12/05/2010

TWO THINGS WE ALWAYS FORGET

saya tak reka cerita, saya tak main-main. ini betul, dua hal yang sering kita lupa. kalau rasa nak teka before baca yang seterusnya boleh jugak. berteka-tekilah sorang-sorang ye, hihi. yang penting, saya nak cakap. tengah semangat nak update blog ni tak boleh kacau line. hihi :P
WAKTU LAPANG DAN KESIHATAN
yes, that's it. saya tak tujukan pada sesiapa okay, serius. saya sendiri pun selalu lupa, heh heh. buat kita-kita yang rasanya selalu lupa ni, jomlah sama-sama kita renung balik. apa betul ke kita manusia yang seringkali lupa dengan nikmat Allah? kalau betul, kita cuba untuk berubah ye.

WAKTU LAPANG
1. cikgu bagi homework, minggu depan submit. wah, minggu depan tu lama lagi. alah, esok lusa pun sempat lagi nak siapkan. esok lusa - esoklah. esok lagi - nantilah. berterusan sampailah esoknya kena hantar. alamak, kena siapkan malam ni jugak ni. kalau tak habis kena sound dengan cikgu ni. malamnya, mulalah berjaga sampai pukul berapa pagi tak tahulah. aduh, kenapalah tak buat awal-awal. pagi esoknya, mengantuk dalam kelas, tak boleh focus. saya antara yang selalu begini rasanya, ehihi.
2. baru masuk semester baru. lecturer ajar apa ni, tak faham?! biarlah, lambat lagi nak exam. bila-bila masa free nanti baru jumpa lecturer. next chapter, ha lagilah tak faham. previous chapter tak faham, yang ini lagi tak faham. takpelah, NANTI boleh tanya lecturer lagi. last chapter - tak faham satu habuk pun. bila esok dah nak exam, kalut nak rujuk balik note lecturer. sebelum ni, sekali tengok je. itu pun masa menulis note tu. huhu, masa nilah baru terasa menyesal. kalaulah belajar dari awal, mesti dah boleh kuasai semua chapter. saya pun selalu begini.
cukuplah dua contoh ni dulu.

KESIHATAN
1. bila hidung tersumbat sampai berapa bulan tak dapat bau apa-apa, sekali boleh hidu bau sampah pun terasa nikmat sangat-sangat. masa elok dulu, tak pulak nak menghargai nikmat menghidu.
2. bila pinggang rasa sakit sampai tak boleh nak tunduk, baru terasa betapa dapat tunduk dengan baik itu pun satu nikmat yang tak terkata besarnya.
3. bila rasa sakit perut atau sakit kepala, baru terasa nikmatnya waktu rasa sakit tu tiada.
4. bila kaki terseliuh and tak dapat gerak macam biasa, baru terasa betapa nikmatnya dapat gerakkan kaki tanpa rasa sakit.
kesihatan yang Allah beri pada kita adalah satu nikmat yang tak terkata besarnya. takkan ada yang lain dari DIA yang dapat beri kita nikmat sebesar itu. jadi sama-samalah kita saling beringat antara satu sama lain. 

SYUKURILAH NIKMAT ALLAH SELALU.
semoga diberkati :)

1 comment:

armouris said...

info tentang hidung tersumbat di SIHAT SELALU - Hidung Tersumbat