dua minggu aku terperuk di uia,dalam bilik yang besarnya taklah sebesar mana,dan perabot di dalamnya pun kecil2 comel belaka(meja belajar,almari,katil,exc..)..
actually kitorang ada exam tyme nih.aku exam english level 5,mathematics 1,arabic language level 1,dan physics 1.ni pun dah kira banyaklah.tapi huda lgi banyak.kesian aku tengok rumate aku yang sorang nih.jangan risau huda,insya-Allah huda boleh.i trust you..
hhmm,lagi satu,sepanjang minggu exam memang membosankan.duduk dalam bilik tanpa melakukan sebarng aktiviti lain selain membaca buku,makan,tidur,dan berborak.dahlah kelas pun takde.seriously,memang bosan tak terkata.tengok tv pun adalah dua tiga kali.suasana kat uia pun kian sepi hari demi hari..
exam physics pulak jadualnya hari ahad minggu kedua(boleh dikatakan antara hari2 last jugak).tapi okelaaa,aku ada lebih kurang 4 hari yang free before exam physic.bolehlah study physics lebih sikit.dahlah aku lemah subject tu.hehee,aku memang tak minat physics sejak sekolah menengah lagi.tapi sekarang dah mula bercambah sikit2lah minat tu.tak pasti jugak dari arah mana perasaan minat tu datang.tapi yang pasti,aku memang dah start minat subject ni..
balik pada kisah dua minggu aku terperuk kat uia,tyme ni aku memang rasa nak balekkk sangat2.tak tau nak cakap macam mana.yelah,first tyme merasai minggu yang begitu membosankan di uia.takde kelas and takde benda nak buat selain 'study'..
naseb baeklaaa ada huda,rumate aku.ada jugak teman nak berborak2.thanks huda kerana sudi isi masa kte dengan something fun.huda memang rumate yang baik.tapi huda lagi kesian,kena exam sampai hari isnin.meaning hari ni aku balik,esoknya dia exam lagi.bukanlah exam apa,cuma speaking test untuk nak examted english.bukannya senang jugak tu..
adalah lagi sorang kawan aku ni(jiran bilik kitorang) yang kitorang anggap macam rumate kitorang sendiri jugak,kehadiran dia pun at least menghiburkan hati kitorang.ada dia,mesti ada lawak.extreeeeem punya lawak.nama dia 'atikah',usually orang panggil dia tkah.tapi aku lebih senang panggil dia tkoz.dia pun tak kisah,suka lagi adalah.tapi seriouslaa,kitorang tak bosan sangat bila dia ada.hhmm,kalau fatem ada sekali mesti lagi best.fatem rumate aku jugak.tapi dia tak tidur kat uia tyme musim exam nih.dia ulang alik dari rumah ke uia(hari dia examlaa).tkoz pulak balik hari jumaat.lepas dia balik kitorang cam tak tau nak buat apa.rasa macam nak jerit pun ada.boleh pulak,ahahha..
sebenarnya cara terbaik nak hilangkan rasa bosan of courselaa baca Quran kan.tapi tulah,kita ni kan manusia yang seriiing aje terlupa.minta jauhlah daripada tergolong dalam golongan mereka yang rugi di sisi Allah.amiin..
nak tunggu exam physics lagi satu hal.rasa macam lambat betul masa berlalu.bilik2 pun makin banyak yang dah kosong.cuma sikit je yang masih dihuni student yang masih belum habis exam.fuhhh,kadang2 seram jugak bila sunyi sangat.nasib baik mahallah kitorang standard 'tidak seram sangat'.kalau mahallah khadijah mesti macam hospital yang ditinggalkan.haisyhh,tak berani aku duduk situ.kira syukurlah aku dapat mahallah zainab.alhamdulillah..
akhirnya.....
hari ahad-lepas exam physics,rasa seronok tak terhingga sebab da boleh balik.tapi rasa sedih tu ada jugak sebab terpaksa tinggalkan huda sensorang.sorry huda,serious takde niat nak tinggalkan huda sensorang.habis exam parents aku dah datang.aku pun apa lagi,excited kooott nak balik.dua minggu terperuk kat uia boleh dikatakan macam satu cabaran jugaklah buat aku.result nanti tak taulah macam mana.hope sangat boleh terus stay dalam engineering coz aku dah mula minat bidang ni.ye ke?hhmm,lebih kuranglaa..
so,berakhirlah hari2 yang 'menekankan' bagi aku bila tayar kereta mencecah keluar dari pagar utama cfs iium.dua minggu pun dah cukup buat aku rasa stress(dalaman punya stress) kat sana.jauh di sudut hati aku ada jugak rasa sedih.sem one dah pun berakhir.sem nilah aku belajar macam2 benda baru.apapun,hopely next sem aku boleh buat lebih baik dari sem ni.amiin insya-Allah..
4 comments:
huhu
kesiann
kte kene tinggal.......
tapi, tapi,
kte TABAH.
haha
p0yo
luv luv~
hahha..
huda mmg seorg yg tabah..
ne de huda poyo,,btllh tue..
rindu~
OHHH BEGINI BANYAK RUPENYE U SAYANG KAT I MEREYEMMMM!
yahhh..
mmg i syg kt sumeee kwn2 i..
hahha,itulh ksimpulannya..
rindu jgk~
Post a Comment