12/12/2009

adakah mimpi tu bawa sebarang petanda??

ada satu malam ni
aku mimpi aneh

sorang lelaki berpakaian putih datang kat aku
aku langsung tak ingat cane rupa dia
tapi yang pasti muka dia macam terlalu ingin tahu tentang sesuatu
dia datang kat aku bawak something
aku tak ingat apa bendanya tu

then dia berdiri betul-betul depan aku
aku cuma diam time tu
cam tak tau nak cakap ape
mulanya dia pun cuma diam
sambil mata dia pandang aku silih berganti dengan benda yang ada kat tangan dia tu
aku pelik
pelik sangat-sangat dengan situasi tu
tapi aku masih diam
walaupun pelbagai persoalan bermain-main di ruang minda aku

lepas beberapa saat
dia tunjuk kat aku sesuatu
aku nampak apa yang dia cuba nak tunjuk
satu tulisan
yang buat aku makin tertanya-tanya tujuan kedatangan dia

tulisan tu tertulis atas benda yang dia pegang sejak tadi
aku baca tulisan tu
'Al-Rahman Al-Rahim'
lebih kurang macam tulah

sebaik baca tulisan tu
aku pandang muka lelaki tu semula
apa yang dia nak?
nak aje aku tanya dia
tapi tak tau kenapa
persoalan tu masih tak mampu untuk aku lafazkan pada dia
aku masih aku mampu nak bersuara
tapi kenapa?

then
lelaki tu bersuara
dia tanya aku
'apa maksud tulisan ni?'
muka dia macam terlalu mengharapkan jawapan dari aku
dia pandang aku dengan pandangan ingin tahu
terlalu ingin tahu

so aku jawab jelah
'Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang'
sekali ni je aku mampu berkata-kata
aku pun pelik

then
dia senyum
senyuman yang buat aku rasa terlalu gembira tiba-tiba
aku pun tak tau kenapa aku rasa gembira
dia mengangguk perlahan
dan sedikit demi sedikit
dia menghilang di sebalik kegelapan

aku nak kejar lelaki tu
tapi rasa macam kaki aku tak mampu nak bergerak
aku nak panggil dia
tapi mulut aku pun macam dah tak mampu nak bersuara macam tadi
so aku terpaksa lepaskan orang tu pergi macam tu je

aku nak tau sangat siapa orang tu
apa tujuan kedatangan dia?
apa maksud soalan dia tu?
kenapa dia tanya aku macam tu?
adakah dia cuba nak sampaikan sesuatu?
semuanya bermain-main dalam fikiran aku
dan masih tiada jawapan untuk itu
sampai sekarang

wallahua'lam

p/s:mungkin ke aku ada buat silap kat seseorang dan orang dalam mimpi tu datang just untuk ingatkan aku?habis tu apa maksud lelaki misteri tu dengan 'Al-Rahman Al-Rahim' tu?atau itu cuma mainan mimpi yang tiada maksud apa-apa?aku siyez tertanya-tanya tentang mimpi tu sampai sekarang..

4 comments:

firdausaharudin said...

wow...mimpi yg besshhh!!!! hehe...btw,, hope dpt selesaikn mimpi tuh k heee

CIK M said...

ahahha
sgt best
dan pelik jgk
msh xde solution utk itu
hee,mgkn jgk mainan mmpi jek

huhuu~

firdausaharudin said...

ahahha...nak mimpi jugka!!!!

CIK M said...

tpi kn daos,mk kte ckp jgn trlalu ambil serius sgt bnd2 cam tu..
xpn doa jelh moga2 ianya baik utk kta..
mntk jauh bnd2 yg x diingini..

hee~