adalah satu hari ni,hari jumaat.hari tu mak dengan ayah aku tak dapat ambil aku dengan abang aku nak balik rumah.so,aku 'terpaksa' balik naik ktm dengan abang aku.mulanya ingat nak gerak before asar,tapi abang aku cakap dia penat.dia ajak aku balik malam.takot kottt nak balik malam.cuba bayangkan macamana aku nak berjalan sorang-sorang dari asrama ke pintu gate cfs.huh,kecut perut aku.because of that,aku pujuk abang aku balik petang jugak.sebarang alasan tidak akan diterima lagi.lastly dia setuju jugak.hahha,jahat kan aku..
lebih kurang pukul 6 setengah petang aku turun dari asrama,jalan kaki sorang-sorang menuju ke pintu gate utama cfs iium.petang pun aku rasa kecut perut,kalau malam apatah lagi.aku tersenyum sendiri,seronok sebab dapat jugak balik petang.aku mesej abangnas nak bagi tahu yang aku dah gerak.then dia balas..
'5 minit lagi..'(beginilah kebiasaannya)
tyme tu hujan renyai-renyai.hari dah mula gelap.yelah,baru lepas hujanlah katakan.sampai kat depan gate,aku duduk bawah pokok sorang-sorang tunggu abangnas.cuma aku sorang je kat situ tyme tu.dahlah hujan macam makin lebat dari sebelum tu.aku dahlah payung pun takde.sejukkk..
about 5 minutes later,abangnas muncul.kitorang naik teksi dari situ ke mid valley.sampai kat ktm di mid valley,aku cuma mampu angkat kening.ramainya orang!!!
kitorang terlepas first train sebab keramaian orang yang amat sangat.macam ikan sardin!then abangnas cakap..
'maryam,kalau train lagi satu ramai orang jugak,awak naiklah dulu.nanti kita jumpa kat ktm serdang..'
what?!nak aku pergi sorang-sorang?no no no no no..aku dahlah tak reti apa-apa sangat pasal train.huh,apa lagi,membebellah aku kat abang aku.hhmm,actually terharu jugak aku bila dengar dia cakap macam tu.kira dia suruh aku pergi dulu sebab takut aku penat tunggu lelama kt situ dengan dia.tapi bagi aku,we better be together.dengan cara tu je aku akan rasa lebih selamat.walaupun penat sikit.hehee..
train kedua memang penuh sangat-sangat.tapi kami berdua terjah jugak.dahlah tak solat maghrib lagi.hari pun dah makin lewat.takkan nak biar solat maghrib tergadai semata-mata sebab nakkan keselesaan.tyme dalam train tu aku rasa mcam tak boleh nak bernafas.lemasssss!!seriously,aku memang tak suka naik train yang sesak macam tu.heh..
sampai di ktm serdang,kami pergi solat dulu.waktu dah semput sangat.isyak dah tak sabar-sabar nak menjelmakan diri.lagipun walid pun tak sampai lagi.after solat,kami tunggu beberapa minit sebelum walid sampai.huh,punyalah penat hari ni sampai masuk aje dalam kereta aku mengeluh aje memanjang.mengeluh kepenatan..
dalam diam,aku tersedar sesuatu yang amat penting untuk hidup aku.bersyukur..
setiap yang aku lalui hari ini mengajar aku supaya bersyukur dengan apa yang aku ada selama ni.sekurang-kurangnya,ucapkanlah 'alhamdulillah' setiap kali kita dikurniakan walau sedikit sekalipun nikmat.kerana mungkin ada yang lebih merana di sana demi mendapatkan nikmat itu.wallahua'lam..
p/s:belajarlah dari pengalaman.sesungguhnya pengalaman itu adalah guru yang terbaik sekali insya-Allah..
No comments:
Post a Comment