9/04/2010

I HAD A DREAM ABOUT HIM

susah nak percaya, mimpi malam kelmarin benar-benar menyentuh tangkai hati saya. kenapa mesti dia hadir kembali dalam mimpi saya? kenapa mesti mimpi tu menyentuh perasaan saya hingga air mata ni seakan ingin mengalir? tak cukup lagi ke penantian saya selama hampir 6 tahun? saya tak suka perasaan macam ni!

saya ingat saya dah mampu lupakan dia, habis kenapa mimpi tu seakan menyampaikan suatu mesej kepada saya tentang perasaan saya terhadap dia? apa semua ni? saya dah lepaskan segala-galanya. saya dah tak kuat nak bertahan lagi. sebab tu saya lupakan semuanya, dan sebab utama saya kerana DIA. Ya ALLAH, adakah mimpi itu cuma mainan tidur atau datang dariMu? jika ia mainan tidur, kenapa mimpi itu terasa lain dari biasa? terasa sayu dan begitu syahdu sekali, seakan saya begitu menyayanginya. saya akui memang benar saya pernah merasakannya, tapi itu dulu. CUMA DULU!

please, stay away from me!

No comments: