Usrah baru-baru ni, lepas selesai penyampaian dari Syud tentang ciri-ciri orang yang berhijrah, kak nadia mintak masing-masing share tentang permulaan bagaimana boleh terdetik nak join usrah. Bermula dengan alyn, zahida, saya, huda, baitul, syud, syazana dan kak nadia sendiri. Ada yang awalnya menolak tapi akhirnya berkongsi juga pengalaman. Ada yang kisahnya buat masing-masing mengalirkan air mata. Subhanallah, terkadang sebabnya kecil saja, tapi membawa pada satu pertemuan untuk mencari redhaNya. Berulang kali hati rasa kagum, mendengar kisah-kisah mereka, besarnya kuasa Dia. HidayahNya datang dalam bentuk yang tak kita sangka sangka. Ada yang tak pernah terdetik pun bentuk hidayah itu bisa hadir dengan cara itu, bukti esaNya Allah, bukti luasNya ilmu Allah.
Setiap kali hadir dalam usrah, hati rasa terhadir sama, hati rasa mudah sangat tersentuh. Melihat wajah-wajah mereka, ada kasih yang terbit di ruang hati. Jiwa seperti diulit rasa rindu bila lama tak bertemu. Hati mudah rasa kosong bila lama tak duduk bersama saling ingat-mengingati.
Teringat zaman dahulu masa di cfs, ketika didekati dan diajak anak-anak kawan umi walid untuk menyertai usrah tapi sering beri alasan tak dapat pergi itu dan ini. Namun sering saja rasa ada sesuatu yang kosong dalam diri, sedangkan jalan untuk mengisinya sudah terbentang luas. Tapi alhamdulillah, berkat doa umi walid, bila jejakkan kaki ke uia gombak, dipertemukan dengan sahabat-sahabat dan roommate yang banyak membimbing, yang saling beri kekuatan untuk kuatkan diri dalam hal-hal kebaikan. Tak dirancang pun, tapi satu lagi pertemuan jadi titik tolak permulaan saya di atas jalan ni. Mengenal insan-insan yang menerima kekurangan diri seadanya, yang tidak memandang siapa dan siapa, yang menyambut dengan senyum tulus dan pelukan mesra. Hati mula rasa tersentuh, ada sesuatu pada mereka yang membuat hati tiba-tiba sebak dan sayu. Rasa cemburu lihat mereka, pasti mereka dekat dengan Allah, dan kita? Detik itulah hati mula berazam, saya harus berubah, untuk Dia, untuk cari ketenangan yang sebenar, untuk berjihad bersama insan-insan ini.
Daripada tudung yang tak sebesar mana, saya nekad untuk labuhkan. Saya cuba pakai tudung labuh selalu, walaupun agak mengejut, tapi sebab nak latih diri untuk tutup aurat dengan lebih sempurna, saya abaikan apa orang nak kata. Bagi saya, nanti bila dah biasa pakai tudung labuh, mesti akan rasa malu nak pakai tudung kecil, mesti akan lebih selesa dengan tudung yang lebih besar sikit kan. Jadi bila keluar ke tempat-tempat awam pun, saya biasakan pakai tudung labuh, saya tak nak ada rasa malu dalam diri bila berpakaian menutup aurat yang elok, sambil latih diri rasa malu kalau pakai tudung pendek. It takes me 2 years to train myself dengan kebiasaan tu. Biar malu nak buka aurat, jangan malu nak tutup aurat. Mula jinak-jinakkan diri dengan handsock, dan rajinkan diri ke majlis ilmu. Lawan rasa berat nak ke majlis ilmu, dapat inspirasi dari seorang sahabat untuk sentiasa jadi antara yang terpilih didoakan oleh malaikat keampunan dosa baginya. Siapa tak nak kan, dahlah banyak dosa, datang majlis ilmu mengantuk pun, Allah ampunkan dosa kita, tentulah nak. Bila dah biasa pakai tudung labuh, bila nak cuba pakai tudung biasa yang pendek atas bahu tu, mula rasa malu, rasa segan. Dan itu yang saya mahu dalam diri saya, dan alhamdulillah bila pakai tudung empat segi, saya mampu labuhkan sikit tudung berbanding sebelum ni. Walaupun belum mampu jadi pemakai tudung labuh tegar 😞. Tapi takpe, yang penting aurat kita tutup elok, niat pakai tudung bukan untuk berlawa semata. Nak nampak kemas dan nak nampak cantik untuk attraxt orang lain tau definisi dia. Hehe. Handsock, stokin, alhamdulillah Allah bagi kekuatan untuk sentiasa jaga. This is just a small jihad of mine. Banyak lagi yang perlu diperbaiki, dan kena doa selalu, moga kebaikan yang ada pada kita kekal dan tidak rapuh kerana dunia. Doakan saya, i'm trying my best :(
Terima kasih usrahmate sekalian, sebab sudi terima lebih kurang diri ini seadanya. Terima kasih juga, sebab kuat semangat untuk harungi dugaan hingga ke hari ini, kalau tak mungkin kita takkan bersatu dalam pertemuan ni. I am so thankful for having each one of you with me seriously. Glad to know you, glad to have you smiling back at me for the sake of Him. Bersyukur untuk semuanya tentang kita bersama, dari awal pertemuan dan perkenalan hinggalah ke hari ini. Semoga kekal dalam ukhuwah ini sampai ke hujung nyawa insyaAllah.
Diri ni masih banyak kekurangan, hati ni masih banyak ruang-ruang kosong yang perlu pengisian. Terkadang tersilap langkah dalam jalan permusafiran, tapi bila ada usrah, paling kurang sentiasa ada peringatan.Terkadang hati leka dan lalai dengan indah dunia, bahagia dalam kekosongan, bila hadir ke usrah, jiwa seperti wajah yang kering disimbah air. Kembali segar dengan sentuhan nasihat dan kata-kata semangat. Kita masing-masing tak sempurna, tapi bisa saling melengkapkan. Terima kasih semua. Kita sama-sama cuba untuk upgrade diri pada yang lebih baik lagi insyaAllah ye :')

No comments:
Post a Comment