10/23/2009

oh tidakkk!!

sedar tak sedar,cuti sem-one dah nak habis.oh tidakkk,macam tak puas pulak rasanya cuti 3 minggu.esok dah kena balik uia.haa?!esok dah kena balik?macam tak percaya je.3 minggu berlalu begitu pantas.so,bagi mereka yang baru menikmati cuti tu,isilah masa sebaiknya.heee..
alaa,dahlah result tak boleh ambil lagi.sebabnya; aku tak sign out masa nak balik cuti hari tu.so kena denda dengan mahallah rm10..

'sesiapa yang berhutang dengan mahallah atau finance department hanya boleh mengambil keputusan selepas melangsaikan hutang mereka.'fullstop!

itu kata putus uia.akhirnya aku pun pasrah.tapi pelik jugak sebab sebelum balik,aku ada isi kertas sign out kat depan mahallah office.untuk huda pun aku dah tolong tuliskan.tapi huda pun tak boleh ambil result dia lagi.pelikkk pelikkk!tapi tak tahulah kalau aku yang tersilap tulis atas kertas lain.wallahua'lam..
bagi yang dah dapat result tu; yang dapat tinggi tahniah diucapkan,dan yang dapat rendah pulak..masih ada masa untuk berusaha dan buat yang terbaik.entah macamanalah result aku agaknya.rasa macam terlalu tipis peluang nak dapatkan 3.0 ke atas.huh,teringin sangat-sangat nak tahu,tapi tulah.aku dikira berhutang rm10 dengan mahallah dan hasilnya aku tak boleh tahu result aku sendiri.cuainya aku..
rasa macam tak nak balik pulak esok.malasssss!dahlah next sem abang aku cakap banyak aktiviti sikit.betul ke?entahlah,biarlah semua tu terjawab melalui masa.malas aku nak fikir banyak-banyak sangat.berselirat kepala otak aku nanti.heh..
esok balik!yang pasti,masa tu akan tiba juga.aku kena melangkah masuk ke cfs iium semula 'esok'.ummiiiii,waliiddd..
isyhh,macam budak keciklah pulak.aku tahu mesti roommate aku dua-dua pun melalui kepayahan yang sama macam aku.'tak nak balik uia'.betul tak?
apapun,hakikat tetap hakikat.realiti tetap realiti.perjuangan perlu diteruskan!tugas sebagai khalifah Allah di atas muka bumi ni tak boleh dilupakan.ada masa,kita kena berkorban.insya-Allah,Allah takkan sia-siakan setiap sesuatu tu.yakinlah dengan janji Allah Yang Satu.insya-Allah juga,kejayaan akan menjadi milik kita..

p/s: kepada semua students cfs iium,selamat kembali semula ke gedung ilmu.semoga semester kedua ni mencipta kejayaan yang lebih besar buat kita semua.amiinnn insya-Allah..

wassalamualaikum

saya cikgu sifir dua

*aku ada sorang adik lelaki
aku sayang dia
sayang sangat sangat kat dia
nama dia aiman
dah pernah mention nama dia sebelum ni sebenarnya
saje nak bagitau banyak banyak kali
ngee~
*minggu ni dia ada periksa
heh,periksa budak 6 tahun
*adalah satu malam ni
aku ajar dia sifir
nak bagi dia ingat sikit
nak bagi dia pandai sikit
lagipun esoknya dia ada periksa matematik
tak terbayang betapa senangnya periksa matematik budak 6 tahun
hahha
*mulanya aiman dok sibuk main game

risau aku tengok dia
dari kecil nilah kita kena semaikan rasa minat nak belajar dalam diri dia
insya-Allah niat ikhlas kita dipermudahkan Allah
then aku buatkan satu lakaran sifir dua untuk dia baca dan hafal

comel tak?
comel kan..
mulanya dia tak nak dengar cakap aku
tapi bila aku tawarkan gula-gula kat dia
terus dia cakap,,
'kakmaryam nak ajar aiman ape tadi?'
hahha,pandai tak aku?

tengoklah muka dia yang nampak tegang tu
how cuteee..
*dan akhirnya..
dia dah boleh hafal sifir dua
siap nak hafal sampai nombor 100
walaupun masih agak slow
*budak-budak..
tak lama lagi okelah tu
berkat usaha dia dan kita,insya-Allah boleh
yang penting kita ikhlas dan bersungguh-sungguh mengajar dia
dan dia juga ada keinginan nak belajar
pandai-pandailah kita bantu dia timbulkan keinginan tu
insya-Allah semuanya dalam berkat ILAHI
itu yang paling penting sekali

p/s: aiman kena tahu,kakmaryam sayangkan aiman.doa kakmaryam semoga aiman jadi seorang insan yang berguna dunia akhirat.carilah redha ILAHI,insya-Allah di situ aiman akan temui kebahagiaan..

wassalam

10/19/2009

tak suka lelaki perasan!

actually,aku tak suka bila aku rasa tak sukakan sesuatu.tapi setiap manusia ada tahap kesabaran masing2 kan?aku tak suka betul sikap lelaki yang perasan.sebenarnya perasan tu mungkinlah boleh dikatakan agak normallah.tapi ada sesetengah orang perasan melampau-lampau.dahlah perasan orang suka kat dia,lepas tu perasan bagus pulak..

1.dia perasan orang suka kat dia
2.dia bagitau kawan2 dia.bangga sangatlah ada orang suka kat dia
3.dia kutuk2 perempuan tu.cakap perempuan tu kononnya tak layak untuk dia yang perasan handsome.huh..
4.bila jumpa perempuan tu dia tunjuk lagak yang boleh buat orang rasa jengkel
5.lagi satu,dia tunjuk 'gah' depan perempuan tu
6.buat perempuan tu makin tertarik dengan dia
7.bila perempuan tu betul2 dah ada hati dengan dia,dia tinggalkan perempuan tu

huh,tolonglah lelaki macam ni.aku bukannya tak suka 'orangnya',tapi aku tak suka perangainya.aku tak suka nak benci2 orang.serius aku tak suka.tapi ada satu tahap aku rasa meluat tengok orang yang buat perangai macam ni.meluat sangat.aku tulis semua ni,tak semestinya benda ni jadi kat aku.saje je aku nak bagitau orang yang aku tak suka orang perangai macam ni sebab aku pernah tengok betapa kesiannya perempuan yang dipermainkan oleh lelaki macam tu.kalau iya pun,janganlah sampai menyakitkan hati orang.pleaselah,ramai lagi lelaki yang bagus2 kat luar sana.bukan 'awak' sorang aje okeee!kalau muke aje lawa,perangai macam ape tak jadi jugak.aku bukannya apa,sape tak geram bila kawan sendiri dibuat begitu.haishh,aku cuma berharap lelaki tu sedar jugak kesilapan dia satu hari nanti.aku doakan dia berubah dan menghargai setiap perasaan orang di sekeliling dia.hurm,baru rasa oke sikit bila dah lepaskan segala-galanya kat sini.at least aku tak mengutuk dia.aku tak mention nama dia kat sini.yang paling penting sekali,aku dah lepaskan segala2 rasa geram dan tak puas hati aku.Ya Allah,berilah kami semua petunjuk dan hidayahMu.jangan biar kami menjadi hambaMu yang juga menjadi perosak kesucian sebuah cinta dan kasih sayang.sesungguhnya kami ini hamba2Mu yang hina Ya Allah,hina dan kerdil.aku juga manusia biasa yang punya kekuranganku sendiri.tetapi aku mohon,andai kekurangan itu perlu untuk kami ubah,tunjukkanlah kami jalanMu.permudahkanlah jalan hidup kami,Ya Allah.amiin Ya Mujiiib,Ya Rabbal Aaalamiiinnn,amiiinnnnn..


