INTERN
Alhamdulillah. Cukup 2 bulan dah kami intern, hari ni dah masuk bulan yang ke-3. InsyaAllah dalam 4 minggu ni akan habiskan intern. Teringat hari pertama pergi kerja. Sepatutnya masuk office pukul 8.30 pagi, tape sesat punya pasal, lebih dari sejam melilau area cyberjaya and putrajaya. Yang sedihnya bila dengan happynya saya follow signboard menuju ke cyberjaya, end up yang saya jumpa jalan mati. Dua kali pulak tu, hmm nampak sangat buta jalan. Nak menangis pun ada time tu, memikirkan dahlah itu hari pertama masuk kerja, unexpected sungguh. Semuanya gara-gara terlepas satu simpang. Macam nilah orang buta jalan bila silap sikit bab-bab arah ni. Tapi hari ni bila ingat balik, nak tergelak pun ada. Mana taknya, sebab nervous sangat, boleh saya terlupa nak tengok waze? Haha, apalah maryam ni. Haha. Belajar dari pengalaman. Sampai office pagi tu dalam pukul 8.45 pagi jugak. Tapi alhamdulillah che azliza faham bila saya cakap saya sesat, malu jugak, tapi haha nak buat macamana kan. Budak uia semua skali dalam 26 orang kalau tak silap. 4 lelaki and the rest perempuan. Sampai ke hari ni alhamdulillah banyak jugak benda baru yang kami belajar especially pasal ic design. Paling best part kena buat shcematic and layout design. Susah and memang perlu ketelitian, tapi sebab minat kot, jadi rasa best. Kami diagih ikut team, team saya 9 orang. Supervisor, encik aiman pun sangat baik and friendly, mudah masuk dengan student. Syukur juga, ada 3 orang usrahmate saya yang dapat intern kat icmic sekali. Bulan Ramadhan baru ni kami propose untuk buat usrah untuk perempuan sahaja dan alhamdulillah che azliza benarkan, siap provide tempat khas untuk kami buat usrah. Seronok sangat, sambil merapatkan ukhuwah, sambil tu refresh hati dan minda selain dapat sama-sama beri peringatan dalam kesibukan kerja. Hmm, conclusionnya intern alhamdulillah seronok, tapi still, tak boleh lawan zaman belajar, serius lagi best hihi.
RAMADHAN
Apa ye saya nak cakap pasal ramadhan kali ni? Hmm. Banyak sebenarnya, tapi tak tau nak cakap macamana. Tapi detik saya sedang menaip ni, bila terkenang ramadhan baru ni, rasa sebak pulak. Ramadhan kali ni bawa seribu satu rasa yang saya sendiri susah nak tafsir. Dengan berita kematiannya, dengan keadaan saudara kita di Palestin yang diserang teruk oleh Israel, dengan konflik hati dan perasaan yang terumbang-ambing. Tapi dalam derita sentiasa ada bahagia, dalam gembira mungkin terselit juga duka. Ramadhan bawa erti yang mendalam dalam hidup kita. Melatih kita untuk jaga hati, jaga iman, jaga nafsu, dan banyak lagi. Yang utama sekali, supaya kita bertaqwa. Setting apa yang kita letak dalam kepala dari awal ramadhan, itu bawa kesan pada hasilnya di akhir ramadhan. Tapi yang paling terkesan sepanjang ramadhan ni, pada saya adalah keadaan saudara kita di Gaza. Dari hari pertama hingga ke akhir ramadhan, mereka diserang secara berterusan. Melihat adik-adik kecil, bayi, ibu-ibu, ayah-ayah, yang dilayan seperti makhluk yang tak punya perasaan, tak mampu rasanya menahan air mata. Setiap kali mendengar qunut nazilah dibacakan, rasa sebak sangat. Mengenang mereka yang tak sudah-sudah dianiaya. Mereka umpama keluarga kita sendiri. Sakit mereka, sakit juga kita. Somehow berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul. Tapi dalam masa yang sama, dapat inspirasi dari kemunculan dan semangat jihad tentera al-qassam. Pendirian dan jihad mereka buat hati yang tak kuat ni rasa terdorong untuk terus buat yang terbaik untuk agama insyaAllah. Mereka dah buat yang terbaik di sana, kita di sini pun ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Nak bantu mereka kenalah bantu diri kita sendiri juga. Doa jangan putus, tapi dalam masa yang sama amanah kita di sani jangan diabai. Sepanjang ramadhanlah, kita nampak siapa diri kita, bagaimana hubungan kita dengan nafsu, dan bagaimana hubungan kita dengan Allah bila dibebaskan sebentar dari bisikan syaitan. Moga berlalunya ramadhan bawa erti dan makna yang lebih lagi dalam hidup kita, dan paling penting, bawa kita lebih dekat dengan Dia. InsyaAllah.
