1/08/2011

BUAT MASA INI DI SINI

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM :)
Alhamdulillah, sudah genap sebulan saya rasmi bergelar pelajar uia Gombak. setakat ni, semuanya berjalan lancar. Penat lelah yang dilalui sepanjang minggu kedua berada di UIA Gombak nampaknya tidak sia-sia. Saya tekad, semampu yang mungkin saya akan cuba elakkan melakukan add and drop session secara manual untuk semester akan datang insya-Allah, ehihi. Saya cuma merancang, jika kehendak Allah menginginkan saya menghadapinya lagi.. adalah tu hikmahnya kan.

CLASS Guess what, belajar di uia tak ubah macam belajar di luar negara. Ceh hahha, yelah sangat. Tapi lebih kuranglah. Yelah, mana taknya.. every class pun ramai foreigner. I’ve got some friends from international student. Yeay yeay, seronok tau. Hehe, at least i can practice my English more and better. Saya perasan something tentang foreigner, mereka jenis yang tak kisah duduk mana pun. Asal ada seat kosong, duduk. Tak kisahlah perempuan ke lelaki yang duduk sebelah diorang. Kalau lelaki melayu biasanya diorang tengok jugak, selalunya taklah. Hmm, saya jenis yang kurang selesa macam tu. I prefer sitting beside the same gender rather than the opposite gender. Melayu ke, foreigner ke. No difference.  Jenis sayalah. Ada je yang tak kisah. Ramai.

STUDY Hmm.. tak susah dan tak senang. Kena struggle lebih sikitlah, lebih-lebih lagi orang macam saya ni. Tak sepandai orang lain. Huhu, so kenalah usaha lebih sikit. Eh, bukan lebih sikit tapi banyak. Insya-Allah berkat doa + usaha + tawakkal, akan ada membuahkan hasil. Tapi tulah, baru belajar sebulan dah rasa berselirat otak ni. Hahha, macam manalah nak menghadapinya selama 4 tahun. Insya-Allah 4 tahun, harapnya takde apa yang menghalang jangka masa tu untuk terus kekal sebagai 4 tahun. Amin.

Entah apa motif saya buat entry kali ni pun saya kurang pasti. Cuma satu, i just want to share. Sharing is caring okay, not scaring. Hihi. So akhir kata dari saya, yang baik datang dari Allah dan yang buruk datang dari diri saya sendiri. Wallahua’lam.

Imam Asy Syafie mengatakan :
“Siapa belajar Al-Quran, besarlah harganya. Siapa belajar feqah, agung wawasannya. Siapa belajar hadis, kuatlah hujahnya. Siapa belajar ilmu hisab, cerahlah otaknya. Siapa mempelajari yang pelik, lembutlah wataknya. Dan siapa tidak menahan nafsunya, akan tidak bermanfaatlah ilmunya.”

p/s : kadang-kadang saya jadi ragu pulak, layak ke saya ambil bidang engineering? Hmm.

2 comments:

Raji berkata said...

huhu tau xpe x.x
kdg2 snggup amik kusi meja yg jauh kt blakang demi nak elak duduk sebelah perempuan owh...

misfaida said...

wah, bagus bagus. kekalkan. may HE bless :)