10/17/2009

nenek di rumah

akhirnya,setelah beberapa tahun nenek aku tak sampai2 rumah aku..

hari ni ayah aku bawak nenek aku datang rumah.aku panggil nenek aku 'wan'.wan tak pernah lagi sampai rumah baru kami.sejak kami berpindah ke bangi awal bulan 6 tahun ni,hari ni baru wan dapat sampai ke rumah kami..

actually wan tak berapa sihat.wan tak dapat berjalan sebab ada nerve problem.semuanya berpunca dari masalah batu karang yang dihadapi sejak akhir tahun lepas.dah puas berubat guna ubat doktor,tapi tak nampak apa2 perubahan pun.sekarang tengah cuba berubat guna cara perubatan tradisional pulak..

yang pasti,kami seronok sangat menyambut kehadiran wan ke rumah kami hari ni.rumah lama dulu pun dah berapa tahun wan tak datang.walaupun kedatangan wan kali ni diiringi dengan kerusi roda,kami tetap berbesar hati menerima kehadiran wan.tapi aku rasa sedikit terkilan bila tengok wan masuk dalam rumah baru kami buat pertama kalinya.heh..

aku sebenarnya sedih tengok wan jadi macam ni.aku teringin sangat nak tengok wan memasak kat dapur macam dulu,sapu daun kering kat depan rumah di kampung,dan kembali normal macam biasa.tapi aku yakin setiap yang berlaku ni pasti ada hikmahnya.aku tak boleh menyesali takdir ILAHI.tiada yang Allah jadikan di muka bumi ini sia-sia tanpa sebab dan musabab yang tertentu.Allah Maha Tahu semua tu.wallahua'lam..

walaupun wan tak lama di rumah kami(mungkin dalam dua tiga hari je),tapi aku tetap bersyukur wan sampai jugak ke sini akhirnya.itu pun dah cukup bagi aku.apapun,maryam akan sentiasa doakan wan sembuh dan kembali macam dulu insya-Allah..
maryam sayang wan..

wassalam

tiga dalam satu

13 oktober-anniversary umi dan walid
14 oktober-birthday hanan
19 oktober-birthday kaksa

hhmm,tiga tarikh ni adalah antara tarikh yang agak penting dalam hidup aku.umi dan walid tu parents aku,hanan adik aku,dan 'kak'sa pun adik aku.mungkin agak pelik bila aku panggil adik aku sendiri dengan gelaran 'kak'.tapi sebab nak biasakan adik2 yang lebih kecil panggil dia 'kak'sa(tak nak biar diorang panggil nama je),aku pun kena panggil dia kaksa jugak.so,terciptalah panggilan kaksa.itu je..
okey,balik pada aim asal aku post blog kali ni.bulan ni kiranya family aku sambut tiga sambutan serentaklah.semalam,umi buat spageti dan nasi arab.banyak kottt aku makan spageti.antara favourite aku tuuu..
hari ni pulak,aku dengan umi pergi alamanda beli pitza hut sempena 3 peristiwa tu jugaklah.kitorang pergi berempat.aku,umi,hanan,dan aiman adindaku sayang.sambil2 tu umi adalah jugak beli barang2 keperluan dapur yang lain.aiman macam biasa,tak habis2 dengan barang permainan yang bagi aku taklah best mane tapi perlu dibeli kalau tak nak ada yang buat hal.ngee..
abangnas dengan kakde ada kat rumah duk layan internet tak sudah.mesti diorang lapar menonggeng kat rumah.biar..biar..sape suruh tak nak pergi..
kaksa pulak pergi beraya umah kawan dengan geng2 dia.aina ikut sekali sekadar nak meneman kaksa.walid pulak balik kampung kat pahang.kata umi,walid nak bawak wan(nenek) datang rumah hari ni.kitorang sampai rumah petang tu pun dalam kul 5 lebih jugaklah..
penat(sakit tumit),tapi seronok..
tiga dalam satu maksudnya;tiga peristiwa dalam satu bulan.heh..

wassalam

10/15/2009

happy birthday fatim!



