13 oktober-anniversary umi dan walid
14 oktober-birthday hanan
19 oktober-birthday kaksa
hhmm,tiga tarikh ni adalah antara tarikh yang agak penting dalam hidup aku.umi dan walid tu parents aku,hanan adik aku,dan 'kak'sa pun adik aku.mungkin agak pelik bila aku panggil adik aku sendiri dengan gelaran 'kak'.tapi sebab nak biasakan adik2 yang lebih kecil panggil dia 'kak'sa(tak nak biar diorang panggil nama je),aku pun kena panggil dia kaksa jugak.so,terciptalah panggilan kaksa.itu je..
okey,balik pada aim asal aku post blog kali ni.bulan ni kiranya family aku sambut tiga sambutan serentaklah.semalam,umi buat spageti dan nasi arab.banyak kottt aku makan spageti.antara favourite aku tuuu..
hari ni pulak,aku dengan umi pergi alamanda beli pitza hut sempena 3 peristiwa tu jugaklah.kitorang pergi berempat.aku,umi,hanan,dan aiman adindaku sayang.sambil2 tu umi adalah jugak beli barang2 keperluan dapur yang lain.aiman macam biasa,tak habis2 dengan barang permainan yang bagi aku taklah best mane tapi perlu dibeli kalau tak nak ada yang buat hal.ngee..
abangnas dengan kakde ada kat rumah duk layan internet tak sudah.mesti diorang lapar menonggeng kat rumah.biar..biar..sape suruh tak nak pergi..
kaksa pulak pergi beraya umah kawan dengan geng2 dia.aina ikut sekali sekadar nak meneman kaksa.walid pulak balik kampung kat pahang.kata umi,walid nak bawak wan(nenek) datang rumah hari ni.kitorang sampai rumah petang tu pun dalam kul 5 lebih jugaklah..
penat(sakit tumit),tapi seronok..
tiga dalam satu maksudnya;tiga peristiwa dalam satu bulan.heh..
wassalam
No comments:
Post a Comment