11/30/2009

aku sayang diorang..

aku sayang umi
aku sayang walid
aku sayang abangnas
aku sayang kakde
aku sayang kaksa
aku sayang hanan
aku sayang a'ina
aku sayang aiman

aku sayang diorang bukan sebab lain melainkan diri diorang sendiri.aku sayang diorang sebab mereka yang Allah kirimkan sebagai family aku di atas muka bumi ni.aku sayang diorang lebih dari segala-galanya.aku sayang diorang sebab aku tahu,Allah dah sediakan ruang di hati aku untuk menyayangi diorang.aku sayang diorang sampai aku tak suka sesiapa pun buat diorang sedih.aku sayang diorang..sebab aku terlalu sayangkan diorang sampai tak tau cane nak cakap lagi.hanya Allah yang Maha Tahu betapa sayang aku buat mereka tak terlihat dalamnya.dan bila aku sayang,aku akan sayangkan diorang sampai bila2 insya-Allah..

i lurv them more than anything else!!

wallahua'lam

p/s:apa yang tertulis di sini adalah apa yang tertulis jauh di sudut hati aku.really hope for the understanding side of you..

11/28/2009

aku serius tak sangka

semalam aku dengan family balik kampung kat pahang.adik aku yang spm to memang tak baliklah(study).abangnas pun tak balik(ada projek).aku...balik.ada jugak keje,tapi tak sampai hati pulak kalau tak balik.aku tahu walid seronok bila kami balik sama-sama.lagipun dah lama tak jumpa wan,kaknana,mokwe.yang penting niat ikhlas..

kitorang sampai after asar.alhamdulillah perjalanan lancar dan selamat..

kitorang bermalam satu malam kat rumah wan.hari ni baru balik.so nak dijadikan cerita,malam tadi adalah sanak saudara belah ayahwe(ayah saudara aku) datang rumah wan.aku,kaksa,dengan hanan kat dapur je tolong apa yang patut..

nak dekat sejam jugaklah tetamu-tetamu tu datang.lepas tu diorang balik.dah lewat malam jugaklah tyme tu..

pagi tadi,pergi kubur arwah tokki.kitorang baca yaasin sama-sama dan bersihkan kubur arwah sama-sama.kemudian baru kitorang balik.samapi rumah wan,aku dengar satu berita yang bagi aku amat mengejutkan.sesuatu yang tak aku sangka dan tak pernah terfikir pun ianya kan terjadi..

whattttt???!!!
rupa-rupanya malam tadi,salah sebuah keluarga yang datang rumah wan mengalami kemalangan yang agak ngeri.dan ianya melibatkan kehilangan nyawa seorang bayi berumur lebih kurang 5 bulan lebih.aku ingat lagi bayi tu.segar bugar aje dia dalam pangkuan ibunya malam tadi,sebelum pergi untuk selamanya beberapa ketika kemudian.serius aku terkejut dengan berita tu..

baby tu je yang terkorban dalam nahas malam tadi.ibunya luka-luka.ayahnya pulak patah tulang peha.rasa macam dalam sekelip mata je semua ni berlaku.aku agak sedih jugaklah tyme dengar berita buruk ni.bukannya apa,tapi mestilah kita terkilan coz hal ni melibatkan mereka yang kita kenal.apatah lagi yang baru kita jumpa tak sampai 24 jam pun..

bila fikir balik,betullah firman Allah 'kunfayakun'.kalau dah itu kehendaknya,dalam sekelip mata je apa apapun boleh berlaku,walaupun itu bukan atas kehendak kita.insya-Allah pasti ada hikmahnya..

btw,aku kat sini cuma mengharapkan kita sama-sama muhasabah kembali hidup kita selama ni.sesungguhnya mati itu pasti dan terlalu hampir dengan kita.kita tak tahu macam mana agaknya bila kita mati nanti.so,fikir-fikirkanlah..

semoga ini boleh jadi pengajaran buat kita semua insya-Allah..

p/s:harap keluarga yang terlibat dengan kemalangan tu dapat hadapinya dengan tabah dan redha.sama-samalah kita sedekahkan al-fatihah untuk arwah baby.al-fatihah..

11/26/2009

selamat hari raya haji

hari ni dah masuk hari raya haji.menandakan tahun 2009 pun dah sampai ke akhirnya,dan exam mid-sem pun dah makin dekat.ohh,sungguh menakutkan.papelah..

okey,aku just nak ucapkan selamat hari raya haji untuk semua yang dikenali dan yang juga mengenali diri ini.hopely,keberkatan hari ini sampai kepada kita semua insya-Allah..

tadi aku dengan family pergi solat sunat raya haji kat masjid UNITEN.sepupu dari terengganu pun ikut sekali.kali ni diorang beraya di rumah kami.kami nak balik terengganu tak boleh sebab ada adik aku sorang tengah SPM.so begitulah..

jadinya,petang ni insya-Allah kami akan bertolak ke pahang.kampung belah walid(ayah).walid cakap dah rindu sangat kat wan(nenek) sebab dah dua minggu tak balik.baik kan ayah aku?bertuah nenek aku dapat anak macam walid.aku pun bertuah kan sebab dapat ayah macam walid.hehe,bangga jap..

itu jelah untuk kali ni.sem ni aku sibuk sikit.so tak dapat update blog selalu cam tyme cuti dulu.insya-Allah kalau ada masa blog ni akan diupdatekan lagi.heee..

wassalam

11/09/2009

jadual padat,rasa penat

arghhhhh..
jadual aku sem ni paaaaadat sangat.lebih-lebih lagi hari isnin,selasa,dan khamis.dari pukul 8 pagi sampailah nak dekat pukul 6 petang.hari-hari tersebut sangatlah membuat aku mengidamkan sebuah bantal yang gebu untuk dijadikan sebagai alas kepala.serius,aku memang penat.paling penat hari khamislah.jadual amatlah padat dan mampat..

apapun,at least masa aku tak banyak terbuang dan lebih terisi.penat tu memanglah penat.tapi bila fikir balik semula dalam dalam,banyak baiknya daripada buruknya.mungkin kalau jadual free sangat pun,aku jadi tak serius nak belajar.mintak jauh sangat sangat.kalau boleh aku nak jadi insan yang beriman,berilmu,berguna dunia akhirat.aminnn insya-Allah..

buat teman-teman lama yang kini menyambung pengajian di pusat-pusat pengajian lain,semoga berjaya kite ucapkan.jangan lupa untuk doakan kawan-kawan yang lain.insya-Allah jalan untuk berjaya itu terbuka lebih luas.yang penting ikhlas..


p/s:bagi yang masih belajar di sekolah,hargailah apa yang awak punya sekarang.i mean hargailah zaman sekolah awak.sebab apa yang awak lalui sekarang hanya untuk sekali cuma.
sekali detik itu berlalu,tiada yang mampu kembalikannya semula..

aku seorang yang tak aktif

minggu lepas bermulanya 'smac' kat cfs iium ni.itu pun aku dapat tahu dari abang aku.kalau tidak mungkin sampai sekarang pun aku takkan tahu apa-apa.aku kureng sikit bab-bab penglibatan dalam aktiviti-aktiviti sukan ni.dan satu lagi,aku memang tak suka sukan.sekadar tengok orang main aje bolehlah kot..

hari sabtu dan ahad baru-baru ni,students daripada nilai datang ke sini untuk bertanding dengan students pj.aku pun tak tahu apa cerita keputusan pertandingan-pertandingan tu.sabtu dan ahad tu,aku dengan roommates aku semua balik.kami ini sekepala okey(tak aktif).setiap hujung minggu pasti pulang ke rumah.heh..

dari zaman sekolah lagi aku tak pernah mewakili sekolah untuk apa-apa jenis sukan pun except kawat kaki.itu pun sekali je.aku memang jenis yang macam ni.tak suka sukan.nak boleh timbul rasa suka tu pun bukan main susah lagi.hahha,boleh pulak..

yang pasti,aku hanya akan rasa enjoy dengan sesuatu aktiviti tu bila aku yang rasa nak buat sendiri.bukan sebab orang lain yang suruh.lagi satu,aku suka main sukan dengan family.i lurve my family so0o0o much much much,damn much!ngee..

kesimpulannya;aku memang seorang yang tak aktif,tak suka sukan,tak suka melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti yang boleh memenatkan badan.heee..

p/s:walid,umi,bila kita boleh pergi tasik titiwangsa sama-sama lagi?jogging,main badminton,bersenam..

11/07/2009

misi berenang gagal

hari ni aku ditugaskan oleh umi untuk bawak adik-adik aku ke kolam renang.lokasinya kat dalam uniten je.aku tak kenal jalannya,adik-adik akulah yang tolong tunjukkan arah.cool,aku ikut jek.aku okey aje kalau nak drive dalam uniten.tapi kalau luar dari uniten,minta maaflah ye adik-adikku.i can't..

kebetulan hari ni ayah aku baru pergi program dengan student-student dia.4 hari kot ayah aku takde kat rumah..
balik pada cerita tadi,kami dengan excitednya pergi dengan menaiki kereta myvi.aku yang drive sebab abangnas takde.dia tak balik rumah minggu ni,ada hal katanya.keje kot.heh..

kitorang pergi sana siap bawak bekal lagi.biskut,kek,and apa entah lagi.adik-adik akulah yang seronok tahap apa nak mandi kolam.muka ceria bahagia belaka.wohoee,terbias jugaklah keceriaan diorang pada aku.i'm happy to see them smile like that..

nak dijadikan cerita,kebahagiaan kami bertukar menjadi kecewa sebaik sahaja kami tiba di pintu pagar nak masuk ke kolam renang tu.pintu pagar berkunciiiii!!!

aiman dengan ainalah yang nampak ketara sedihnya.huh,aku kesian kat diorang,tapi tak boleh nak buat apa jugak.kami sampai kat sana dalam pukul 11 lebih macam tulah.rupanya kolam tu tutup pukul 10.30 pagi.what?kami cuma terlewat tak sampai sejam pun.mengeluhlah jugak kitorang..

mulanya aiman tak nak balik.dia nak tunggu kolam tu bukak semula.tahu tak pukul berapa kolam tu akan dibuka semula?pukul 5 petang..nak menunggu kat sini 5 jam lebih?takpelah aiman,kita balik ajelah.lama jugaklah kitorang pujuk dia,barulah dia nak balik..

lastly,aku bawak diorang pergi lawat kandang kuda(dalam uniten jugak).aku tak tahu langsung kat dalam uniten ni ada kandang kuda.diorang yang bagitau aku.dan diorang jugak yang paksa aku bawak diorang ke sana.dan diorang jugak yang tunjukkan jalan macamana nak ke sana.heee..

sampai kat tempat yang dituju,aku berhentikan kereta berhampiran dengan satu padang ni.kat situ ada seekor kuda.tapi kuda tu macam tengah cuba nak lepaskan diri dari tempat tu(tempat tu berpagar okey).seriously,kuda tu nampak agresif.apa lagi,adik-adik aku yang mulanya macam nak keluar dah tak jadi nak keluar.diorang jadi takut pulak.nak tergelak aku tengok diorang tyme tu.tau tak apa aina cakap?

'kakmaryam,aina tak nak mati kat sini..'

apa keslah pulak si aina ni.takkan bolehnya kuda tu terlepas.pagar tu kan tinggi.actually aku pun seram jugak.hahha,tapi tunjuk cool je depan adik-adik..
beberapa minit kemudian,kitorang gerak balik..

lain kali teringin nak bawak diorang pergi tempat lain pulak.bawak pergi makan angin je.biasalah,kakak mana yang tak teringin nak bawak adik-adik dia pergi jalan-jalan..

tetiba rasa tak sabarlah pulak nak tunggu abangnas dah dapat kerja.bolehlah dia belanja aku.chewah,padahal dia pun masih kat matric lagi.jauhnya aku berangan..
oppss,aku bukan beranganlah.aku cuma mencipta impian yang diiringi dengan doa semoga abangnas berjaya.that's all..

