8/04/2010

KITA CUMA MAMPU MERANCANG

ASSALAMU'ALAIKUM :)

semalam (rabu) hari yang agat rumit. semalam kami baru habis belajar chapter 3 subjek mathematics 3. kemudian madam nak buat kuiz, siapa tak terkejut. serius saya ingat kuiz hari jumaat. tapi madam cakap mesti buat samada hari rabu atau khamis sahaja. other than those days, NO. hahha, habislah! jujur, saya tak ready apa pun. baca sikit-sikit adalah time buat tutor. tapi untuk kuiz, banyak lagi nak kena tengok. so kesimpulannya, saya TAK READY LAGI. even memang ada orang bagitau hari rabu mungkin kuiz, entah kenapa saya boleh tak percaya. saya terlalu yakin kuiz akan buat hari jumaat. hahha, apalah. so bila madam cakap macam tu, bukan saya sorang je yang terkejut, yang lain pun sama. rasanya kebanyakannya pun macam kurang bersedia lagi. alhamdulillah, diorang berjaya pujuk madam tunda kuiz. and lastly madam tunda ke hari esok. dengarlah semua, ESOKNYA SAYA ADA KUIZ CHEMISTRY 2. best tak? bila tau macam tu, berselirat otak saya jadinya. tulah, siapa suruh tak ready awal-awal. main-main je tau.

dahlah malam hari rabu tu (malam semalam) ada kelas ganti chemistry. huh, khamis pulak pukul 7 pagi ada kelas chem (additional class untuk budak-budak tak pandai chem, HAHHA). kuiz maths pukul 9 pagi. petang ada kuiz chem pulak. so bila nak study maths? dahlah sekarang saya dah tak berani berjaga lebih dari pukul 2 pagi memandangkan banyak berlaku hal-hal kurang enak sejak kebelakangan ni di sini. huh, saya STRESS. saya tak suka stress. saya suka COOL. saya suka TENANG. so saya kena cari jalan penyelesaian. sebab saya TAK SUKA STRESS! dalam waktu-waktu macam ni, pada Allah je saya mampu minta pertolongan.. agar dipermudahkan segala urusan, diberi ketenangan, dan dijauhkan dari segala kesulitan. He understand me. yes, He really understand what i felt that time. first sekali, saya dapat rasakan ketenangan itu hadir sedikit demi sedikit. second, urusan saya dipermudahkan. subhanallah, dari yang sulit mudah je Dia menjadikannya mudah.

mulanya saya rancang tak nak pergi kelas chem sebab nak study maths kat library, tapi tak sangka rancangan saya tak menjadi and entah macam mana saya boleh pergi kelas chem pulak. hahha, Allah Maha Tahu apa yang terbaik untuk saya. time kelas chem, saya kurang menumpu sebab sibuk duk selak buku maths. hahha, jahat kan saya. kesian sir. serius rasa bersalah, tapi terpaksa. dan saya akui semua masalah yang saya hadapi tu berpunca dari kesilapan saya sendiri. bila ingat balik, kelmarin hari selasa pun saya kononnya rancang nak makan burger wendy's pukul 10 malam, tapi dengan takdir Allah kami sebilik keluar pergi AMF sebab tetiba rasa macam nak dengar forum sempena PALESTIN WEEK kat matrik uia sekarang. and balik pukul 12 tengah malam, makan burger pun dalam pukul 12 lebih tengah malamlah. nampak tak, kami cuma mampu merancang, tapi ALLAH YANG TENTUKAN samada perancangan tu akan menjadi atau tak. dan kita mesti yakin, apa yang Allah tetapkan pasti ada hikmahnya. yakin PASTI! hehee.

okeylah, sampai sini dulu. dah tak sabar nak balik minggu ni. nak jumpa umi walid. semoga rancangan saya nak balik minggu ni menjadilah. hikhik, amin. doakan yang terbaik untuk saya tau. may Allah bless us.

wallahua'lam.

2 comments:

aurora said...

la...tu ke citernyer....hmm,btol3

Asma' said...

waa, packnye jadual awk. basya basya! :D