10/23/2009

oh tidakkk!!

sedar tak sedar,cuti sem-one dah nak habis.oh tidakkk,macam tak puas pulak rasanya cuti 3 minggu.esok dah kena balik uia.haa?!esok dah kena balik?macam tak percaya je.3 minggu berlalu begitu pantas.so,bagi mereka yang baru menikmati cuti tu,isilah masa sebaiknya.heee..
alaa,dahlah result tak boleh ambil lagi.sebabnya; aku tak sign out masa nak balik cuti hari tu.so kena denda dengan mahallah rm10..

'sesiapa yang berhutang dengan mahallah atau finance department hanya boleh mengambil keputusan selepas melangsaikan hutang mereka.'fullstop!

itu kata putus uia.akhirnya aku pun pasrah.tapi pelik jugak sebab sebelum balik,aku ada isi kertas sign out kat depan mahallah office.untuk huda pun aku dah tolong tuliskan.tapi huda pun tak boleh ambil result dia lagi.pelikkk pelikkk!tapi tak tahulah kalau aku yang tersilap tulis atas kertas lain.wallahua'lam..
bagi yang dah dapat result tu; yang dapat tinggi tahniah diucapkan,dan yang dapat rendah pulak..masih ada masa untuk berusaha dan buat yang terbaik.entah macamanalah result aku agaknya.rasa macam terlalu tipis peluang nak dapatkan 3.0 ke atas.huh,teringin sangat-sangat nak tahu,tapi tulah.aku dikira berhutang rm10 dengan mahallah dan hasilnya aku tak boleh tahu result aku sendiri.cuainya aku..
rasa macam tak nak balik pulak esok.malasssss!dahlah next sem abang aku cakap banyak aktiviti sikit.betul ke?entahlah,biarlah semua tu terjawab melalui masa.malas aku nak fikir banyak-banyak sangat.berselirat kepala otak aku nanti.heh..
esok balik!yang pasti,masa tu akan tiba juga.aku kena melangkah masuk ke cfs iium semula 'esok'.ummiiiii,waliiddd..
isyhh,macam budak keciklah pulak.aku tahu mesti roommate aku dua-dua pun melalui kepayahan yang sama macam aku.'tak nak balik uia'.betul tak?
apapun,hakikat tetap hakikat.realiti tetap realiti.perjuangan perlu diteruskan!tugas sebagai khalifah Allah di atas muka bumi ni tak boleh dilupakan.ada masa,kita kena berkorban.insya-Allah,Allah takkan sia-siakan setiap sesuatu tu.yakinlah dengan janji Allah Yang Satu.insya-Allah juga,kejayaan akan menjadi milik kita..

p/s: kepada semua students cfs iium,selamat kembali semula ke gedung ilmu.semoga semester kedua ni mencipta kejayaan yang lebih besar buat kita semua.amiinnn insya-Allah..

wassalamualaikum

No comments: