1/01/2010

nangis tak bererti LEMAH!!

satu kenyataan aku nak buat kat sini

tak sume perempuan yang nangis cengeng
and tak semua perempuan yang nangis jugak lemah
mudah betul orang judge someone
just based on this?!

'tulah perempuan,sikit-sikit nangis..sikit-sikit nangis.mudah betul keluar air mata.cengeng je tahu!'

boleh diterima ke kata-kata ni?
dan patut ke orang tu cakap ceni?

aku tak suka orang judge someone based on appearance
macam kes ni jugaklah
kononlah orang tu nangis means dia lemah?
gitu?

huh,okey macam nilah(bertenang dulu)..
nangis tu satu nikmat jugak sebenarnya
Allah ciptakan air mata sebagai pelepas segala kesedihan kita
tak ada satu pun yang Allah ciptakan atas muka bumi ni sia-sia
mesti yakin dengan prinsip ni

macam nangis jugak
akan sampai satu ketika seseorang tu menangis demi melepaskan pilu di dada
lebih-lebih lagi wanita
sudah fitrah wanita menjadikan tangis sebagai pelepas keredupan jiwa
perlu ke ini dipertikaikan?
yang lemah sekarang bukan yang menangis tapi yang buat konsep membuta tuli tu

sebolehnya terimalah fitrah wanita itu seadanya
jangan dipandang remeh hal ni
hati wanita terlalu dalam untuk dimengerti
telah ALLAH ciptakannya lembut dan halus
namun ketegasan itu tetap wujud di sebaliknya
tak seperti lelaki yang sudah fitrahnya kuat

jagalah bicaramu,ia bagaikan pedang yang membunuh lawanmu
mampu menghiris perasaan siapapun
bahkan temanmu sendiri
so renung-renungkanlah

p/s:aku faham macamana situasi tu,sebab aku pernah alaminya..

2 comments:

Anonymous said...

bestnya tajukkk!!

misfaida said...

heh,tenks..