3/14/2014

FOUND THIS

Semalam pergi Daurah dengan adha dan athirah merangkap usrahmate saya.



Tajuk Daurah : "Bagaimana Interaksi Dengan Al-Quran"
By : Lecturer Mechanical Engineering (tak ingat nama)


Pengisian daurah banyak, tapi kali ni nak kongsi tentang satu lirik lagu yang kami baru dengar malam tadi. After ustaz selesai penyampaian, seorang brother dijemput ke hadapan untuk buat persembahan solo. Siapa tak kenal brother tu, selalu jadi MC untuk program QYC and Head Bureau untuk Tafseer Series yang saya pernah join dulu. Di hadapan audience, dia kemudian memperkenalkan sebuah lagu, tajuknya Ya Ilahi. Lagu ni asalnya dinyanyikan oleh orang-orang di gereja untuk tuhan mereka, dengan lirik yang berlainan, tapi musicnya sama. Kemudian penyanyi Ya Ilahi ni nyanyikan semula dengan music yang sama tapi lirik yang berlainan. Eh terkeliru jap dengan ayat sendiri hihi. Lebih kuranglah tu maksud dia kan. Hhe.


Jadi brother ni pun nyanyi. Asalnya tak menikmati sangat pun lagu yang dia nyanyi tu sebab semuanya dalam bahasa arab, melainkan kat part Ya Ilahi Ya Ilahi tu, terasa agak masuk ke dalam hati bila ramai ramai pakat menyahut menyanyi bersama. Selesai dia menyanyikan lagu, kemudian dia membacakan maksud lagu tersebut. Masa dia baca maksud tu, terasa hati macam tersentuh. Terasa macam lagu tu sangat menyentuh perasaan. Maksud maksudnya buat hati terasa sayu dan damba keampunan dari Allah. Pagi tadi salah seorang sahabat yang ikut pergi ke daurah ada berkongsi maksud lagu ni. Boleh baca di bawah. Semoga hati-hatimu tersentuh juga insyaAllah.



Song : Ya Ilahi
By : Muhammad Al-Husaya


In one of the nights,
I don't know what happened to me,
Darkness covered me O my Rabb,
The earth has been narrowed,
And (also) the sky,
And my heart haven't know the light,
And tears stayed, crying O my Allah.


Ya Ilahi 3x


I committed a big sin,
And i am inside my sadness a captive,
Chained by the sin O my Rabb,
Does the sinner deserve forgiveness, O my Ilaah.


I admit my sins, O my Allah,
You are The One who created, mercied, and blessed me,
All the time You were with me, O my Rabb,
However i went far away from You and forgot Your rights,
And waked on my way, O my Ilaah.


And today O my Rabb,
I come back from a darkness beyond the boundaries,
The heart is broken and my sight is confused,
And i am sinking and see no one but You to rescue me,
No help except You,
O my Ilaah, O my Ilaah.


I was really touched. Seriously. Especially when i read the last part of the song. It seems connected to what i am facing right now. Yes, the heart is broken and my sight is confused. And i see no one but Him to rescue me. No help except Him :'|

3/10/2014

LALUI DENGAN BAIK

Ya, semoga awak boleh lalui semester ni dengan kuat, dan dapat buat yang terbaik dalam tournament yang akan datang ni. I'm glad for you are someone who has initiative to motivate yourself. I know you are going through this semester quite hard, with quite a big responsibilities held. But i'm confident you can do it. I'll always support you from here.


Bila rasa semuanya nampak sulit dan payah, bacalah Surah Asy-Syarh. Surah tu bagi saya macam surat cinta dari Allah yang memujuk hati kita yang sedang lemah. InsyaAllah.


Moga awak terus kuat and boleh menjadi seorang yang lebih baik walaupun bukan yang terbaik :)


Dalam setiap satu kesulitan pasti ada banyak lagi kemudahan. Allah sendiri yang cakap begitu dalam kitabNya. Have faith dear. May Allah ease your path.

3/08/2014

MEREKA SAUDARA KITA JUGA

Berita kehilangan pesawat MH370 agak gempar sekarang. Sedih dan tumpang simpati pada keluarga penumpang yang masih belum pasti bagaimana keadaan mereka.


Agak sedih bila ramai yang buat spekulasi yang bukan-bukan, sedangkan keluarga penumpang-penumpang tersebut masih belum putus harap meminta keluarga mereka selamat dalam lindungan Allah. Semuanya takde kepastian lagi, jadi daripada kita cakap itu ini melemahkan semangat mereka, better kita bantu mereka dengan doa bersama. Kalau kita di tempat mereka pun, pasti takkan putus harap sebelum dapat kepastian apa-apa kan. Mari doa semoga semuanya selamat dan keluarga penumpang pesawat MH370 kuat hadapi kemungkinan apa pun. Doa kita saudara seislam ni penting dalam keadaan macam ni


Mereka saudara kita juga. Bantulah dengan doa, semuanya dalam pengetahuan Dia. Wallahua'lam.

3/07/2014

RUMORS

Lately, few of my friends asked me if it is true that i am engaged already and bakal berkahwin dalam masa terdekat. I'm quite shocked asalnya, mana tak terkejut bila dengar cerita dari orang kata diri sendiri dah bertunang. Kelakar pulak rasanya. Calon pun takde lagi, entah macamana rumors macam tu boleh jadi. Asalnya saya tak ambil kisah sangat bila seorang je yang bertanya, jawab jelah mana ada. Tapi bila ramai pulak yang bertanya rasa nak tau jugak diorang ni dengar khabar angin ni dari siapa. Tapi bila tanya diorang taknak kasitau siapa. Saya bukan nak marah pun hehe, cuma teringin nak tau macamana dia dapat idea saya dah bertunang sedangkan saya sendiri belum ada apa-apa berkait ke arah tu. Rasa kelakar pulak haha.


Tak mustahil jugak ada orang nampak saya dengan abang saya tengah berdua jadi mereka fikir saya ni dah ke arah itu. Maklumlah, abang pun uia. Kadang-kadang bila jumpa kat kaed atau engin tu, borak bukan main mesra, dah abang sendiri, borak macam biasalah haha. Possible jugak orang salah faham dari situ.



Tapi bila orang kata saya dah nak kawin tu, saya aminkan je dalam hati. Mana tau kata-kata diorang jadi doa dan jodoh saya dah dekat insyaAllah :)



Cuma pada kawan-kawan yang dengar rumors tu, saya cuma nak nyatakan yang rumors tu tak betul pun. Masakan boleh bertunang jika calon pun belum ada. Sampai adik pun terkejut dengar. Boleh pulak sampai macam tu. Haha.



Well, things happen for a reason. Takde yang kebetulan dalam hidup ni. Sekecil mana pun sesuatu peristiwa dalam hidup, Allah jadikannya berlaku dengan membawa sebabnya yang tersendiri. Peristiwa itu mungkin pahit, tapi penhujungnya insyaAllah manis. Semoga keyakinan kita pada qada' dan qadar Allah melebihi keegoan kita untuk melihat sesuatu kejadian dengan sangka baik pada Allah. Jangan ego nak melihat ujian itu sebagai mujahadah. Hidup ini satu mujahadah, jika kita tabah dengan kepahitan di sini, kemanisan yang lebih lagi menanti di sana. Tapi saya pun tahu, bukan mudah. It takes courage, so try to have belief that whatever happen, He will bring us through it, fikir macam tu pun dah boleh topup kekuatan. InsyaAllah, you can go through it well. Have trust in Him dear :)

3/05/2014

I DON'T WANT TO BE A LOSER

Dari Abu Hurairah R.A katanya, Rasulullah SAW bersabda :

"Kecewa dan merugi orang yang bila namaku disebut dia tidak mengucapkan shalawat atasku, kecewa dan merugi orang yang berkesempatan hidup di bulan ramadhan tetapi tidak terampun dosa-dosanya, kecewa dan merugi orang yang berkesempatan hidup bersama orang tuanya tetapi dia tidak bisa sampai masuk surga."

(Hadis Riwayat Imam Ahmad)


I don't want to be a loser. Yang lupa bagaimana Rasulullah dan para sahabat berjuang untuk islam sampai kepada kita. Yang lalai hingga berlalu bulan yang mulia dengan penuh sia. Yang tidak berkesempatan berbuat baik kepada ibu bapa walaupun sempat bersama mereka. I don't want to be that loser.


Dalam Surah Al-Kahfi ayat 103-106 ada tertulis :

Katakanlah: "Apakah akan Kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling merugi perbuatanya?"


Iaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka berbuat sebaik-baiknya.

Mereka itu orang-orang yang kufur terhadap ayat-ayat Tuhan mereka dan kufur terhadap perjumpaan dengan Dia ( tidak beriman kepada pembangkitan di hari kiamat, hisab dan pembalasan ), maka hapuslah amalan-amalan mereka, dan kami tidak mengadakan suatu penilaian bagi amalan mereka pada hari kiamat.

