9/07/2010

KAMPUNG RANTAU PANJANG

SELASA
07/09/2010

Alhamdulillah, selamat tiba di kampung pahang dalam pukul 5 petang. balik guna dua kereta sebab banyak barang. HAHHA. petang, dalam pukul 6 ada sembelih kerbau. walid dengan sepupu-sepupu lelaki lain pergi ikut serta dengan beberapa orang penduduk kampung rantau panjang. diorang tak buat kat rumah wan sini, tapi kat dalam hutan dekat area bolok. saya kurang sihat semalam, entah kenapa kepala berdenyut macam nak pecah. so kurang sikit buat kerja, cuma mampu berbaring dan rehat. tapi alhamdulillah malamnya dah pulih. syukur sangat, kalau tak rasa macam nak baring je sepanjang masa. macam dah tak nak buat kerja. HEE. dalam pukul 12 tengah malam, ada beberapa orang penduduk kampung datang nak tolong memotong daging kerbau yang dah disembelih tadinya. amar (sepupu) memasak mee goreng kat dapur. saya tolong buat air kopi dua jag. after mee siap masak, makanlah sikit. lewat betul melantak, jawabnya naiklah berat badan. HAHHA, biarlah. settle bahagian tu, dah mula rasa ngantuk. yang lain semua dah tidur kecuali amar dengan saya, so saya masuk bilik and duduk dalam gelap. dalam pukul 1 lebih, saya lena. kesimpulannya, it's all okey. HEE.

RABU

08/09/2010

hmm, susah nak dapat line kat sini sebenarnya. tapi akhirnya, dapat jugak HHA. untuk hari ni, takde buat apa sangat lagi. tapi apapun, alhamdulillah sangat. saya rasa seronok di sini. suasana dah lain. Ya Allah, hamba sangat menghargai semua ini. banyak yang dah berubah. tiada lagi sepi dalam bicara, tiada lagi ketegangan dalam suasana. thanks to YOU.

2 comments:

MARDHIAH THE MUSLIMAH said...

hoho.bestnyer balek kampong.....sobsob

misfaida said...

yup, memang best. alaa, mardhiah pun best jugak kaaann. mesti ramai saudara mara kat rumah sekarang. selamat hari raya mardhiah! luv you. hee :P