11/28/2009

aku serius tak sangka

semalam aku dengan family balik kampung kat pahang.adik aku yang spm to memang tak baliklah(study).abangnas pun tak balik(ada projek).aku...balik.ada jugak keje,tapi tak sampai hati pulak kalau tak balik.aku tahu walid seronok bila kami balik sama-sama.lagipun dah lama tak jumpa wan,kaknana,mokwe.yang penting niat ikhlas..

kitorang sampai after asar.alhamdulillah perjalanan lancar dan selamat..

kitorang bermalam satu malam kat rumah wan.hari ni baru balik.so nak dijadikan cerita,malam tadi adalah sanak saudara belah ayahwe(ayah saudara aku) datang rumah wan.aku,kaksa,dengan hanan kat dapur je tolong apa yang patut..

nak dekat sejam jugaklah tetamu-tetamu tu datang.lepas tu diorang balik.dah lewat malam jugaklah tyme tu..

pagi tadi,pergi kubur arwah tokki.kitorang baca yaasin sama-sama dan bersihkan kubur arwah sama-sama.kemudian baru kitorang balik.samapi rumah wan,aku dengar satu berita yang bagi aku amat mengejutkan.sesuatu yang tak aku sangka dan tak pernah terfikir pun ianya kan terjadi..

whattttt???!!!
rupa-rupanya malam tadi,salah sebuah keluarga yang datang rumah wan mengalami kemalangan yang agak ngeri.dan ianya melibatkan kehilangan nyawa seorang bayi berumur lebih kurang 5 bulan lebih.aku ingat lagi bayi tu.segar bugar aje dia dalam pangkuan ibunya malam tadi,sebelum pergi untuk selamanya beberapa ketika kemudian.serius aku terkejut dengan berita tu..

baby tu je yang terkorban dalam nahas malam tadi.ibunya luka-luka.ayahnya pulak patah tulang peha.rasa macam dalam sekelip mata je semua ni berlaku.aku agak sedih jugaklah tyme dengar berita buruk ni.bukannya apa,tapi mestilah kita terkilan coz hal ni melibatkan mereka yang kita kenal.apatah lagi yang baru kita jumpa tak sampai 24 jam pun..

bila fikir balik,betullah firman Allah 'kunfayakun'.kalau dah itu kehendaknya,dalam sekelip mata je apa apapun boleh berlaku,walaupun itu bukan atas kehendak kita.insya-Allah pasti ada hikmahnya..

btw,aku kat sini cuma mengharapkan kita sama-sama muhasabah kembali hidup kita selama ni.sesungguhnya mati itu pasti dan terlalu hampir dengan kita.kita tak tahu macam mana agaknya bila kita mati nanti.so,fikir-fikirkanlah..

semoga ini boleh jadi pengajaran buat kita semua insya-Allah..

p/s:harap keluarga yang terlibat dengan kemalangan tu dapat hadapinya dengan tabah dan redha.sama-samalah kita sedekahkan al-fatihah untuk arwah baby.al-fatihah..

2 comments:

leena said...

uhukz.. al fatihah..

misfaida said...

tenkiu leena..