1/28/2011

KELUARGA DZULHAYA

wah, cuti dah datang. exam UNGS, statics, circuit, semua dah lepas. alhamdulillah. hehe, entah apa yang saya jawab pun tak tahulah. cincai rojak je, hhe. memandangkan kali ni memang cuti untuk semua, family members semua akan berkumpul kat rumah. umi, walid, abang anas, saya, kakde, kaksa, hanan, a'ina, and my dear little brother aiman. yelah, kadang-kadang time saya balik adik yang kat sbpi rawang (kaksa) tak balik. adik yang kat pj (kakde) pun suka balik time saya tak balik. cuma abang je yang selalu balik sekali, itu pun sebab belajar kat uia gombak sekali. kalau tak, entah jumpa ke tidak. tapi bila cuti macam ni, semua akan balik. yeay! suka suka, ni rasa semangat nak berjalan ni. hha :D

tapi cuti kali ni tak boleh nak enjoy sangat jugak, after mid-break ni ada exam lagi. hmm, dua paper kalau tak silap. engineering drawing and calculus. sebut pasal engineering drawing mesti terfikir masalah imaginasi dan masa. calculus lagilah, masalah masa pun dah cukup menakutkan, apatah lagi masalah lain. huhu. takpe maryam, cuti ni cuba tenangkan minda. belajar dalam keadaan tenang. i hate stress! bila saya stress, saya banyak berfikir. bila banyak fikir itu ini, mulalah otak berselirat. ini tak settle, itu tak settle. huh, that's why i hate stress.

by the way, saya baru buat satu perubahan pada diri saya. alhamdulillah, kawan-kawan boleh terima. syukur tak terhingga, akhirnya Allah buka juga pinta hati saya untuk nekad dengan perubahan tu. semoga saya istiqamah dan tetap pendirian dalam apa pun pegangan yang bermanfaat buat diri saya. amin, insya-Allah :)

NAK BALIK NAK BALIK! jumpa umi walid, wah seronoknyaaaaa. buat kawan-kawan yang lain pun, selamat bercuti yeeee. hehe.

seriously i miss you :) 
DZULHAYA : DZULKEFLI & ROHAYA

4 comments:

firdausaharudin said...

SAYA SUKA FAIDAH SEKARANG. MANISSS (; yang penting masih tak lupa daos kan (: hehehee keep the way u are no matter what. u r awesomee .. insyallah (:

Asma' said...

adik yang kat pj (kakde) pun suka balik time saya tak balik

haha, awk pun time kakde balik, takde org pun balik! :'(

misfaida said...

firdausaharudin : insya-Allah. semoga istiqomah, hopefully hhe. takkanlah boleh lupa clasmate setiap semester kat cfs. hhe, apapun thanks :)

misfaida said...

asma' : ahahhahha, pandai ajuk ek. bak kata umi, ni baru time belajar, dah kawin apa semua nanti lagilah. hahha, takpe takpe.. cuti ni kan kita jumpa. hha :D