harap-harap lain kali boleh bawak diorang pergi kolam renang lagi dan kolam renang tu tak tutupmacam hari ni.pengajarannya,jangan suka lengahkan masa.ye ke?hahha,lebih kuranglah..

p/s:adik-adikku,lain kali kita pergi lagi ye.ingat,jangan siap lewat.huhhu..

penatnyeee naik ktm!!

adalah satu hari ni,hari jumaat.hari tu mak dengan ayah aku tak dapat ambil aku dengan abang aku nak balik rumah.so,aku 'terpaksa' balik naik ktm dengan abang aku.mulanya ingat nak gerak before asar,tapi abang aku cakap dia penat.dia ajak aku balik malam.takot kottt nak balik malam.cuba bayangkan macamana aku nak berjalan sorang-sorang dari asrama ke pintu gate cfs.huh,kecut perut aku.because of that,aku pujuk abang aku balik petang jugak.sebarang alasan tidak akan diterima lagi.lastly dia setuju jugak.hahha,jahat kan aku..
lebih kurang pukul 6 setengah petang aku turun dari asrama,jalan kaki sorang-sorang menuju ke pintu gate utama cfs iium.petang pun aku rasa kecut perut,kalau malam apatah lagi.aku tersenyum sendiri,seronok sebab dapat jugak balik petang.aku mesej abangnas nak bagi tahu yang aku dah gerak.then dia balas..

'5 minit lagi..'(beginilah kebiasaannya)

tyme tu hujan renyai-renyai.hari dah mula gelap.yelah,baru lepas hujanlah katakan.sampai kat depan gate,aku duduk bawah pokok sorang-sorang tunggu abangnas.cuma aku sorang je kat situ tyme tu.dahlah hujan macam makin lebat dari sebelum tu.aku dahlah payung pun takde.sejukkk..
about 5 minutes later,abangnas muncul.kitorang naik teksi dari situ ke mid valley.sampai kat ktm di mid valley,aku cuma mampu angkat kening.ramainya orang!!!
kitorang terlepas first train sebab keramaian orang yang amat sangat.macam ikan sardin!then abangnas cakap..

'maryam,kalau train lagi satu ramai orang jugak,awak naiklah dulu.nanti kita jumpa kat ktm serdang..'

what?!nak aku pergi sorang-sorang?no no no no no..aku dahlah tak reti apa-apa sangat pasal train.huh,apa lagi,membebellah aku kat abang aku.hhmm,actually terharu jugak aku bila dengar dia cakap macam tu.kira dia suruh aku pergi dulu sebab takut aku penat tunggu lelama kt situ dengan dia.tapi bagi aku,we better be together.dengan cara tu je aku akan rasa lebih selamat.walaupun penat sikit.hehee..
train kedua memang penuh sangat-sangat.tapi kami berdua terjah jugak.dahlah tak solat maghrib lagi.hari pun dah makin lewat.takkan nak biar solat maghrib tergadai semata-mata sebab nakkan keselesaan.tyme dalam train tu aku rasa mcam tak boleh nak bernafas.lemasssss!!seriously,aku memang tak suka naik train yang sesak macam tu.heh..
sampai di ktm serdang,kami pergi solat dulu.waktu dah semput sangat.isyak dah tak sabar-sabar nak menjelmakan diri.lagipun walid pun tak sampai lagi.after solat,kami tunggu beberapa minit sebelum walid sampai.huh,punyalah penat hari ni sampai masuk aje dalam kereta aku mengeluh aje memanjang.mengeluh kepenatan..
dalam diam,aku tersedar sesuatu yang amat penting untuk hidup aku.bersyukur..
setiap yang aku lalui hari ini mengajar aku supaya bersyukur dengan apa yang aku ada selama ni.sekurang-kurangnya,ucapkanlah 'alhamdulillah' setiap kali kita dikurniakan walau sedikit sekalipun nikmat.kerana mungkin ada yang lebih merana di sana demi mendapatkan nikmat itu.wallahua'lam..

p/s:belajarlah dari pengalaman.sesungguhnya pengalaman itu adalah guru yang terbaik sekali insya-Allah..