9/27/2010

SHOULD I PROCEED WITH ENGINEERING?

saya tak minat chemistry, saya tak minat physics. tapi macam mana saya boleh termasuk ke dalam bidang ni? memang betul, saya nak sangat masuk uia dan saya bina impian tu sejak pertama kali saya jejakkan kaki ke IIUM gombak. waktu tu saya baru darjah 4, dan baru menetap di gombak. tapi sejujurnya, saya tak pernah pasang impian untuk masuk bidang kejuruteraan even sedikit pun. tapi takdir Allah menentukan yang sebaliknya. saya di CFS IIUM sekarang sebagai 'student of engineering'.

first time saya jejakkan kaki ke cfs iium sebagai engineering student, saya rasa teragak-agak. hati saya berbolak-balik. saya macam tak percaya saya adalah engineering student. serius saya tak sangka untuk berada di bidang ni. sampaikan saya rasa macam nak tukar ke bidang lain sebab saya takut saya tak mampu. tapi alhamdulillah, berkat doa umi walid, saya dapat kekuatan untuk teruskan juga untuk waktu tu.


tapi hari ni, hari-hari akhir saya di cfs iium, persoalan yang dulu pernah hadir dan memutar belitkan minda saya kini datang kembali. perlu ke saya teruskan dengan kejuruteraan? tapi kalau saya tukar, bidang apa yang terbaik untuk saya? saya tak tahu. yang saya pasti, saya minat maths. dan saya minat juga computer. tapi untuk berada di bidang ni, rasanya terlalu sukar untuk teruskan. saya ingat lagi kata-kata seorang kakak ni, kalau nak masuk engineering memang kena betul-betul MINAT. kalau tak, memang payah. dan betul, saya dapat rasakan kepayahan tu. sebab saya tak pernah rasa minat untuk masuk ke bidang ni masa sekolah dulu. even kalau cikgu-cikgu sebut pasal kerjaya ni pun, saya just dengar macam tu je. masuk teling kanan, keluar telinga kiri. tak pernah nak ambil pusing, lagilah nak ambil serius.

apa pun, saya tetap bersyukur saya diberi peluang untuk berada di sini sebagai pelajar kejuruteraan. apa yang dah berlaku biarlah berlaku, tak boleh terlalu mempersoalkannya. Allah Maha tahu apa yang terbaik untuk saya. tak semestinya apa yang kita suka itu baik untuk kita, barangkali apa yang tidak kita suka itu yang baik untuk kita. cuma satu je, saya belum pasti untuk teruskan atau tidak dengan kejuruteraan. entah kenapa masalah ni datang pada waktu-waktu begini. belajar semua susah, perlukan usaha dan kerajinan. tapi tulah, minat sangat besar peranannya. kalau takde minat, sukarlah nak cemerlang. tapi untuk sesetengah perkara, minat perlu dibina. tak semua hal dalam hidup ni perlukan minat yang datang dengan sendiri, ada minat yang perlu kita panggil sendiri. wallahua'lam.

i like this sentence :
in school, we're taught a lesson and then gives us a test.
in life, we're given a test that teaches us a lesson.

THINGS HAPPEN FOR A REASON, JUST BELIEVE.
INSYA-ALLAH, I'LL TRY MY BEST.

2 comments:

Asma' said...

good luck kmrym, pekse comp2. kde tgh online ni hehe

misfaida said...

online je keje. hah hah, nyway thanks yah! wish me all the best. doakan kakmaryam dapat result bagus insya-Allah.

:);):D