10/17/2009

nenek di rumah

akhirnya,setelah beberapa tahun nenek aku tak sampai2 rumah aku..

hari ni ayah aku bawak nenek aku datang rumah.aku panggil nenek aku 'wan'.wan tak pernah lagi sampai rumah baru kami.sejak kami berpindah ke bangi awal bulan 6 tahun ni,hari ni baru wan dapat sampai ke rumah kami..

actually wan tak berapa sihat.wan tak dapat berjalan sebab ada nerve problem.semuanya berpunca dari masalah batu karang yang dihadapi sejak akhir tahun lepas.dah puas berubat guna ubat doktor,tapi tak nampak apa2 perubahan pun.sekarang tengah cuba berubat guna cara perubatan tradisional pulak..

yang pasti,kami seronok sangat menyambut kehadiran wan ke rumah kami hari ni.rumah lama dulu pun dah berapa tahun wan tak datang.walaupun kedatangan wan kali ni diiringi dengan kerusi roda,kami tetap berbesar hati menerima kehadiran wan.tapi aku rasa sedikit terkilan bila tengok wan masuk dalam rumah baru kami buat pertama kalinya.heh..

aku sebenarnya sedih tengok wan jadi macam ni.aku teringin sangat nak tengok wan memasak kat dapur macam dulu,sapu daun kering kat depan rumah di kampung,dan kembali normal macam biasa.tapi aku yakin setiap yang berlaku ni pasti ada hikmahnya.aku tak boleh menyesali takdir ILAHI.tiada yang Allah jadikan di muka bumi ini sia-sia tanpa sebab dan musabab yang tertentu.Allah Maha Tahu semua tu.wallahua'lam..

walaupun wan tak lama di rumah kami(mungkin dalam dua tiga hari je),tapi aku tetap bersyukur wan sampai jugak ke sini akhirnya.itu pun dah cukup bagi aku.apapun,maryam akan sentiasa doakan wan sembuh dan kembali macam dulu insya-Allah..
maryam sayang wan..

wassalam

2 comments:

.huda. said...

insyallah.
ure wan will b fine.=D


pe kate merambu ke hospital temerloh?

dennggg
haha

misfaida said...

insya-Allah..
hahha,jom mrambu ke hspital tmerloh..
chewah,xpelh..
dktr tu dh kawin ah..
klu blh dh xnk g sna da..
cma mngundng kesedihn je..

apapn,thanks for da wish huda!
thanks so much much much..
ahaks..