11/07/2009

misi berenang gagal

hari ni aku ditugaskan oleh umi untuk bawak adik-adik aku ke kolam renang.lokasinya kat dalam uniten je.aku tak kenal jalannya,adik-adik akulah yang tolong tunjukkan arah.cool,aku ikut jek.aku okey aje kalau nak drive dalam uniten.tapi kalau luar dari uniten,minta maaflah ye adik-adikku.i can't..

kebetulan hari ni ayah aku baru pergi program dengan student-student dia.4 hari kot ayah aku takde kat rumah..
balik pada cerita tadi,kami dengan excitednya pergi dengan menaiki kereta myvi.aku yang drive sebab abangnas takde.dia tak balik rumah minggu ni,ada hal katanya.keje kot.heh..

kitorang pergi sana siap bawak bekal lagi.biskut,kek,and apa entah lagi.adik-adik akulah yang seronok tahap apa nak mandi kolam.muka ceria bahagia belaka.wohoee,terbias jugaklah keceriaan diorang pada aku.i'm happy to see them smile like that..

nak dijadikan cerita,kebahagiaan kami bertukar menjadi kecewa sebaik sahaja kami tiba di pintu pagar nak masuk ke kolam renang tu.pintu pagar berkunciiiii!!!

aiman dengan ainalah yang nampak ketara sedihnya.huh,aku kesian kat diorang,tapi tak boleh nak buat apa jugak.kami sampai kat sana dalam pukul 11 lebih macam tulah.rupanya kolam tu tutup pukul 10.30 pagi.what?kami cuma terlewat tak sampai sejam pun.mengeluhlah jugak kitorang..

mulanya aiman tak nak balik.dia nak tunggu kolam tu bukak semula.tahu tak pukul berapa kolam tu akan dibuka semula?pukul 5 petang..nak menunggu kat sini 5 jam lebih?takpelah aiman,kita balik ajelah.lama jugaklah kitorang pujuk dia,barulah dia nak balik..

lastly,aku bawak diorang pergi lawat kandang kuda(dalam uniten jugak).aku tak tahu langsung kat dalam uniten ni ada kandang kuda.diorang yang bagitau aku.dan diorang jugak yang paksa aku bawak diorang ke sana.dan diorang jugak yang tunjukkan jalan macamana nak ke sana.heee..

sampai kat tempat yang dituju,aku berhentikan kereta berhampiran dengan satu padang ni.kat situ ada seekor kuda.tapi kuda tu macam tengah cuba nak lepaskan diri dari tempat tu(tempat tu berpagar okey).seriously,kuda tu nampak agresif.apa lagi,adik-adik aku yang mulanya macam nak keluar dah tak jadi nak keluar.diorang jadi takut pulak.nak tergelak aku tengok diorang tyme tu.tau tak apa aina cakap?

'kakmaryam,aina tak nak mati kat sini..'

apa keslah pulak si aina ni.takkan bolehnya kuda tu terlepas.pagar tu kan tinggi.actually aku pun seram jugak.hahha,tapi tunjuk cool je depan adik-adik..
beberapa minit kemudian,kitorang gerak balik..

lain kali teringin nak bawak diorang pergi tempat lain pulak.bawak pergi makan angin je.biasalah,kakak mana yang tak teringin nak bawak adik-adik dia pergi jalan-jalan..

tetiba rasa tak sabarlah pulak nak tunggu abangnas dah dapat kerja.bolehlah dia belanja aku.chewah,padahal dia pun masih kat matric lagi.jauhnya aku berangan..
oppss,aku bukan beranganlah.aku cuma mencipta impian yang diiringi dengan doa semoga abangnas berjaya.that's all..

harap-harap lain kali boleh bawak diorang pergi kolam renang lagi dan kolam renang tu tak tutupmacam hari ni.pengajarannya,jangan suka lengahkan masa.ye ke?hahha,lebih kuranglah..

p/s:adik-adikku,lain kali kita pergi lagi ye.ingat,jangan siap lewat.huhhu..

No comments: