8/01/2010

KISAH YANG MENGUNGKIT NOSTALGIA LAMA

alhamdulillah, saya masih diberi peluang olehNya untuk bernafas lagi hari ini. selamat jugak balik dari kampung. kenduri malam tadi pun alhamdulillah, tetamu yang berkunjung agak ramai. mulanya nampak macam tak ramai, so semua pun lengganglah sikit kan. beberapa minit lepas solat Maghrib berjemaah, orang makin sibuk. agak-agak kat mana tempat yang paling sibuk dalam waktu-waktu macam ni? hahha, dah tentulah DAPUR. sekejap itu, sekejap ini. kerja saya dekat sinki basuh pinggan. saya dengan kakde. orang panggil kami askar, dan arif (sepupu) jadi panglima sebab dia yang hantar pinggan-pinggan kotor ke dapur. pinggan yang dah basuh semua dia yang susunkan ke dalam dulang. terima kasih arif. riuh rendah dapur tau tak. ahahhahha, seronoklah!

dalam nak dekat pukul 10.00pm, ramai tetamu mula beransur pulang. dalam waktu tu jugak, saya dengan kakde berhenti dulu basuh pinggan untuk makan. saya cuma makan nasi dengan lauk gulai masam ikan patin. lauk lain dah tak sentuh. ikan patin.. memang sedap! ahahha :D

kat kampung, kami ada sorang mak saudara. malam tu, kami terasa lain benar sikapnya. dah nak dekat setahun, hubungan kami renggang. kami pun tak tahu apa akar puncanya, dia macam kurang berminat untuk terima kehadiran kami di kampung. sedih kan bila mak saudara buat macam tu. mak saudara yang dulu boleh dikatakan agak rapat dengan kami. secara jujurnya, saya sikit pun tak menaruh benci atau marah pada dia. cuma agak terkilan dengan layanannya yang agak mengguris hati. and last night, she looked different. really different. dia berborak dengan kami, bergurau senda, sebagaimana dia layan kami sewaktu dulu-dulu. huhuu, agak sedih bila memikirkannya. saya rindukan dia yang begini. tapi saya yakin, ada hikmah di sebalik semuanya. sepanjang malam tadi, terasa berlegar-legar nostalgia lama dalam minda. terasa syahdu bila mengingati saat-saat gembira dulu. sebab hari ni, detik tu seakan berulang kembali.

after makan, saya dengan kak aiman borak-boraklah kan sambil basuh pinggan. umur kak aiman dalam 30-an. dia sepupu walid, tapi sebab dah biasa dari kecik panggil kak aiman, so biar jelah. dia pun nampak selesa dengan panggilan tu. lagipun, dia pun masih single. masa berborak, dia ceritalah sikit perangai saya masa masih bergelar baby. nak tergelak pulak saya dengar. hahha. dia cakap kalau orang perempuan nak dukung saya tak mahu, tapi kalau lelaki yang nak dukung saya mahu pulak. gatal tak gatal. hehee, tapi itu time kecik je okey. sekarang tak begitu dah ye. ahahha. lain dari tu, ummi pun ada cakap yang saya ni SERIUS gitu masa kecik. mata saya selalu tajam memandang itu ini. bila orang bawak naik kereka bukan main lagi ketawa-riang-bahagia. peliknya saya masa kecik.

banyak lagi sebenarnya nak cerita, tapi tak cukup masalah pulak. takpelah, next time ada masa saya update blog lagi eh. hehee, okeylah. gotta go. senyum ye semua!

wahh, indahnya suasana kampung.

subhanallah :)

wassalam

No comments: