rasa bahagia ke hidup sebagai remaja bila kena kongkong dengan orang yang tak sepatutnya? i mean someone yang bukan muhrim kita. bahagia ke? mungkin sebab saya tak pernah lalui perasaan bercinta macam tu so saya tak dapat nak hayatinya. tapi saya tak terbayang macamana terkongkongnya hidup bila ada lelaki yang takde sikit pun hak untuk control kita mengada-ngada nak awasi kita. pleaselah, i hate that kind of man whoring around women they love while knowing that they still want the title SINGLE. apa ni? tersangkut apa lelaki macam ni. ouhhh, geramnya dengan lelaki macam ni.
saya tak malu nak cakap yang saya tak pernah bercinta dengan sesiapa pun, malah saya bangga lagi. saya tak suka usia remaja saya yang sepatutnya tak terikat dengan sesiapa lelaki bukan muhrim sia-sia. saya nak waktu dengan family tak terkorban semata-mata disebabkan cinta tanpa berkat Allah, nauzubillahiminzalik.
pada perempuan-perempuan, janganlah mudah sangat serahkan hati pada lelaki. lainlah kalau rasa diri macam dah betul-betul perlukan seseorang untuk dijadikan teman hidup, then you can. itu pun still perlu kena dengan caranya. jalan nak ke alam rumahtangga memang kena jaga. sebab dari situlah kita nak cari berkat dari Dia. kalau dah jalannya pun tak betul, macamana nak bina masjid dengan kukuh di tempat yang betul? tak lama nanti runtuhlah masjid tu kalau dah dibina kat tanah yang salah sebab tersilap jalan dari awal. you get what i mean? kalau tak faham takpelah.
cinta tu tersangat indah sebenarnya, jika ia dihulurkan pada insan yang betul dengan cara yang betul. percayalah dengan janji Allah, sesungguhnya Allah tidak akan memungkiri janji. this one pun we all kena ambil perhatian. kalau dah takde kepercayaan pada Dia tentang jodoh dan pertemuan, macamanalah nak bahagia. adoyai, heh heh.
usaha untuk cari seseorang untuk jadi teman hidup boleh, islam tak pernah halang semua tu. tapi ikut kesesuaian masa lah. yang saya hairannya, budak-budak sekolah pun ada yang bercinta cintan melampau-lampau. diorang tak fikir ke yang lelaki tu pun dapat duit dari mak ayah diorang? tak malu apa nak bercinta dengan duit pun masih mengharapkan orang lain? bercinta, putus, nangis-nangis, cari lain, bercinta balik, sentuh sana sini, bagi apa je (asal sayang sudah), maruah tergadai, menyesal. astaghfirullahal'azim, macam ni ke hidup masyarakat kita sekarang. saya malu dengan anak-anak remaja sekarang. malu sangat-sangat melihat perilaku mereka yang sanggup gadai maruah diri kerana cinta. minta jauh anak cucu cicit semua. nauzubillahiminzalik.
saya post ni sebab dah banyak berlaku sekeliling saya hal-hal macam ni. sangat memalukan! so better menangis sekarang dari menangis di hari kemudian sebab menyesal. so, think about it twice. your future depend on your decision today.
p/s: janganlah disebabkan orang lelaki kita sanggup gadaikan masa depan. lelaki yang baik takkan biar wanita yang dia sayangi korbankan masa depan dan agama disebabkan dia. dia akan jaga kita sebaik mungkin dari semua sudut. masa depan, agama, maruah, dan segalanya. pasangan macam tulah yang sebaiknya. may Allah bless.
3 comments:
cinta tu buta. kesian kan :)
btw, kde bru nk post psl ni tp maleh, hehe
mayam,
kte sgt sayang awk!!!!
kte memang satu kepala,
hakhak
kakde: post jelah, msti best klu awk yg post, hee. ni pn kmrym post tyme ngah emo. EMO sgt. hahha.
huda: yup, mne tak sekepala. kta kan rumate. hahha. btw, miss you too huda! HHA
Post a Comment