Tatkala bibir berbicara tentang tarbiyah
Segalanya tampak mudah
Tetapi kenikmatan tarbiyah, kemanisan tarbiyah
Bukanlah seindah lontaran kata-kata
Kerana tarbiyah itu timbul rasanya hanya dari hati
Segalanya tampak mudah
Tetapi kenikmatan tarbiyah, kemanisan tarbiyah
Bukanlah seindah lontaran kata-kata
Kerana tarbiyah itu timbul rasanya hanya dari hati
Ada waktu diri sedih, bertangis dan bersendu
Memandang pada lemahnya diri
Menghitung pada ibadah yang tak seberapa
Melihat pada iman yang sememangnya lemah dan nipis
Hatta lebih nipis dari lapisan kulit bawang
Ada waktu juga diri sedih dan menangis
Mengenangkan nasib pada diri
Melihatkan cara hidup sebegini
Memikirkan hati dan perasaan yang bercelaru
Tapi itu semua salah diri
Kerana lalai untuk selitkan tarbiyah dalam setiap yang terjadi
Kerana lalai untuk selitkan tarbiyah dalam setiap yang terjadi
Pesan Ilahi pada hambaNya itu terlalu banyak
Tetapi dirilah yang perlu menghuraikan setiap tarbiyah itu
Nikmatnya tarbiyah kerana ia mampu
Mengubah musibah menjadi muhibbah
Mengubah perit jadi manis
Mengubah sedih jadi gembira
Mengubah yang lemah jadi kuat
Mengubah yang jatuh untuk bangkit
"Wahai diri, segalanya akan lebih indah andai diselitkan kemanisan tarbiyah dalam setiap perkara yang berlaku. Maka carilah tarbiyah itu dan pujuklah kesedihanmu dengan janji-jani Allah."
No comments:
Post a Comment