11/09/2009

jadual padat,rasa penat

arghhhhh..
jadual aku sem ni paaaaadat sangat.lebih-lebih lagi hari isnin,selasa,dan khamis.dari pukul 8 pagi sampailah nak dekat pukul 6 petang.hari-hari tersebut sangatlah membuat aku mengidamkan sebuah bantal yang gebu untuk dijadikan sebagai alas kepala.serius,aku memang penat.paling penat hari khamislah.jadual amatlah padat dan mampat..

apapun,at least masa aku tak banyak terbuang dan lebih terisi.penat tu memanglah penat.tapi bila fikir balik semula dalam dalam,banyak baiknya daripada buruknya.mungkin kalau jadual free sangat pun,aku jadi tak serius nak belajar.mintak jauh sangat sangat.kalau boleh aku nak jadi insan yang beriman,berilmu,berguna dunia akhirat.aminnn insya-Allah..

buat teman-teman lama yang kini menyambung pengajian di pusat-pusat pengajian lain,semoga berjaya kite ucapkan.jangan lupa untuk doakan kawan-kawan yang lain.insya-Allah jalan untuk berjaya itu terbuka lebih luas.yang penting ikhlas..


p/s:bagi yang masih belajar di sekolah,hargailah apa yang awak punya sekarang.i mean hargailah zaman sekolah awak.sebab apa yang awak lalui sekarang hanya untuk sekali cuma.
sekali detik itu berlalu,tiada yang mampu kembalikannya semula..

No comments: