11/14/2012

BILA NIKMAT SIHAT DITARIK SEBENTAR OLEH ALLAH

Bismillahirrahmnirrahim.

Alhamdulillah, syukur atas nikmat kurniaan ILAHI, yang terlalu banyak yang dapat kita rasa sampai ke hari ini. Saya seru diri saya sendiri dan pembaca-pembaca sekalian, sama-sama kita ucap alhamdulillah selalu atas semua, dan setiap nikmat dari Allah yang tak terhingga ni.


Hampir seminggu pada baru-baru ni, Allah tarik sebentar nikmat kesihatan dari saya. Mungkin sebab saya terlalu leka, terlalu alpa dengan nikmat yang Dia beri, jadi Dia tarik sebentar untuk ingatkan saya, supaya jangan sekali-kali lupa untuk ucapkan syukur pada-Nya. Bermakna Dia beri perhatian pada saya, dan Dia sayangkan saya juga insya-Allah, walaupun saya tahu saya tak layak terima kasih sayang-Nya kerana hinanya saya.


Kita terlalu leka dalam nikmat kesihatan yang kita punya. Nikmat kesihatan, salah satu nikmat yang paling mudah kita lupa untuk bersyukur atasnya. Kita terlalu mudah lupa untuk mensyukurinya, terlalu dan sangat mudah. Sebab kita rasa sihat ni satu kebiasaan, jadi hilang rasa perlu untuk berterima kasih pada Tuan Empunya Penentu yang merupakan Pemilik segala-gala nikmat.


Saya pernah rasa terseksanya bila perut sakit terus-menerus, menyengat tak henti-henti. Saya pernah rasa sakitnya yang amat sangat. Dan bila hilang sakit tu, saya juga dapat rasa nikmatnya bila perut tiada rasa sakit. Nikmat yang saya rasakan waktu tu tak terucap dengan kata semata. Hanya Allah yang Maha Tahu nikmatnya. Tapi 'perut yang tiada rasa sakit' itu, itulah yang kebanyakan kita rasakan satu kebiasaan yang tak perlukan kita untuk berterima kasih pada Allah.


Allahuakbar, jauhnya kita dari Allah jika begitu cara kita berfikir. Nauzubillah.


Saya juga pernah rasa bagaimana peritnya bila diserang sakit pinggang yang saya sendiri pun tak tau dari mana datangnya, ia menyerang secara tiba-tiba. Sakit pinggang yang menyebabkan saya sukar untuk menunaikan solat dengan baik, malah nak tunduk sikit pun memerlukan ketabahan yang sangat tinggi waktu tu. Rukuk, sujud, dan ambil air wudhuk sekalipun, saya lakukan dalam keadaan yang sukar sekali. Hanya Allah yang tahu peritnya belakang saya waktu tu, Dia saja yang Maha Tahu. Masa tu, bila saya lihat orang bergerak freely tanpa rasa sakit, saya terasa besarnya nikmat yang orang tu dapat. Bila saya tengok orang solat dengan pergerakan yang nampak lancar, saya terasa nikmatnya dapat buat semua pergerakan dalam solat dengan sebegitu baik, tanpa rasa sakit. Hampir seminggu saya diserang sakit pinggang tu. Dan akhirnya bila hilang rasa sakit tu, subhanallah nikmatnya tak terucap dengan kata. Nikmat yang saya rasa sebut banyak kali pun orang takkan tahu manisnya sampailah mereka sendiri rasa bagaimana bila sembuh dari kesakitan tersebut.


Ya Allah, cantik sekali aturanMu buat hambaMu yang tak seberapa ini. Memang tak mampu saya nafi ketika berhadapan kesakitan tu, tak mampu tertahan rasanya air mata ini. Tapi disebabkan apa yang saya rasakan tu juga, saya nampak mesej yang cuba Allah sampaikan pada saya. Supaya saya tidak berhenti bersyukur, dalam sihat mahupun sakit. Dalam suka atau duka. Dan bila terbayang Allah caturkan semua ini kerana inginkan hambaNya yang hina ini lebih dekat di sisiNya, air mata mengalir laju.


Ya Allah, ampunilah dosaku, ampunilah dosa kami semua, wahai Yang Maha Pengampun. *Sebak


Betul kan, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kalau Allah tak kirimkan kesakitan tu, mungkin saya masih leka, masih terus hanyut dalam bisik-bisik syaitan yang tiada henti, masih terus terlupa untuk panjatkan syukur atas setiap dan semua yang saya miliki. Bibir yang mampu mengukir senyuman, tangan yang mampu menulis dengan baik, mata yang mampu berkelip, hidung yang mampu menghidu, tekak yang mampu menelan, dan banyak lagi nikmat-nikmat lain yang sering kita terlepas pandang. 


Yakinlah, apa yang dah berlaku itu kalau tak selari dengan kehendak kita, bermakna perancangan kita ada kurangnya, dan perancangan Allah lebih baik. Mestilah, perancangan Allah kan sentiasa yang terbaik :)

11/11/2012

ALLAH BRINGS YOU PEACE. TRUST ME.

Bila kita ditimpa musibah, dan kita yakin Allah buat semua ni sebab DIA masih beri perhatian kat kita. DIA masih belum tinggalkan kita, DIA masih nak kita sedar yang DIA masih sayangkan kita. Dia masih tegur kita bila kita buat silap. Apalah sangat perhatian dari manusia nak dibandingkan dengan perhatian dari Allah. Bila yakin dengan semua ni, hati akan rasa tenang.


Bila kita jatuh sakit, dan kita yakin, Allah takkan beri kita ujian ni melainkan untuk hapuskan dosa atau tingkatkan darjat kita di sisiNya, hati kita akan jadi lebih tenang.


Yakinlah, Allah sentiasa ada. Dalam setiap nafas mahupun pergerakan, Allah itu semestinya ada. DIA Maha melihat apa yang kita perlakukan, dan Dia Maha tahu sejauh mana keikhlasan hati kita melaksanakannya.


Akhir kata, selalulah bersangka baik dengan Allah. Ingat, sifat Allah yang Maha Baik mengatasi kemurkaanNya.


MOGA DAPAT KITA RENUNGKAN BERSAMA.

11/09/2012

THE PAIN YOU SHARE

When you love someone, when they face some big difficulties, which you can do nothing to help, it's painful. Really.


You love them so much that you can't stand seeing them cry. Their tears can make you feel this kind of hardness deep in your heart which you can't bear, making you tears flow. It's hard.


You can't stand doing nothing when you actually can't. You feel some great pain because of that. And you end up crying for not being able to do anything.


You intent to help as much as you can, but at last, you can just let them cry on your shoulder. Something which you can't help much, your heart get hurt again. It hurts even more when you stand really close by their side and can only see them in pain, while you have to accept the truth that you can't do much for them.


Compared to yours, their pain of course is greater, yes you know that. You understand that. But what to do, you can't deny the fact you're also in pain. Not to say that they are the reason you're feeling so, of course not. But to say that you love them so much that you can't bear to see them hurt.


Pray. Give them some courage. Smile.
They'll get some strength insya-Allah.


Oh Allah, kuatkanlah sahabatku.. T.T

11/04/2012

AFTER A LONG TIME

The talks we had as we looked at each other, the stories that only we knew, i guess i can't erase them. I can't throw them away, i can't forget them.


For the first time in a while, i look around these streets. Whenever I pass this street, the good memories, they keep floating up in my head. So i stop my footsteps.


After a long time, i am here right now. Because i long for that time.


Though i tried to live without knowing, i keep thinking about it. That's how i am. It keeps coming into my eyes. The times we spent together, the memories, they fall like stars.


I try to pretend that i'm not, but i keep thinking of you. How about you?


If i wait here, will i be able to see you? Then will i be able to tell you how i feel right now?


I miss you. I'm missing you. Because you're not here, because there are so many empty things.


Today again, i long for that spot. And my footsteps won't move, and i call out to you.


*Tears fall.
(Oh Allah, help me. Keep my heart preserved.)

KITA BELAJAR MEMAAFKAN JOM :)

Saya terjumpa satu quote, dan saya berkenan dengan maksudnya. Teringin nak kongsi dengan kawan-kawan :)




Do everything with a mind that lets go. Don't accept praise or gain or anything else. If you let go a little you will have a little peace. If you let go a lot you will have a lot of peace. If you let go completely you will have complete peace.




Betul, bila kita lepaskan, kita akan rasa tenang. Walaupun saya tahu, bukan senang bagi sesetengah orang. Lebih-lebih lagi bila apa yang orang tu lakukan betul-betul menyakitkan kita. Saya faham.






Tapi apa salahnya jika kita cuba. Kalau rasa susah jugak, cuba lafazkan. Contohnya, 'saya maafkan si fulan'. Mana tahu, lepas lafazkan rasa lebih lega. Lebih seronok nak maafkan orang. Manalah tahu kan. Boleh jadik begitu.




Saya tak suruh orang untuk jadi seorang yang pemaaf. Saya cuma mengajak. Mengajak pun untuk mencuba dulu. Mana tahu, percubaan menjadi. Tak salah mencuba kan. Oh ye, dan saya ajak ni bukan pembaca je, diri saya sendiri jugak. Sebab saya tahu, diri saya pun masih banyak kurangnya. Masih perlukan tarbiyah dari sekeliling.




Satu lagi saya nak kongsi. Saya pernah pergi satu ta'lim ni. Main topic, kasih sejarak dua jari. Tentulah berkenaan ukhuwah kan. Ustaz tu ada cakap something.




Tarbiyah yang sebenar adalah kehidupan.




And, i think that's it :)