Demikianlah balasan mereka itu neraka Jahannam, disebabkan kekafiran mereka dan disebabkan mereka menjadikan ayat-ayatKu dan rasul-rasulKu sebagai olok-olok.



I don't want to be that loser. Merasakan diri telah buat yang terbaik sedangkan itu semua sia-sia. Merasakan telah berbakti pada agama tapi sebenarnya cuma mendamba pujian manusia. Terpedaya dengan diri sendiri yang entah hala tujunya ke mana. I don't want to be that kind of loser. *crying


Oh Allah, Yang Mengemudi bahtera langit dan bumi, Yang Mengasai perbendaharaan langit dan bumi, jauhkanlah kami dari kegelapan ragu. Muliakanlah kami dengan cahaya kefahaman, bukakanlah kepada kami makrifat ilmu, terangkanlah hati-hati kami sebagaimana Engkau menerangi bulan dan matahari, dan bukakanlah bagi kami pintu-pintu kebaikan. Amin.


Oh Allah, please, don't let us go. Don't let us be a loser. Allahumma Amin.

3/04/2014

YEAY VOUCHER BUKU

Alhamdulillah, akhirnya waktu yang dinanti dah tiba. Jeng jeng jeng, minggu ni kami semua dapat voucher bukuuu yeaaayy. Haha. Nampak tak terlebih excited kat situ. Mestilah, siapa tak excited. Dari awal sem lagi dengar aiman duk sebut cakap nak beli buku latihan, nak buat latihan sambil study, kesian adik bongsu saya sorang ni. I promised him i would buy him new exercise books for all his subject using my voucher. Kira macam belanjalah. And my sister yang nak spm tahun ni, she needs more books as well. I want to show how we support her so she would feel motivated hopefully hehe. Teringat voucher, terbayang wajah adik-adik saya ni. Rindu pulak rasa. Takpe, khamis ni kita jumpa insya-Allah ye :)


Esok turn kami ambil voucher. Budak 4th year. Kesian, dah 4th year pun kena ambil last sekali haha. Takpe, doesn't matter. Not a big matter after all. Cuma rasa kelakar bila ramai kawan-kawan yang cakap "sepatutnya kita yang lebih tua nilah yang kena didahulukan". Haha, normallah tu. Diorang pun bukannya marah ke apa, cakap sambil melawak je haha.


I have class after this at 11.30am. Relax je kan update blog kat makmal haha. Takde keje. Padahal boleh je study kee buat apa apa yang lebih berfaedah. Maklumlah, dapat semangat balik nak update blog since yesterday haha.


Sedikit tambahan kat sini, saya seronok bila someone senyum kat saya. You know, those smile inspire me, really. So thanks to those yang sudi senyum pada saya, sahabat-sahabat, tak lupa juga mak ayah yang sentiasa mendoakan, abang dan adik-adik, terima kasih banyak banyak. Sayang semua fillah. Okey, got to go. Thanks for reading, pada yang sudi baca. Assalamu'alaikum dan terima kasih sekali lagi :)


Dari insan yang masih banyak kekurangan, maryam.

LONG UPDATE

Few months have gone since i last update my post here. It's been quite a long time. I miss the time when i have so many ideas hovering across my mind and i expressed them by writing them out, here. Really, it's been quite long since then. Hmm, i don't know how to say this clearly, but so many things happen within these few months, so many, and they are not small matters for me to forget throughout the future. Maybe i can share some but not all. It involves private matters somehow.

SAHABAT Akhir semester lepas, one of my best friend berhijrah keluar dari uia ke pusat pengajian lain. Terkejut masa mula-mula diberitahu, menangis sebab rasa bersalah tak mampu bersama dia masa dia dalam dilema buat keputusan yang besar dalam hidup dia. Dia antara insan-insan awal yang bertukar senyuman dengan saya masa di cfs. Bertegur sapa semasa sedang cek group berapa dan venue kelas untuk first class. Tak menyangka kami rupanya sama kelas, dan kami malah berkongsi nama yang sama. Cerita ni pun dah rasa sebak. Mulai dari detik tu, kami mula rapat. We faced so many things together. Bila saya menangis, dia yang duduk di depan saya dan dengar luahan hati saya, i can't forget those moment. Berkongsi cerita hati dan perasaan, impian dan cita-cita, malah berkongsi angan-angan bila kaki dah menjejak ke main campus gombak. Di uia gombak, kami tak berkesempatan nak spend masa sama-sama macam masa di cfs dulu memandangkan dia masuk satu sem selepas saya. But we still date and have some sweet chat together. That's why, when she told me she's not gonna stay any longer in uia because of some problem, i cried. I feel sorry, and guilty, and bad. She must have gone through a lot by herself, and i know nothing. That day, i cried a lot. I feel totally bad. Memikirkan detik-detik berat tu dia sendirian, it's hard. I can't forgive myself for that seriously :'(

