.kita tak tahu macam mana agaknya bila kita mati nanti.so,fikir-fikirkanlah..

semoga ini boleh jadi pengajaran buat kita semua insya-Allah..

p/s:harap keluarga yang terlibat dengan kemalangan tu dapat hadapinya dengan tabah dan redha.sama-samalah kita sedekahkan al-fatihah untuk arwah baby.al-fatihah..

11/26/2009

selamat hari raya haji

hari ni dah masuk hari raya haji.menandakan tahun 2009 pun dah sampai ke akhirnya,dan exam mid-sem pun dah makin dekat.ohh,sungguh menakutkan.papelah..

okey,aku just nak ucapkan selamat hari raya haji untuk semua yang dikenali dan yang juga mengenali diri ini.hopely,keberkatan hari ini sampai kepada kita semua insya-Allah..

tadi aku dengan family pergi solat sunat raya haji kat masjid UNITEN.sepupu dari terengganu pun ikut sekali.kali ni diorang beraya di rumah kami.kami nak balik terengganu tak boleh sebab ada adik aku sorang tengah SPM.so begitulah..

jadinya,petang ni insya-Allah kami akan bertolak ke pahang.kampung belah walid(ayah).walid cakap dah rindu sangat kat wan(nenek) sebab dah dua minggu tak balik.baik kan ayah aku?bertuah nenek aku dapat anak macam walid.aku pun bertuah kan sebab dapat ayah macam walid.hehe,bangga jap..

itu jelah untuk kali ni.sem ni aku sibuk sikit.so tak dapat update blog selalu cam tyme cuti dulu.insya-Allah kalau ada masa blog ni akan diupdatekan lagi.heee..

wassalam

11/09/2009

jadual padat,rasa penat

arghhhhh..
jadual aku sem ni paaaaadat sangat.lebih-lebih lagi hari isnin,selasa,dan khamis.dari pukul 8 pagi sampailah nak dekat pukul 6 petang.hari-hari tersebut sangatlah membuat aku mengidamkan sebuah bantal yang gebu untuk dijadikan sebagai alas kepala.serius,aku memang penat.paling penat hari khamislah.jadual amatlah padat dan mampat..

apapun,at least masa aku tak banyak terbuang dan lebih terisi.penat tu memanglah penat.tapi bila fikir balik semula dalam dalam,banyak baiknya daripada buruknya.mungkin kalau jadual free sangat pun,aku jadi tak serius nak belajar.mintak jauh sangat sangat.kalau boleh aku nak jadi insan yang beriman,berilmu,berguna dunia akhirat.aminnn insya-Allah..

buat teman-teman lama yang kini menyambung pengajian di pusat-pusat pengajian lain,semoga berjaya kite ucapkan.jangan lupa untuk doakan kawan-kawan yang lain.insya-Allah jalan untuk berjaya itu terbuka lebih luas.yang penting ikhlas..


p/s:bagi yang masih belajar di sekolah,hargailah apa yang awak punya sekarang.i mean hargailah zaman sekolah awak.sebab apa yang awak lalui sekarang hanya untuk sekali cuma.
sekali detik itu berlalu,tiada yang mampu kembalikannya semula..

aku seorang yang tak aktif

minggu lepas bermulanya 'smac' kat cfs iium ni.itu pun aku dapat tahu dari abang aku.kalau tidak mungkin sampai sekarang pun aku takkan tahu apa-apa.aku kureng sikit bab-bab penglibatan dalam aktiviti-aktiviti sukan ni.dan satu lagi,aku memang tak suka sukan.sekadar tengok orang main aje bolehlah kot..

hari sabtu dan ahad baru-baru ni,students daripada nilai datang ke sini untuk bertanding dengan students pj.aku pun tak tahu apa cerita keputusan pertandingan-pertandingan tu.sabtu dan ahad tu,aku dengan roommates aku semua balik.kami ini sekepala okey(tak aktif).setiap hujung minggu pasti pulang ke rumah.heh..

dari zaman sekolah lagi aku tak pernah mewakili sekolah untuk apa-apa jenis sukan pun except kawat kaki.itu pun sekali je.aku memang jenis yang macam ni.tak suka sukan.nak boleh timbul rasa suka tu pun bukan main susah lagi.hahha,boleh pulak..

yang pasti,aku hanya akan rasa enjoy dengan sesuatu aktiviti tu bila aku yang rasa nak buat sendiri.bukan sebab orang lain yang suruh.lagi satu,aku suka main sukan dengan family.i lurve my family so0o0o much much much,damn much!ngee..

kesimpulannya;aku memang seorang yang tak aktif,tak suka sukan,tak suka melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti yang boleh memenatkan badan.heee..

p/s:walid,umi,bila kita boleh pergi tasik titiwangsa sama-sama lagi?jogging,main badminton,bersenam..