'AIDILFITRI
Bermulanya 1 syawal, menandakan berlalunya ramadhan. Sedih, namun perlu juga dira'i kemenangan berpuasa selama sebulan. Namun syawal kali ini juga terasa lebih sayu dari yang sebelumnya. Hari pertama syawal, khutbah disampaikan oleh ayah. Setiap kali ayah sebut tentang keadaan di Gaza, ayah sebak dan menangis. Kami yang mendengar pun turut mengalirkan air mata. Pilu sangat, mengenang saudara kita menunaikan solat sunat 'aidilfitri dalam suasana yang tidak aman, tapi masih teguh berdiri, rukuk dan sujud kerana Allah. Memang rugilah kalau kita tak bersyukur dengan keamanan pagi raya di sini. Bersyukurlah, dan dalam masa yang sama, muhasabahlah. Kita sama-sama. InsyaAllah. Jadi nak ceritanya, raya pertama, kami beraya di pahang. Malam tu baru bertolak ke terengganu. Alhamdulillah sempat jumpa sanak-saudara, eratkan silaturrahim, cari redha dan cinta Allah melalui niat kita nak menghubungkan silaturrahim tu. Allah cinkan hambaNya yang saling menghubungkan silaturrahim kerana Dia :)
DUGAAN
Macam yang saya cakap, dalam gembira, kadang-kadang terselit duka. Sebagai peringatan untuk kita yang mungkin terleka, supaya balik semula pada Dia. Dalam bergelak tawa, bersyukurlah dengan sedikit ujian itu, ertinya Dia masih beri perhatian pada kita. Dalam ramai-ramai orang yang kita jumpa, tak semua orang mampu puaskan expectation kita. Macam kita juga, tak mampu puaskan expectation semua orang. Alhamdulillah, Allah kirimkan sebentar duka, di hari raya baru-baru ni. Saya akui, saya sempat lost sekejap, sebab saya tak tahu nak luahkan pada siapa saat air mata saya betul-betul di birai mata. End up, menangislah sorang-sorang. Bukan sorang-sorang, saya tahu Allah ada dengan saya hihi. Masa tu rasa sedih sangat, tapi dalam masa yang sama, taknak jugak orang tahu kita tengah sedih. Takde siapa yang salah dalam hal ni, cuma diri sendiri yang kena lebih kuat berhadapan keadaan macam tu di masa akan datang. Tapi alhamdulillah, lihat wajah adik-beradik, saudara-mara, ibu ayah, yang tersenyum gembira, buat hati rasa ahh tak perlu ingat pun sedih sedih ni. Lupakan part sedih, banyak lagi benda yang buat kita happy sebenarnya. Lagipun ini sangatlah jauh beza dengan kesedihan saudara kita di Gaza. Okey kuat maryam kuat! Hmmhh, at last mesti kena ada motivation dari diri sendiri jugak akhirnya. Orang boleh hulurkan tangan bila kita jatuh, tapi untuk bangun dan sambut huluran tangan tu kena datang dari kita sendiri jugak, dan alhamdulillah, Allah bagi saya kekuatan untuk move on dan lupakan perasaan sedih semua tu. Hati ni kena lebih kuat nampaknya, kita boleh kan hati. Boleh insyaAllah :)
KESIHATAN
Alhamdulillah. Cumanya, dah lama sangat tak jogging. Sejak intern ni, banyak main badminton je, jogging kurang. Balik kampung raya ni lagilah, apa pun tak buat. Tapi still alhamdulillah, berpeluh jugak ke sana sini masuk keluar dapur apa semua hihi. Tapi serius, bila berpeluh, rasa sihat. Yaada yaada. Yang penting, syukur Allah masih beri peluang kita bernafas dan berjalan dan bergerak sana sini takde masalah. Nikmat yang sangat besar dah tu. Syukur.
HATI
Karakternya berbolak-balik. Kadang-kadang terumbang-ambing, tak tahu ke mana arah tuju. Kadang-kadang tertanya, kat mana hati ni sebenarnya, jasadnya di sini, tapi rohnya ke mana. Haaaa pandailah maryam, hati pun boleh ada roh dan jasad. Hihik. I admit my weak self. Tak mampu jaga hati dengan baik, tak mampu sembunyikan perasaan halus yang dah lama bertamu. Asalnya nak diamkan saja, tapi tak mampu, tengoklah, lemah kan saya :(. Saya tahu, bila dah start suka tu susah. Lagi takut kalau kita suka tu pada orang yang salah. Ya Allah, bantu hamba jaga hati yang lemah ini. Hmm, sebab tu perlunya istikharah. Dan sebab tulah kena jaga hati dari awal kan. Bila rindu, rasa payah, tapi itulah mujahadah. Kita boleh jadikan rindu tu mujahadah. Ia tak semanis yang kita sangka, tapi Allah tahu takat mana kita cuba, Dia akan bantu insyaAllah. Banyakkan berdoa di samping beristikharah. Perasaan ini juga ujian dari Dia,nak tengok macamana kita jaga hati dan sejauh mana pergantungan kita pada Dia dalam keadaan macam ni. Ya Allah, jika dia baik untukku dan memang untukku, mudahkan jalan ini. Jika tidak, jauhkan dia dari hati yang lemah ini.
KAHWIN
Nampaknya ada kemungkinan adik saya yang kawin dulu. Walid nak suruh saya try tengok budak kelantan tu, tapi hmm kalau dah hati kat lain, nak buat macamana. sebelum ada apa-apa kepastian dari mana-mana pihak, saya prefer diamkan diri je dulu. Takpe, jodoh ni rezeki. Ada rezeki adalah insyaAllah. Kalau rezeki adik sampai dulu pun, kita tumpang gembira jugaklah kan ;)