UJIAN HIDUP Things do happen in life. I agree on that. Dalam kisah hidup saya juga, penghujung tahun 2013 mencoretkan satu detik yang takkan saya lupa sampai bila-bila. Detik saya berhadapan dengan situasi yang sangat berat, maaf saya tak mampu cerita. Situasi yang saya tak pernah terfikir akan berlaku dalam sejarah hidup saya. Ada yang berkata begitu dan begini. Ada yang beri sokongan dan ada yang malah menjatuhkan semangat saya. Kebetulan berita itu saya tahu masa saya sedang exam final. Two papers with only a day gap. Mom and dad keep supporting me, i know they were sad as well. I know everybody was sad, but they show strong a face to make me feel stronger. I have to accept that fact, despite how painful it was. Yes, it was painful. So painful to the extend that if i talk about it even now, i might cry. That's why i can't talk about what actually happen. I can't bear people asking this and that and look at me pitifully. I can't. I must show the calm me and act like nothing happened. Tapi cerita jugak kat sini, sebab rasa nak luahkan jugak. Whoever read this post, please, don't ask about this whenever you meet me. Please. I'm sorry to request this. The moment that thing happened, i was speechless. It's like, i'm in a dark space alone and everybody dissappear for a moment. I tried to hide my tears when everyone was trying to persuade me. I smiled and act cool. But mom and dad can see through me, they noticed my reaction. Saya jadi agak diam, sebab kalau saya bercakap, mereka akan lebih nampak, yang saya sedang sebak. Jadi saya lebih banyak diam. Memikirkan Ya Allah, kuatkan aku. Ya Allah, kuatkan aku. Dalam hati cuma mampu doa begitu. Takut diri ni tak kuat dan semakin jauh dari Dia. It takes me about a week to heal myself, to motivate myself and find courage to face the future. Dan disebabkan gangguan perasaan yang agak mendalam itu, dua paper exam pada dua hari berturut itu saya tak dapat buat. I can't even study, how can i answer them. But don't worry, i passed both of them alhamdulillah. I expect i failed those subject. Masa mula-mula nak cari semangat, nak bangun dari kesedihan tu, awalnya saya sangat sangat buntu. Hilang arah. Tak tahu apa perlu saya buat untuk hadapi semua tu dengan tabah dan yakin. Sampailah satu masa bila saya baca surah Al-Fath ayat 4, seriously that verse helped me a lot. Allah gave me the courage i'm looking for, He helped me. I know He heard me. Then sikit demi sedikit saya bangun semula, kuatkan diri untuk terima semuanya dengan redha. Tanpa tanya mengapa semua ini terjadi pada saya, tapi menerima dengan hati yang suka dan yakin pasti ada hikmahnya. And you know what, i lost one thing, instead He gives me a lot more things i never thought i would ever have before. I start to appreciate each word Allahuakbar in each prayer. He is The Almighty One, Yang Maha Besar, jadi apalah sangat masalah hambaNya ni di sisi Dia. I gain more spirit bila saya fikir Dia Maha Besar dan bila-bila je Dia boleh tunjukkan kita jalan keluar. Just ask help from Him. Ask what you want, He'll hear you for sure. Dalam case saya, berkat doa semua, umi walid, adik-beradik, dan saudara-mara, alhamdulillah i'm better today. Hikmah di sebalik ujian ini sangat banyak, salah satunya, i learned how much people around me loves me. And i love them too, banyak banyak hihi. Tanpa mereka, mungkin saya takkan boleh senyum dengan gembira lagi macam hari ni. Tanpa doa mereka, mungkin saya masih dalam keadaan dulu. Allah saja yang boleh balas jasa mereka :)

