11/28/2010

MISPLACED

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

dah banyak kali saya alami kejadian hilang barang ni. sekejap PSP, hp, borang itu ini, sijil penting, and macam-macamlah. dan dah banyak kali juga saya cuba cara ni. setiap kali bila ada barang saya hilang atau tak tahu letak mana (misplaced), saya akan cuba baca surah waddhuha. memang saya tak silap, saya akan jumpa balik barang yang saya cari tu kemudiannya. bukanlah semestinya sesaat lepas tu terus jumpa. takdelah sampai macam tu. tapi yang pasti saya akan jumpa balik. itu yang saya betul-betul pasti. biasanya mula-mula saya akan cari dulu, kemudian bila macam dah nak fade-up mencari rehat sekejap. bila teringat pasal surah waddhuha, saya akan baca sambil yakin dengan bantuan Allah. semuanya milik Allah. bila-bila masa je Allah nak tarik balik, Allah akan tarik. dan bila-bila masa juga kalau Allah nak beri balik, Allah akan beri. jika Allah katakan jadilah, maka jadilah. dan alhamdulillah, di akhirnya saya akan jumpa juga barang yang saya cari tu.


YAKIN DENGAN BANTUAN ALLAH
sesungguhnya Allah rindu untuk mendengar rintihan kita. dekatilah DIA. tiada yang sia-sia dengan berada di sampingNya. kasih sayangNya kekal sampai bila-bila.

saya cuma berkongsi pengalaman. kalau awak nak cuba, cubalah. kalau tak nak pun, it's okay. kalau boleh bagi yang nak mencuba tu, bacalah surah tu dengan penuh pengharapan pada Allah. insya-Allah sebentar kemudian bantuanNya akan tiba. DIA pemilik segalanya. DIA berhak untuk mengambil mahupun memberi.
wallahua'lam :)

the meaning behind the apple is that there is only one true. 

KIDS & BABY PHOTO CONTEST

thanks wani, for the tag. sorry sangat, tak perasan meseg wani kat shoutbox. hihi, belum terlewat lagi kan.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1. anda mesti menjadi follower blog kedua saya. http://sweetlikekisses.blogspot.com.Selepas ini pemenang akan di umum di blog baru:)..

2. anda mesti tag kepada 8 orang maksimum.tidak boleh kurang.dan bila anda telah tag anda mesti inform pada kawan anda yang mereka telah ditag.:)

3. letakkan banner contest di sidebar anda.

4. anda mesti sertakan satu gambar.tidak kisah gambar anda zaman baby,zaman anda budak budak,gambar adik anda,gambar anak anda,gambar anak saudara anda..

5. hantar link entry anda didalam kotak komen entry contest ini.

6.mesti mulakan title entry dengan nama contest.

7. wajib diberitahu didalam entry tentang contest ini dan hadiah yang bakal diberi kepada pemenang.

tarikh tutup sehingga  15 DISEMBER 2010 .tetapi terpulang pada saya jika hendak menamatkan tarikh lebih awal:)..so be alert!:)
hadiah yang bakal dimenangi ialah earring dari lazo diamond jewellery.white gold.


banner contest
*letak di sidebar dan di dalam entry

-----------------------------------------

MY ENTRY


this is my cousin. dia sekarang berada di arab saudi. namanya aini. salam sayang buat mereka sekeluarga di sana, semoga sentiasa dalam redhaNya :)

LOVE YOU ALL 

-----------------------------------------

ORANG YANG SAYA TAG :

asma'
syakirah
mardhiah
fakhrur razi
wan
syafiqah
hanan
sofea

11/27/2010

LEPAS DAN KEMUDIAN

9 TAHUN LEPAS
saya mula pasang azam, 'satu hari nanti.. saya nak jadi pelajar uia'.

9 TAHUN KEMUDIAN
alhamdulillah, azam dah menjadi kenyataan. sekarang sedang menanti untuk masuk ke uia gombak, sebagai pelajar CIE insya-Allah.

tak sangka, sesuatu yang saya pernah kata 'saya tak minat' suatu ketika dulu.. kini jadi pilihan saya pula. itulah percaturan hidup. kita cuma mampu merancang, yang menentukan adalah DIA. DIAlah sebaik-baik perancang. jika itu perancanganNya, bermakna itulah yang terbaik untuk kita. insya-Allah, jika kita pandai memanfaatkannya. benarlah kata orang, terkadang apa yang tidak kita suka boleh jadi baik buat kita, manakala yang kita suka pula boleh jadi tidak baik buat kita. semoga pilihan ini adalah yang terbaik buat saya. jika tidak sekalipun, DIA tahu perjalanan bagaimana yang terbaik buat saya.

akhir sekali, terima kasih buat semua yang dah banyak membantu terutama umi dan walid. doakan saya boleh teruskan dengan baik. doakan saya boleh berjaya dalam redhaNya insya-Allah, dalam apa jua bidang yang bakal saya ceburi.

may Allah bless :)

11/20/2010

WE WENT TROUGH THE DAYS

ini gambar-gambar raya haji kami. tak banyak, tapi cukup bermakna. hehe :D

BANGI






KAMPUNG




serius, raya haji kali ni rasa lebih bermakna. silaturrahim sesama sanak-saudara pun terasa kian erat. terima kasih Ya Allah. i really appreciate them :)

sekali lagi saya ucapkan..
SELAMAT HARI RAYA HAJI.
MAY ALLAH BLESS.

WASIATNYA

Khutbah terakhir Rasulullah s.a.w.
Disampaikan pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijriyah di lembah Uranah, Gunung Arafah

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.

Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar. Maka berjaga- jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkaraperkara kecil.

Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemahlembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersunggah-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh. Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selamalamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku. Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain.

Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hambaMu.

11/17/2010

SACRIFICE

before i start, nak buat announcement dulu sikit. kepada kawan-kawan yang ada menghubungi atau mesej saya sejak semalam, minta maaf banyak-banyak atas ketiadaan tindak balas dari saya. handphone saya masuk air, rosak. sekarang masih belum tahu masa depannya macam mana. huhu.

okay, here we go. tahniah saya ucapkan pada mereka yang berjaya berpuasa pada dua hari lepas, kerana puasa pada dua hari tersebut sangat besar manfaatnya. pada yang tak dapat berpuasa pada dua hari tersebut, it's okay. insya-Allah jika dipanjangkan umur, ada kesempatan boleh puasa lagi next year. niatkan dalam hati untuk melaksanakannya di kesempatan akan datang pulak. niat pun dah dapat pahala, Masya-Allah pemurahnya DIA.


pagi tadi, adik saya tengah gosok baju rayanya untuk dipakai pergi solat sunat hari raya, tapi entah macam mana baju tu boleh terbakar sampai berlubang. bahagian bawah baju pulak tu. sah, memang dah tak boleh pakai. oh tidak, saya sangat suka baju tu. agak kecewa. tiba-tiba ayah datang dan senyum.
'takpelah maryam, mungkin ini antara pengorbanan yang maryam perlu buat di pagi hari raya korban ni.'
kata-kata walid (ayah) buat saya terdiam. iyelah, macam mana saya boleh tak terfikir, mungkin Allah nak mengajar saya supaya paling kurang pun boleh menerima kehilangan sesuatu dan belajar erti pengorbanan. usai solat sunat hari raya di masjid uniten, walid diberi tanggungjawab untuk menyampaikan khutbah. kedengaran suara walid sayu dan sebak menyampaikannya, jelas menunjukkan walid menghayati apa yang disampaikannya. ya Allah, terima kasih untuk seorang ayah sebaik walid. umi pun, keluar air mata ketika mendengarkannya. ya Allah, terima kasih juga untuk seorang ibu sebaik umi. terima kasih untuk setiap insan yang KAU hadirkan dalam hidupku. dan hari ini, saya belajar untuk menghargai pengorbanan insan-insan sekeliling saya. watak selamba dan tak berperasaan bukan bermakna seseorang itu tak menghargai setiap yang ada di sekitarnya. betul tak? hehe.

buat semua..
SELAMAT HARI RAYA 'AIDILADHA
selagi pengorbanan yang dilakukan adalah demi Allah, insya-Allah takkan sia-sia. jangan kenal erti rugi selagi pengorbanan itu dilakukan demiNya. may HE bless :)

11/11/2010

CARA MUDAH BUAT SUSHI

tak sangka, rupanya nak buat sushi taklah susah mana. mungkin masa mula-mula nak buat je rasa susah sikit. maklumlah, baru belajar. saya nak kongsi cara buat sushi ni. ini pun saya copy dari blog orang. mudah, sekejap, dan menyeronokkan. so enjoy!

