2/28/2010

yana sweet yana


yana di sebelah kiri gambar

selamat menjadi gadis 19 tahun!

yes,akhirnya..emm,yana i wish u happy always dalam redha ILAHI insya-Allah.thanks for being there by our side as a friend.i really really appreciate you my friend.

hee,kte pasti yana dah ucapkan terima kasihkat mama sama papa sebab dah besarkan yana.tapi jangan lupa jugak untuk ucapkan syukur ke hadrat ILAHI kerana masih beri yana peluang untuk merasai kehidupan ni.dah 19 tahun umur yana,19 tahun jugak yana ada di atas muka bumi ni.awal sikit daripada teman-teman sebaya yang lain.semoga mulai hari ini,hidup yana lebih bererti dan bermakna di atas jalan-NYA insya-Allah.sayang kamu yana!HAHHA.

alhamdulillah..wallahua'lam.

p/s:happy birthday kawan!HHA.

2/25/2010

dari AKU kepada SAYA


gambar hiasan
assalamualaikum semua

just nak beritahu..
mulai daripada hari ni,saya nak tukar panggilan 'aku' kepada 'saya'.

itu saja.HHE.

p/s:ada sebab untuk saya menukarnya.HEE.

luv u S.I.N.G.A.P.U.R.A.


ternyata
singapura memang best!best sangat sangat sangat sangat.hahha.
totally best and amazing
tak sangka ye,sebab suka bagi saman negaranya boleh membangun dan maju
bagi saman?aku tak suka kena saman.
ye,tapi serius singapura memang bersih,strategik,unik,erm..oke,sudahlah tu.
ouhhh,seriouslaaa..
i luv being there even for a day.

hahha.

apapun,untuk kisah perjalanan di singapura yang lebih detail..saya jemput awak ke blog adik saya di link yang tercatit di bawah ni.sila sila.


btw,aku takkan lupa kenangan berada di sana.takkan insya-Allah.
termasuklah sesiapa yang ikut serta dalam trip tu,aku takkan lupa.sekalipun tak tau nama,ingat muka pun jadilah.betul tak?HEH HEH.

luv u all beybeh.tenks for being there wimme.HHA.

p/s:wajah yang kelihatan seperti tak ambil kisah kewujudan yang lain tak bermaksud dia benar-benar tak ambil kisah.mungkin sebenarnya dia yang sebenanya paling ambil kisah.HHU.

2/20/2010

bye bye 123A


my room
berakhir sudah sem-2.berakhir jugak gelaran aku dan dua lagi rumate aku sebagai penghuni bilik 123A.sem depan kami akan masuk bilik lain,jadi penghuni bilik lain.takde lagi nombor bilik yang cantik macam sebelum ni..'123A'.huh,agak sedihlah.padahal bilik semua sama je.tapi bagi aku istimewanya bilik ni ialah..kat sinilah tempat pertemuan pertama antara aku,fatim,and huda sebagai rumate.

sila jangan pelik ye kenapa tetiba aku post pasal benda simple macam ni.yep,memang ianya simple.i like simple.but simple or not is not the matter here.the matter is that how meaningful something to us.bukannya nak kata aku tak boleh nak terima hakikat ke apa ke,cuma kat sini aku rasa macam nak coret memori sikit pasal room kesayangan aku ni (ni bukan jiwang eh).okeh,itu sajaaa..

-FHM-
HAHA trademark kami serumate

p/s:we'll be missing you huda.we will!

2/19/2010

his words make me smile in tears


di suatu pagi yang hening bertempat di bilik 123A mahallah zainab al-jahsyi uia petaling jaya,lepas selesai solat subuh,aku ceklah phone.ada satu meseg sekali dengan missed call dari walid.aku pun macam biasa bukalah mesej tu and baca..

Assalamualaikum anakku.mulakan hidup di awal pagi dengan mencari redha ILAHI.tq.

tiba-tiba terasa sebak,mengundang air jernih mengalir di pipi.tapi dalam masa yang sama jugak aku tersenyum tipis.HUU..

aku taklah selalu dapat meseg macam ni dari walid,biasanya aku dapat pun dalam 2-3 kali sebulan.satu lagi meseg yang pernah aku dapat dari walid yang agak menyentuh perasaan aku..

bangunlah untuk membesarkan Allah..

HUU,and the result is..aku menangis dalam syahdu.subhanallah,masya-Allah..nikmat ibu dan ayah yang aku punya sekarang sungguh tak ternilai.nyata,Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

luv you walid,luv you too ummi..
luv both of you so0o much till i dunno how to say..
luv you lillahita'ala..

when it ends..

lalala..okey,3 minggu ni aku nak update blog banyak-banyak.exam sudah habis!sungguh sungguh sungguh seronok HAHHA.excited betol..
ouh,dah lama betul tinggal blog tak ber'update' tak bercuci tak bersabun tak ber..er..HAHA merepek pulak.3 minggu aku cuti final untuk sem ni.so insya-Allah 3 minggu ni jugak aku akan update blog selalu macam dulu.yep,itulah sebahagian dari kerja aku bila exam habis (untuk sem ni,sem depan exam lagi).update blog HAHAHA.okey,dah terlebih gelak..
opss btw,semoga korang kawan-kawan semua dapat result yang cemerlang untuk sem ni dan sem sem yang akan datang.sama-samalah kita berdoa ye.HEH HEH.

salam dari,
MISFAIDA
(i am who i am) lalala..