UMRAH Umi walid, aiman dan aina (adik bongsu dua orang), dengan nenek pergi mengerjakan umrah dan alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Berkat doa mereka di sana juga saya kembali okey hari ni. Mereka pergi umrah lepas saya dapat berita sedih tu, jadi sempatlah mereka berdoa di sana. Walid sampai je sana terus buat solat hajat untuk saya, sebak bila dengar. Kasih ayah, ibu, adik-adik, adalah pendorong buat saya. Terima kasih semua :')

KESIHATAN Yeah bila kita sakit je kita akan nampak betapa orang sekeliling care pasal kita. Betapa hidup kita ni takkan boleh cuma dengan bersendiri. Kita memerlukan sesama kita. Sebab itu adanya ukhuwah dan silaturrahim. Kita saling memerlukan antara satu sama lain untuk hidup yang lebih bahagia. Kan. And of course, appreciate what we have is a must. You won't know when you'll lose that sometime on the future. So take care of what we have and appreciate. Lebih-lebih lagi kesihatan adalah salah satu nikmat yang paling mudah manusia lupa untuk syukuri. Money won't be of any matter anymore when you lose your health. Trust me. It's true.

NEW SEMESTER I'm not taking FYP yet for this semester since i'm extending one semester ahead. Sebab dulu pernah drop dua subject and i'm quite left behind. Haha never mind i'm okay with that. I wish i can increase my cgpa this semester and for the next coming semester insyaAllah. Oh yup one more thing, i love all my lecturers. Hihi.

INTERNSHIP Alhamdulillah dah dapat tempat untuk intern. InsyaAllah di ICMIC SDN BHD Cyberjaya. Excited sangat sampai tulis huruf besar haa. Haha. Parents pun happy sebab saya boleh duduk rumah. Lebih happy saya bila parents happy. Merekalah bunga bunga hati saya, kegembiraan saya. Hihi ayat jiwang pulak keluar.

CUACA Baru-baru ni cuaca panas terik, hujan lama sangat tak turun. Ramai yang beramai-ramai buat solat sunat hajat dan istisqo'. Dan alhamdulillah lebih kurang dua tiga hari lepas hujan start turun. Lebat and membahagiakan hehe. Semua orang happy hujan turun. Tengok kan, bila Allah uji kita, kita semakin dekat dengan Dia. Kita meminta pada Dia setiap hari, kita tak putus berdoa. Dan semoga bila dah dipulangkan nikmat hujan ni kita akan terus lebih dekat dengan Dia, bukan semakin menjauh nauzubillah kan :)

WORKOUT I'm trying a new workout lately. A 20 minutes workout. It's tiring but can burn lots of calories once you do it. Kalau tak sempat jogging saya buat workout, kalau jogging saya tak buatlah haha. Penat jugak workout tu. First time buat dulu habis kejang satu badan. Risau umi, sorry umi hihi. Alhamdulillah sekarang dah tak kejang, mungkin sebab dah biasa buat. Cumanya masih ada mengahnya sebab workout tu straight 20 minit tanpa henti. Pergerakan dahlah semua yang hard hard punya haha. Takpe, untuk kesihatan apa salahnya kan ;)

Banyak lagi sebenarnya nak update. Tapi masa tak mengizinkan. Hari dah lewat malam. I easily got a headache if i sleep later than 12 at night lately. I get used sleeping early at home so sampai uia pun dah tak boleh nak tidur lewat. Kesihatan pun kena jaga kan, tidur awal baik untuk kesihatan. I hope dalam masa terdekat ni boleh update blog lagi insya-Allah. Kalau diberi kesempatan waktu. One more thing, saya harap sangat apa yang saya kongsikan hari ni boleh beri manfaat pada siapapun yang membaca. InsyaAllah.

Sebagai penutup, ingat sahabat-sahabat, bila kita ditimpa ujian, dan ibu ayah pun belas tengok kita, everyone pun rasa kasihan tengok kita, Allah apatah lagi. Dia kan Maha Mengasihani. Dia kasihan pada kita lebih dari sesiapa. Takkanlah Dia turunkan ujian itu tanpa sebab dan hikmah yang tersendiri. Dia ada sebabnya kenapa kita diuji begitu. Dan kalau kita tahulah apa hikmahnya, mungkin kita akan meminta tetap terus diuji begitu. Jangan putus asa dengan rahmat Allah, dan belajar sepanjang diuji. Pasti, ada sesuatu yang Allah nak kita peroleh dari situ. Sesungguhnya yang buruk itu dari saya dan yang baik semuanya dari Allah. Wallahua'lam. Selamat malam semua :)