HAPPY BIRTHDAY FATIM!!
inilah dia fatim,rumate aku yang sorang lagi.tanggal 16 oktober 2009(jumaat) iaitu pada hari ini,cukuplah umur fatim menjangkau 18 tahun.selamat hari jadi tak terhingga diucapkan buat fatim.hhmm,dah besar dah fatim sekarang.hehee..
nak minta maaf sangat2 kat fatim sebab tak dapat jadi antara orang2 yang terawal wish happy birthday.
malam tadi memang nak tunggu sampai pukul 12 tengah malam kalau boleh,tapi hasrat nak menunggu tu tak kesampaian.tertidur tak sedar khabar.hahha..
apapun,kte doakan semoga Allah sentiasa permudahkan jalan hidup fatim dalam apa jua situasi,semoga fatim berjaya cemerlang dunia akhirat,dan paling pening semoga hidup fatim sentiasa dalam redha ILAHI.amiiiiinnn insya-Allah..

be happy and senyum-senyum selalu ye!
wassalam

10/14/2009

cuti final sem-one

well,nilah apa yang aku buat sepanjang cuti final semester pertama nih.aku cuma mention perkara yang 'sering' aku lakukan saje ye.hahha,takde keje.anyway,layan jelaaa..
1. kemas rumah.sikit2 jeee..
2. layan aiman *adik bongsu kesayangan aku*
3. layan facebook.hehee..
4. main game.it's fun you know!hahha..
5. makan kuih raya *tak abis abis lagi*
6. tengok tv.kebiasaannya astro 'ceria'. *citarasa adik2 ajee*
7. borak2 dengan family.syok..
8. keluar makan dengan family..
hhmm,cukup2lah sampai sini.sebenarnya banyak lagi,tapi banyak2 sangat pun bahaya jugak kannn.hahha,iyelah sangat.actually sekarang tak tau nak buat apa.tu yang post benda yang bukan2 macam nih.okelah,tata..

wassalamualaikum..

10/12/2009

tulisan jiwa



nun jauh di sana
aku lihat sang suria
mulai hilang di balik senja
samar-samar cahaya mentari
membawa aku ke detik lama
detik bersama teman-teman
detik yang sebentar tetapi cukup bermakna

aku tersenyum sendiri
telatah teman-teman bermain di ruang minda
gurauan yang mengundang tawa
kini semuanya mengundang sebak di dada
itu detik laluku
bersama teman-teman sekolahku
detik yang tak pernah aku sangka akan pergi jua
pergi bersama waktu

hangat terasa airmata di pipi
mengenangkan semuanya
nostalgia itu masih jelas di ingatan
saat yang terlalu istimewa
bersama teman-teman lama
terlalu manis detik itu bila dikenang kembali
namun tetap kan mengundang pilu di jiwa
kerna itu semua takkan pernah berulang kembali
cuma sekali

cahaya mentari kian suram
awan pun berarak perlahan
bagai mengerti kesedihan yang beraksi di pentas jiwa
aku kan tetap begini
membesar bersama waktu
meninggalkan semua yang pernah kulalui dulu
jauh di masa lalu
namun sejauh mana pun aku pergi
memori itu tetap dekat di hati
dan tidak akan aku lepaskannya sampai bila-bila
melainkan dengan kehendak-NYA

hasil nukilan,
misfaida

p/s: season in the sun by westlife

two weeks

dua minggu aku terperuk di uia,dalam bilik yang besarnya taklah sebesar mana,dan perabot di dalamnya pun kecil2 comel belaka(meja belajar,almari,katil,exc..)..

actually kitorang ada exam tyme nih.aku exam english level 5,mathematics 1,arabic language level 1,dan physics 1.ni pun dah kira banyaklah.tapi huda lgi banyak.kesian aku tengok rumate aku yang sorang nih.jangan risau huda,insya-Allah huda boleh.i trust you..

hhmm,lagi satu,sepanjang minggu exam memang membosankan.duduk dalam bilik tanpa melakukan sebarng aktiviti lain selain membaca buku,makan,tidur,dan berborak.dahlah kelas pun takde.seriously,memang bosan tak terkata.tengok tv pun adalah dua tiga kali.suasana kat uia pun kian sepi hari demi hari..

