4/24/2010

life perception

pulang ke kampung, pelbagai perkara yang saya observe dan insya-Allah akan saya jadikan iktibar untuk kebaikan di masa akan datang. betullah, hidup seakan tak lengkap tanpa adanya kesulitan. tapi kesulitan tu terkadang amat menyakitkan sampai terkadang terasa sukar untuk kita bertahan dengan dugaan itu. tapi percayalah, takkan ada erti kata rugi bagi mereka yang tabah dan sabar di sisi-Nya insya-Allah. Allah Maha Tahu apa yang terbaik buat kita.

tujuan pulang ke kampung? sepupu kahwin. and her age is just 16 to have a 'rumahtangga' life. sesuatu yang
tak pernah saya expect akan terjadi pada orang terdekat. majlisnya berlangsung semalam. macam biasalah, sanak saudara takkanlah nak tengok je, mestilah buat kerja sekali. hah hah.


hhmm, sebelum ni tak pernah rasanya duduk ramai-ramai masukkan itu ini dalam plastic and what so ever
untuk persediaan majlis besar macam tu. terasa ada ikatan yang makin akrab di situ bila kami berborak sambil ketawa sama-sama. Ya Allah, hikmahnya mungkin lebih besar dari yang kami sangka. terima kasih untuk semua yang terbaik yang Kau berikan. dalam diam, hati saya bagai berbunga-bunga. dulu kami tak terlalu rapat macam ni. dan berkat hari bahagia tu, kami semakin erat. ada tu yang baru tahu saya dah habis sekolah. agak terkilan di situ. hahha, tapi salah saya jugak tak pernah nak beritahu.


waktu akad nikah, saya ikut sekali ke masjid. terasa berdebar bila dengar si lelaki melafazkan akad. darah
macam menyirap laju ke muka. dengan satu lafaz sahaja, sepupu saya dah jadi miliknya. dengan satu lafaz jugak, yang haram bertukar jadi halal. saya tak terbayang betapa berdebarnya sepupu saya, dah jadi isteri orang pun dia. alhamdulillah, dia nampak bahagia dan dah boleh terima semua ni. suaminya pun muka baik je, segak lagi dengan baju melayu putih cream sedondon dengan warna baju pengantin perempuan. sayang betul tak dapat upload gambar. nantilah bila ada masa, hehee. mereka nampak secocok sekali. i pray may Allah give you happiness and happiness and happiness. may Allah bless.


to be there, i'm very grateful. you and you, be a good partner to each other. deep in my heart, i cry happily..
because i love her (my cousin).


p/s: jadilah isteri yang memahami dan menyayangi suamimu sepenuhnya. dan jangan sesekali awak lupakan Dia di saat suka mahupun duka.. kerana kebahagiaan itu milikNya. Dia yang berhak memberi dan mengambil kembali kebahagian itu. moga bahagia.

3 comments:

Asma' said...

semoga dorg bahagia hingga akhir hayat, AMEEN :D

.huda. said...

semoga berbahagia=D
kte dua bila lagi mayam??
hakhak~

CIK M said...

kakde: aminnn insya-Allah. awk bila plk kekde? HAHHA.

huda: aminn. ahahha, ntahlah bila pulak masa kta kan. jntah ntah huda dulu, wahhh bestnya nk tgk huda kawinnnn. hahha, mood excited.

lallalla~