4/17/2010

please.. get well soon

sejak tiga empat minggu yang lalu, hospital dah jadi macam tempat biasa saya ulang-alik setiap kali balik cuti hujung minggu. actually saya mulanya tak nak sebut tentang hal ni dalam blog sebab saya kurang suka ceritakan benda-benda macam ni. but to endure this just like to let a very big and huge burden to be there right on my mind. and honestly i can't let it be. so bagi saya, post ni just untuk legakan sedikit minda saya. may Allah bless.

nak diringkaskan cerita, sekarang ni aiman ditahan di hospital kajang. puncanya kes jangkitan kuman dalam
darah. disebabkan keadaan aiman yang tak menentu and perlukan perhatian dari orang dewasa, umi terpaksa habiskan banyak masa kat wad jaga aiman. opsss, bagi seorang ibu takde erti terpaksa dalam menjaga anak. malah hati akan rasa lebih bersalah bila tinggalkan anak sendiri tak terjaga oleh sesiapa. saya cuma cakap apa yang umi pernah cakap je. but at the same time my mind can totally accept that, melihatkan bagaimana umi (tak lupa jugak walid) sanggup stay kat hospital tanpa mengira bosan atau jemu just to look after aiman. that's my parents! hee.


kelmarin dan semalam, saya ganti umi jaga aiman dari pagi sampai malam. then umi akan jaga balik
malamnya. alhamdulillah, ada hikmahnya saya takde kelas khamis dan jumaat. boleh balik awal dan ringankan sikit beban umi. lagipun dua hari tu umi dah tak ambil cuti.


bagi saya semalam (jumaat) merupakan hari yang agak menakutkan bila aiman menggigil macam apa. waktu masa tu hampir senja. umi dengan walid tak sampai lagi. yang ada cuma saya, aina, dan aiman. dah lepas masuk ubat ikut punggung pun, aiman still menggigil. ya Allah, masa tu cuma Dia yang tahu betapa risaunya saya. minta jauh sawan dia berulang. saya tak sanggup tengok dia dalam keadaan teruk macam tu. puas saya gosok kaki dia, still menggigil. kesan ubat punggung dia still tak nampak lagi. cepatlah aiman, cepat okey balik. itu saja yang saya harapkan saat tu. serius saya sedih sangat tengok dia macam tu. hati kakak mana tak terkilan tengok adik dalam keadaan begitu. hati saya sebak, rasa macam nak menangis. tapi saya tak boleh layan perasaan sangat dalam detik-detik sebegitu. so saya teruskan je gosok kaki dan tangan dia bersilih ganti. saya yakin tak lama lepas tu dia akan okey. cuma mungkin sebab demam dia terlalu kuat, so menyebabkan ubat punggung tu beri kesan lambat sikit dari biasa.


alhamdulillah, tak lama lepas tu seperti yang saya harapkan aiman berhenti menggigil. and a few minutes later, walid dengan umi pun sampai. mungkin dengan hanya membaca cerita ni rasa biasa je kot. tapi bagi saya yang melalui saat cemas macam tu, terasa lain sangat. melihatkan macamana aiman menggigil semalam lain betul dari biasa. cara dia menggigil nampak menakutkan and tak dapat saya nafikan, rasa nak menangis of course ada. hahha, apalah.


okey, cukup setakat ni. terasa lega sikit. apapun, yang penting aiman sihat semula and kembali macam dulu.
aktif.. ceria.. hahha macam tulah adik kakmaryam. so, get well soon yah. i love you so much aiman. let us make others smile together like before brother.


i love you.

p/s: dan warna hidupku kian bertambah dengan adanya kamu. terima kasih sayang.

3 comments:

.huda. said...

ow ow sianny aiman yg cmel tuhh.
moga2 he'll stay healthy. huu

Asma' said...

kesian aiman :|

CIK M said...

huda: amin insya-Allah. thanks huda! hee.

kakde: tau takpe. kesian sangat. sedih~

huu~