10/15/2010

ROBOT AS AN IDEAL BOYFRIEND


saya tak mengharapkan hari-hari yang dipenuhi dengan robot-robot yang menyerupai manusia di sekeliling pada masa akan datang. it might be painful to certain people by having them around. seriously, i hate that state of feeling. loving someone that will bring nothing to our future, what is that for? creating something fun, but hurt human's feeling at the end. ciptalah robot apapun, tapi jangan cipta robot yang menyerupai manusia. mungkin mereka dicipta untuk kebaikan, tapi robot tetap robot. no one can hit this fact.



saya baru habis tonton drama jepun ZETTAI KARESHI. cerita yang mengisahkan tentang sebuah robot cinta bernama night yang dicipta untuk mencintai tuannya dan bersifat setia. mulanya semua berjalan lancar. tapi lama kelamaan night mula menunjukkan sifat seperti seorang manusia seperti kasihan, cemburu, sedih, bahagia, dan sebagainya. dia mula benar-benar menyintai tuannya riiko dan bertindak mengikut keinginannya sendiri. semua tindakannya hanya untuk kegembiraan riiko, biarpun dirinya sendiri terancam. even penciptanya sendiri pun tak dapat mengesahkan kenapa hal ini berlaku, sistemnya jadi luar biasa. riiko yang pada awalnya menyukai bosnya juga mula menyayangi night. bos riiko yang sudah mula menyukai riiko, terpaksa mengundur diri kerana riiko lebih memilih untuk bersama dengan night. namun di saat riiko dan night dalam bahagia, rupanya night tak mampu bertahan lama lagi. night tahu akan hal itu, tapi dia tidak memberitahunya pada sesiapa. his main operating system is burning out. akhir sekali, dia meninggalkan riiko dengan penuh kesedihan. riiko menangis kecewa atas pemergian night, kerana dia sudah terlalu menyayangi night. akhir sekali, riiko dan bosnya pergi ke paris untuk sama-sama melanjutkan pelajaran dan mereka akhirnya bersama. night tinggal dalam kenangan yang tak mungkin dilupakan riiko.











IT'S TIME FOR A PAINFUL FAREWELL





masa episode akhir tu, saya pun termenangis. pasti kesakitan yang terpaksa dialami kerana ditinggalkan orang yang disayangi amat dalam. saya yang emo lebih, huhuu. serius sedih. jadi dari cerita ni, saya buat kesimpulan tak payahlah susah-susah cipta robot cinta or what-so-ever. manusia ciptaan Allah dah cukup untuk mengemudi kehidupan dunia yang sementara ni. mencipta klon bagikan mencabar kuasa Ilahi. robot mungkin lain kes, tapi klon? no no, pleaselah jangan.

ROBOT CAN BE AN IDEAL BOYFRIEND, BUT IT CAN'T BE AN IDEAL HUSBAND.

p/s : it's more than enough to see you smile happily.

12 comments:

Asma' said...

haha, penat nangeh tgk cite ni :'o

a Melawati girl said...

sdeynye...T.T
tgk jalan crite pon dah macam sdey...
kalo tengok,
dah meleleh air mate ni kot...
sob2 T.T

misfaida said...

asma' : penat, memang penat. dah habis cerita pun tak habis nangis lagi :(

misfaida said...

a Melawati girl : serius sedih, masa ending lah yang paling sedih. SANGAT SEDIH :(

Fakhrur Razi berkata said...

hahaha best2 cter nih ;D
walaupun agk mengarut robot bole ad feeling ;P

leena said...

baru habes tgk gak.. sedih laaa~~

misfaida said...

fakhrur razi : hahha, memang mengarut bila robot boleh ada feeling. hal yang mustahil, buatan manusia takkan dapat menandingi ciptaan Allah ;)

misfaida said...

leena : sedih kan. kte copy cerita ni pun dari hard disk leena hari tu :)

.huda. said...

boleh taaaaakk awk nanges??

cengeng! haha

kte xnanges:p hohoho

misfaida said...

huda : hikhik, memanglah kte nangis tapi kte tak cengeng. huda kan tough macam seaweed, kalau huda nangis maksudnya cerita tu memang mantaplah. hahha :D

.huda. said...

haha lawak la mcm seaweed
;P

misfaida said...

huda : betullah. seaweed kan tough. boleh tahan duduk di lautan yang dalam sekalipun :)