exam physics pulak jadualnya hari ahad minggu kedua(boleh dikatakan antara hari2 last jugak).tapi okelaaa,aku ada lebih kurang 4 hari yang free before exam physic.bolehlah study physics lebih sikit.dahlah aku lemah subject tu.hehee,aku memang tak minat physics sejak sekolah menengah lagi.tapi sekarang dah mula bercambah sikit2lah minat tu.tak pasti jugak dari arah mana perasaan minat tu datang.tapi yang pasti,aku memang dah start minat subject ni..

balik pada kisah dua minggu aku terperuk kat uia,tyme ni aku memang rasa nak balekkk sangat2.tak tau nak cakap macam mana.yelah,first tyme merasai minggu yang begitu membosankan di uia.takde kelas and takde benda nak buat selain 'study'..

naseb baeklaaa ada huda,rumate aku.ada jugak teman nak berborak2.thanks huda kerana sudi isi masa kte dengan something fun.huda memang rumate yang baik.tapi huda lagi kesian,kena exam sampai hari isnin.meaning hari ni aku balik,esoknya dia exam lagi.bukanlah exam apa,cuma speaking test untuk nak examted english.bukannya senang jugak tu..

adalah lagi sorang kawan aku ni(jiran bilik kitorang) yang kitorang anggap macam rumate kitorang sendiri jugak,kehadiran dia pun at least menghiburkan hati kitorang.ada dia,mesti ada lawak.extreeeeem punya lawak.nama dia 'atikah',usually orang panggil dia tkah.tapi aku lebih senang panggil dia tkoz.dia pun tak kisah,suka lagi adalah.tapi seriouslaa,kitorang tak bosan sangat bila dia ada.hhmm,kalau fatem ada sekali mesti lagi best.fatem rumate aku jugak.tapi dia tak tidur kat uia tyme musim exam nih.dia ulang alik dari rumah ke uia(hari dia examlaa).tkoz pulak balik hari jumaat.lepas dia balik kitorang cam tak tau nak buat apa.rasa macam nak jerit pun ada.boleh pulak,ahahha..

sebenarnya cara terbaik nak hilangkan rasa bosan of courselaa baca Quran kan.tapi tulah,kita ni kan manusia yang seriiing aje terlupa.minta jauhlah daripada tergolong dalam golongan mereka yang rugi di sisi Allah.amiin..

nak tunggu exam physics lagi satu hal.rasa macam lambat betul masa berlalu.bilik2 pun makin banyak yang dah kosong.cuma sikit je yang masih dihuni student yang masih belum habis exam.fuhhh,kadang2 seram jugak bila sunyi sangat.nasib baik mahallah kitorang standard 'tidak seram sangat'.kalau mahallah khadijah mesti macam hospital yang ditinggalkan.haisyhh,tak berani aku duduk situ.kira syukurlah aku dapat mahallah zainab.alhamdulillah..

akhirnya.....
hari ahad-lepas exam physics,rasa seronok tak terhingga sebab da boleh balik.tapi rasa sedih tu ada jugak sebab terpaksa tinggalkan huda sensorang.sorry huda,serious takde niat nak tinggalkan huda sensorang.habis exam parents aku dah datang.aku pun apa lagi,excited kooott nak balik.dua minggu terperuk kat uia boleh dikatakan macam satu cabaran jugaklah buat aku.result nanti tak taulah macam mana.hope sangat boleh terus stay dalam engineering coz aku dah mula minat bidang ni.ye ke?hhmm,lebih kuranglaa..

so,berakhirlah hari2 yang 'menekankan' bagi aku bila tayar kereta mencecah keluar dari pagar utama cfs iium.dua minggu pun dah cukup buat aku rasa stress(dalaman punya stress) kat sana.jauh di sudut hati aku ada jugak rasa sedih.sem one dah pun berakhir.sem nilah aku belajar macam2 benda baru.apapun,hopely next sem aku boleh buat lebih baik dari sem ni.amiin insya-Allah..