NAMA SUSHI : CALIFORNIA ROLL

BAHAN-BAHAN :
1) beras sushi
2) seaweed
3) timun jepun(dihiris panjang)
4) jejari ketam(dibelah dua)
5) lada sulah
6) minyak bijan/kelapa sawit
7) tikar kecil/plastik bersaiz besar(untuk meggulung sushi)


beras sushi ni boleh didapati di pasaraya.



CARA MEMBUAT :

1) masak 2 cawan beras sushi bersama 4 cawan air.
2)setelah beras masak, gaulkan nasi bersama 2-3 sudu minyak bijan/kelapa sawit hingga sebati.
3)ambil nasi tadi dan ratakan ke atas seaweed yang telah diletakkan di atas tikar kecil/plastik.
4)taburkan lada sulah ke atas nasi secukup rasa.
5)letakkan timun jepun dan jejari ketam secara melintang.
6)gulung perlahan-lahan dan pastikan gulungan itu kemas.
7)potong sushi tadi dari bahagian tengah ke tepi mengikut ketebalan yang sesuai/mengikut citarasa masing-masing.
8)sedia dimakan! :D
(lihat rujuk demo di bawah)


lapik menggunakan tikar kecil/plastik sebelum kita letak seaweed. kalu takde tikar kecil khas tu, guna plastik pun dah boleh. kemudian letakkan seaweed di atas plastik tersebut. letakkan nasi pula di atas seaweed. ratakan nasi supaya nipis dan sekata.


okay, nasi dah selesai diratakan.


tabufrkan lada sulah secukup rasa. kalu rasa nak sedap lagi, letaklah lebih sikit.


susun timun jepun dan jejari ketam secara melintang.


gulungkan sushi dengan perlahan-lahan dan kemas supaya sushi kelihatan cantik dan elok.


sushi selesai digulung.


mulakan memotong dari tengah dan teruskan dengan yang lain. ikutlah nak potong berapa banyak, mengikut citarasa masing-masing.



maka terhasillah sushi california roll. dah siap apa lagi, bolehlah makan! HAHA :D


senang kan? insya-Allah senang bila kita dah cuba. jadi jom sama-sama mencuba di rumah! saya pun nak buat jugak, tapi kena cari bahan dulu. shopping!

credit to : http://roseradzi.blogspot.com/ (thanks for the easy way)

CONCLUSION

modem patah, rosak. so tak boleh internet. so tak boleh buka blog. so tak boleh update blog. so tv dan komputer tolong ceriakan hati. haha, lebih kurang macam tulah. hmm, alhamdulillah surat tawaran ke uia gombak dah dapat. COMPUTER DAN INFORMATION ENGINEERING (CIE). bersyukur sangat, apa yang diinginkan dapat. tapi rasanya saya tak patut untuk terlalu gembira sedangkan ada kawan saya yang sedang bersedih. dan tak boleh bergembira sangat jugak, sebab saya pun tak tahu entahkan saya mampu atau tidak untuk berada dalam bidang ni. jujur saya katakan, mood saya sekarang lebih kepada sedih. dahlah dapat mahallah ameenah, lain dari roommate masa di cfs yang dapat mahallah asiah. dulu kami nekad nak roommate lagi, tapi nampaknya hajat kami yang itu tak kesampaian. insya-Allah untuk jadi classmate ada chance :)

apa pun, banyak jugak urusan nak kena buat. sekarang saya bekerja di putrajaya. kerja biasa je. tapi banyak experience boleh dapat. yang penting sekarang, saya rindu nak lihat senyuman rakan-rakan. i miss you all damn much i tell you. seriously! :P

SAD + HAPPY + TEAR + SMILE = SWEETNESS OF LIFE

cheer up my friend. i know its hard, but trust in HIM. sadness HE sent never came alone. they will come along with something meaningful. really meaningful. may HE bless :)