10/26/2010

BILA LELAKI MEROKOK

tak semua lelaki yang merokok jahat. kita tak boleh mudah-mudah menilai seseorang hanya dengan melihat luarannya. kerana apa yang kita nampak tak menjamin kebenaran penilaian kita terhadap apa yang dilihat tu 100%. so don't judge people that easily.


TAPI..

tak semua orang berfikiran positif. tak semua orang akan berfikiran bahawa 'luaran bukan penentu dalaman seseorang'. percayalah, tak semua orang akan berfikiran baik sebegini.



ada orang, bila nampak lelaki kacak terus terpikat. 
'wah, kacaknya.. :)'
tapi, bila tengok lelaki tu merokok..
'muka je handsome, tapi merokok. patutlah bibir lain macam. huh!'
OUT, dush dush!


bila nampak lelaki tua, nampak kesian je.
tapi bila dia keluarkan rokok..
'hisyh, dah tua-tua pun merokok lagi. apalah.' *geleng geleng*
dari kesian, jadi tak kesian pulak.


bila nampak orang lelaki segak dengan baju kerja and nampak bekerjaya, ramai yang berkenan.

tapi bila mereka merokok..
'berpelajaran, tapi merokok. baik tak payah!'
OUT LAGI.

AYAT-AYAT DI ATAS BUKAN SAYA YANG CAKAP, TAPI ORANG YANG CAKAP.

itulah antara ayat-ayat yang biasa saya dengar dari mulut sesiapa jelah. tapi itu baru yang saya dengar, yang saya belum dengar? jadi konklusinya, sesiapa pun yang merokok pasti sedikit sebanyak akan dapat persepsi buruk dari masyarakat sekeliling. memeng tak semua, tapi paling kurang pun PASTI AKAN ADA! so think about this twice. bukan saja untuk kebaikan nama baik sahaja, tapi juga untuk kesihatan anda semua. risiko merokok sangat tinggi. macam-macam boleh jadi hanya kerana ROKOK.



contoh barah mulut kerana rokok

NAUZUBILLAHIMINZALIK

makanya sama-samalah kita minta semoga Allah kurniakan kita ubat kepada segala penyakit yakni SYIFAAMMINKULLIDAA'.

2 comments:

.huda. said...

serious xsuka orang merokok,,
cit!

haha

CIK M said...

huda : tak suka jugak. nak merokok pun janganlah dekat orang, silap hari bulan kita yang terpaksa menanggung risikonya :(