11/28/2010

MISPLACED

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

dah banyak kali saya alami kejadian hilang barang ni. sekejap PSP, hp, borang itu ini, sijil penting, and macam-macamlah. dan dah banyak kali juga saya cuba cara ni. setiap kali bila ada barang saya hilang atau tak tahu letak mana (misplaced), saya akan cuba baca surah waddhuha. memang saya tak silap, saya akan jumpa balik barang yang saya cari tu kemudiannya. bukanlah semestinya sesaat lepas tu terus jumpa. takdelah sampai macam tu. tapi yang pasti saya akan jumpa balik. itu yang saya betul-betul pasti. biasanya mula-mula saya akan cari dulu, kemudian bila macam dah nak fade-up mencari rehat sekejap. bila teringat pasal surah waddhuha, saya akan baca sambil yakin dengan bantuan Allah. semuanya milik Allah. bila-bila masa je Allah nak tarik balik, Allah akan tarik. dan bila-bila masa juga kalau Allah nak beri balik, Allah akan beri. jika Allah katakan jadilah, maka jadilah. dan alhamdulillah, di akhirnya saya akan jumpa juga barang yang saya cari tu.


YAKIN DENGAN BANTUAN ALLAH
sesungguhnya Allah rindu untuk mendengar rintihan kita. dekatilah DIA. tiada yang sia-sia dengan berada di sampingNya. kasih sayangNya kekal sampai bila-bila.

saya cuma berkongsi pengalaman. kalau awak nak cuba, cubalah. kalau tak nak pun, it's okay. kalau boleh bagi yang nak mencuba tu, bacalah surah tu dengan penuh pengharapan pada Allah. insya-Allah sebentar kemudian bantuanNya akan tiba. DIA pemilik segalanya. DIA berhak untuk mengambil mahupun memberi.
wallahua'lam :)

the meaning behind the apple is that there is only one true. 

3 comments:

Mujahidah Mardatillah said...

pernah alami juga. yup, pertolongan Allah mmg sntiasa ada :)

misfaida said...

mujahidah : hmm, betul betul. asalkan kita yakin dengan DIA :)

Anonymous said...

http://www.archive.org/details/BuyTylenolNoPrescription_630