11/11/2010

CARA MUDAH BUAT SUSHI

tak sangka, rupanya nak buat sushi taklah susah mana. mungkin masa mula-mula nak buat je rasa susah sikit. maklumlah, baru belajar. saya nak kongsi cara buat sushi ni. ini pun saya copy dari blog orang. mudah, sekejap, dan menyeronokkan. so enjoy!

NAMA SUSHI : CALIFORNIA ROLL

BAHAN-BAHAN :
1) beras sushi
2) seaweed
3) timun jepun(dihiris panjang)
4) jejari ketam(dibelah dua)
5) lada sulah
6) minyak bijan/kelapa sawit
7) tikar kecil/plastik bersaiz besar(untuk meggulung sushi)


beras sushi ni boleh didapati di pasaraya.



CARA MEMBUAT :

1) masak 2 cawan beras sushi bersama 4 cawan air.
2)setelah beras masak, gaulkan nasi bersama 2-3 sudu minyak bijan/kelapa sawit hingga sebati.
3)ambil nasi tadi dan ratakan ke atas seaweed yang telah diletakkan di atas tikar kecil/plastik.
4)taburkan lada sulah ke atas nasi secukup rasa.
5)letakkan timun jepun dan jejari ketam secara melintang.
6)gulung perlahan-lahan dan pastikan gulungan itu kemas.
7)potong sushi tadi dari bahagian tengah ke tepi mengikut ketebalan yang sesuai/mengikut citarasa masing-masing.
8)sedia dimakan! :D
(lihat rujuk demo di bawah)


lapik menggunakan tikar kecil/plastik sebelum kita letak seaweed. kalu takde tikar kecil khas tu, guna plastik pun dah boleh. kemudian letakkan seaweed di atas plastik tersebut. letakkan nasi pula di atas seaweed. ratakan nasi supaya nipis dan sekata.


okay, nasi dah selesai diratakan.


tabufrkan lada sulah secukup rasa. kalu rasa nak sedap lagi, letaklah lebih sikit.


susun timun jepun dan jejari ketam secara melintang.


gulungkan sushi dengan perlahan-lahan dan kemas supaya sushi kelihatan cantik dan elok.


sushi selesai digulung.


mulakan memotong dari tengah dan teruskan dengan yang lain. ikutlah nak potong berapa banyak, mengikut citarasa masing-masing.



maka terhasillah sushi california roll. dah siap apa lagi, bolehlah makan! HAHA :D


senang kan? insya-Allah senang bila kita dah cuba. jadi jom sama-sama mencuba di rumah! saya pun nak buat jugak, tapi kena cari bahan dulu. shopping!

credit to : http://roseradzi.blogspot.com/ (thanks for the easy way)

7 comments:

bluebell girl said...

nanti akak(Ain) nak cuba jugaklah, senang aje rupanya.. hari tu dlm kelas ada kwn akak orang korea bawak sushi, tapi kita tak rasa, kwn2 aje yg rase, hihi...

misfaida said...

bluebell girl : ha cubalah. betul, sangat senang. tapi seaweednya mahallah. nak buat sushi pun kena sedia modal dulu. cuba kakak buat, nanti mesti adik-adik suka. sedap lagi tu! :D

bluebell girl said...

hihi... mahal ek?? hmm...

misfaida said...

bluebell girl : hmm (angguk), beras and seaweed dia yang mahal. yang lain standardlah. hehe :D

maisarah said...

ada x resepi utk pencicah sushi? ^^

CIK M said...

Oh sori takde lah maisarah. Biasanya buat sushinye je hehe :P

Anonymous said...

nasi nya cemana nak masak?