11/17/2010

SACRIFICE

before i start, nak buat announcement dulu sikit. kepada kawan-kawan yang ada menghubungi atau mesej saya sejak semalam, minta maaf banyak-banyak atas ketiadaan tindak balas dari saya. handphone saya masuk air, rosak. sekarang masih belum tahu masa depannya macam mana. huhu.

okay, here we go. tahniah saya ucapkan pada mereka yang berjaya berpuasa pada dua hari lepas, kerana puasa pada dua hari tersebut sangat besar manfaatnya. pada yang tak dapat berpuasa pada dua hari tersebut, it's okay. insya-Allah jika dipanjangkan umur, ada kesempatan boleh puasa lagi next year. niatkan dalam hati untuk melaksanakannya di kesempatan akan datang pulak. niat pun dah dapat pahala, Masya-Allah pemurahnya DIA.


pagi tadi, adik saya tengah gosok baju rayanya untuk dipakai pergi solat sunat hari raya, tapi entah macam mana baju tu boleh terbakar sampai berlubang. bahagian bawah baju pulak tu. sah, memang dah tak boleh pakai. oh tidak, saya sangat suka baju tu. agak kecewa. tiba-tiba ayah datang dan senyum.
'takpelah maryam, mungkin ini antara pengorbanan yang maryam perlu buat di pagi hari raya korban ni.'
kata-kata walid (ayah) buat saya terdiam. iyelah, macam mana saya boleh tak terfikir, mungkin Allah nak mengajar saya supaya paling kurang pun boleh menerima kehilangan sesuatu dan belajar erti pengorbanan. usai solat sunat hari raya di masjid uniten, walid diberi tanggungjawab untuk menyampaikan khutbah. kedengaran suara walid sayu dan sebak menyampaikannya, jelas menunjukkan walid menghayati apa yang disampaikannya. ya Allah, terima kasih untuk seorang ayah sebaik walid. umi pun, keluar air mata ketika mendengarkannya. ya Allah, terima kasih juga untuk seorang ibu sebaik umi. terima kasih untuk setiap insan yang KAU hadirkan dalam hidupku. dan hari ini, saya belajar untuk menghargai pengorbanan insan-insan sekeliling saya. watak selamba dan tak berperasaan bukan bermakna seseorang itu tak menghargai setiap yang ada di sekitarnya. betul tak? hehe.

buat semua..
SELAMAT HARI RAYA 'AIDILADHA
selagi pengorbanan yang dilakukan adalah demi Allah, insya-Allah takkan sia-sia. jangan kenal erti rugi selagi pengorbanan itu dilakukan demiNya. may HE bless :)

2 comments:

bluebell girl said...

selamat hari raya aidil adha juga buat kak maryam!!! huhu.. tahun ni akak x dpt nak sambut hari raya aidil adha ngan aidil fitri kat mesia lagi, huk huk..

misfaida said...

bluebell girl : selamat jugak. takpelah kakak, insya-Allah kakak balik malaysia bulan 5 tahun depan kan. haa, kan sekejap je tuu. ada kesempatan insya-Allah kita boleh raikan sama-sama lagi. can't wait to see you here again :)