11/07/2009

misi berenang gagal

hari ni aku ditugaskan oleh umi untuk bawak adik-adik aku ke kolam renang.lokasinya kat dalam uniten je.aku tak kenal jalannya,adik-adik akulah yang tolong tunjukkan arah.cool,aku ikut jek.aku okey aje kalau nak drive dalam uniten.tapi kalau luar dari uniten,minta maaflah ye adik-adikku.i can't..

kebetulan hari ni ayah aku baru pergi program dengan student-student dia.4 hari kot ayah aku takde kat rumah..
balik pada cerita tadi,kami dengan excitednya pergi dengan menaiki kereta myvi.aku yang drive sebab abangnas takde.dia tak balik rumah minggu ni,ada hal katanya.keje kot.heh..

kitorang pergi sana siap bawak bekal lagi.biskut,kek,and apa entah lagi.adik-adik akulah yang seronok tahap apa nak mandi kolam.muka ceria bahagia belaka.wohoee,terbias jugaklah keceriaan diorang pada aku.i'm happy to see them smile like that..

nak dijadikan cerita,kebahagiaan kami bertukar menjadi kecewa sebaik sahaja kami tiba di pintu pagar nak masuk ke kolam renang tu.pintu pagar berkunciiiii!!!

aiman dengan ainalah yang nampak ketara sedihnya.huh,aku kesian kat diorang,tapi tak boleh nak buat apa jugak.kami sampai kat sana dalam pukul 11 lebih macam tulah.rupanya kolam tu tutup pukul 10.30 pagi.what?kami cuma terlewat tak sampai sejam pun.mengeluhlah jugak kitorang..

mulanya aiman tak nak balik.dia nak tunggu kolam tu bukak semula.tahu tak pukul berapa kolam tu akan dibuka semula?pukul 5 petang..nak menunggu kat sini 5 jam lebih?takpelah aiman,kita balik ajelah.lama jugaklah kitorang pujuk dia,barulah dia nak balik..

lastly,aku bawak diorang pergi lawat kandang kuda(dalam uniten jugak).aku tak tahu langsung kat dalam uniten ni ada kandang kuda.diorang yang bagitau aku.dan diorang jugak yang paksa aku bawak diorang ke sana.dan diorang jugak yang tunjukkan jalan macamana nak ke sana.heee..

sampai kat tempat yang dituju,aku berhentikan kereta berhampiran dengan satu padang ni.kat situ ada seekor kuda.tapi kuda tu macam tengah cuba nak lepaskan diri dari tempat tu(tempat tu berpagar okey).seriously,kuda tu nampak agresif.apa lagi,adik-adik aku yang mulanya macam nak keluar dah tak jadi nak keluar.diorang jadi takut pulak.nak tergelak aku tengok diorang tyme tu.tau tak apa aina cakap?

'kakmaryam,aina tak nak mati kat sini..'

apa keslah pulak si aina ni.takkan bolehnya kuda tu terlepas.pagar tu kan tinggi.actually aku pun seram jugak.hahha,tapi tunjuk cool je depan adik-adik..
beberapa minit kemudian,kitorang gerak balik..

lain kali teringin nak bawak diorang pergi tempat lain pulak.bawak pergi makan angin je.biasalah,kakak mana yang tak teringin nak bawak adik-adik dia pergi jalan-jalan..

tetiba rasa tak sabarlah pulak nak tunggu abangnas dah dapat kerja.bolehlah dia belanja aku.chewah,padahal dia pun masih kat matric lagi.jauhnya aku berangan..
oppss,aku bukan beranganlah.aku cuma mencipta impian yang diiringi dengan doa semoga abangnas berjaya.that's all..

harap-harap lain kali boleh bawak diorang pergi kolam renang lagi dan kolam renang tu tak tutupmacam hari ni.pengajarannya,jangan suka lengahkan masa.ye ke?hahha,lebih kuranglah..

p/s:adik-adikku,lain kali kita pergi lagi ye.ingat,jangan siap lewat.huhhu..