11/14/2012

BILA NIKMAT SIHAT DITARIK SEBENTAR OLEH ALLAH

Bismillahirrahmnirrahim.

Alhamdulillah, syukur atas nikmat kurniaan ILAHI, yang terlalu banyak yang dapat kita rasa sampai ke hari ini. Saya seru diri saya sendiri dan pembaca-pembaca sekalian, sama-sama kita ucap alhamdulillah selalu atas semua, dan setiap nikmat dari Allah yang tak terhingga ni.


Hampir seminggu pada baru-baru ni, Allah tarik sebentar nikmat kesihatan dari saya. Mungkin sebab saya terlalu leka, terlalu alpa dengan nikmat yang Dia beri, jadi Dia tarik sebentar untuk ingatkan saya, supaya jangan sekali-kali lupa untuk ucapkan syukur pada-Nya. Bermakna Dia beri perhatian pada saya, dan Dia sayangkan saya juga insya-Allah, walaupun saya tahu saya tak layak terima kasih sayang-Nya kerana hinanya saya.


Kita terlalu leka dalam nikmat kesihatan yang kita punya. Nikmat kesihatan, salah satu nikmat yang paling mudah kita lupa untuk bersyukur atasnya. Kita terlalu mudah lupa untuk mensyukurinya, terlalu dan sangat mudah. Sebab kita rasa sihat ni satu kebiasaan, jadi hilang rasa perlu untuk berterima kasih pada Tuan Empunya Penentu yang merupakan Pemilik segala-gala nikmat.


Saya pernah rasa terseksanya bila perut sakit terus-menerus, menyengat tak henti-henti. Saya pernah rasa sakitnya yang amat sangat. Dan bila hilang sakit tu, saya juga dapat rasa nikmatnya bila perut tiada rasa sakit. Nikmat yang saya rasakan waktu tu tak terucap dengan kata semata. Hanya Allah yang Maha Tahu nikmatnya. Tapi 'perut yang tiada rasa sakit' itu, itulah yang kebanyakan kita rasakan satu kebiasaan yang tak perlukan kita untuk berterima kasih pada Allah.


Allahuakbar, jauhnya kita dari Allah jika begitu cara kita berfikir. Nauzubillah.


Saya juga pernah rasa bagaimana peritnya bila diserang sakit pinggang yang saya sendiri pun tak tau dari mana datangnya, ia menyerang secara tiba-tiba. Sakit pinggang yang menyebabkan saya sukar untuk menunaikan solat dengan baik, malah nak tunduk sikit pun memerlukan ketabahan yang sangat tinggi waktu tu. Rukuk, sujud, dan ambil air wudhuk sekalipun, saya lakukan dalam keadaan yang sukar sekali. Hanya Allah yang tahu peritnya belakang saya waktu tu, Dia saja yang Maha Tahu. Masa tu, bila saya lihat orang bergerak freely tanpa rasa sakit, saya terasa besarnya nikmat yang orang tu dapat. Bila saya tengok orang solat dengan pergerakan yang nampak lancar, saya terasa nikmatnya dapat buat semua pergerakan dalam solat dengan sebegitu baik, tanpa rasa sakit. Hampir seminggu saya diserang sakit pinggang tu. Dan akhirnya bila hilang rasa sakit tu, subhanallah nikmatnya tak terucap dengan kata. Nikmat yang saya rasa sebut banyak kali pun orang takkan tahu manisnya sampailah mereka sendiri rasa bagaimana bila sembuh dari kesakitan tersebut.


Ya Allah, cantik sekali aturanMu buat hambaMu yang tak seberapa ini. Memang tak mampu saya nafi ketika berhadapan kesakitan tu, tak mampu tertahan rasanya air mata ini. Tapi disebabkan apa yang saya rasakan tu juga, saya nampak mesej yang cuba Allah sampaikan pada saya. Supaya saya tidak berhenti bersyukur, dalam sihat mahupun sakit. Dalam suka atau duka. Dan bila terbayang Allah caturkan semua ini kerana inginkan hambaNya yang hina ini lebih dekat di sisiNya, air mata mengalir laju.


Ya Allah, ampunilah dosaku, ampunilah dosa kami semua, wahai Yang Maha Pengampun. *Sebak


Betul kan, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kalau Allah tak kirimkan kesakitan tu, mungkin saya masih leka, masih terus hanyut dalam bisik-bisik syaitan yang tiada henti, masih terus terlupa untuk panjatkan syukur atas setiap dan semua yang saya miliki. Bibir yang mampu mengukir senyuman, tangan yang mampu menulis dengan baik, mata yang mampu berkelip, hidung yang mampu menghidu, tekak yang mampu menelan, dan banyak lagi nikmat-nikmat lain yang sering kita terlepas pandang. 


Yakinlah, apa yang dah berlaku itu kalau tak selari dengan kehendak kita, bermakna perancangan kita ada kurangnya, dan perancangan Allah lebih baik. Mestilah, perancangan Allah kan sentiasa yang terbaik :)

4 comments:

.huda. said...

tak bgitaw ponnn, awak ade sakit:(
awak okay keeeee? huuuu

CIK M said...
This comment has been removed by the author.
CIK M said...

Sori huda, alhamdulillah kte sihat. Ok je. Actually post ni kte nak post bulan sebelum ni, tapi tersilap save as draft. Jangan risau k, and tenkiu jugak for your concern. Of course it means a lot to me too :)

Unknown said...

Yang allah aku dapat rasa nikmat yg engkau ambil srbentar dari ku......seperti blogger ini...aku juga sakit sepertinya....syukur kehadratmu ya allah kerana sakit itu memberi erti nikmat sihat srbenarnya....