11/18/2011

REAKSI YANG PELBAGAI :)

Tadi saya pergi program berkhatan. Bukan untuk saya, hehe tapi untuk adik bongsu kesayangan saya. Rasanya dah banyak kali saya mention nama dia sebelum ni kan. Tapi takpelah, saya nak bagitau lagi, nama adik lelaki saya satu-satunya ni Aiman. Aiman panggilan biasa, actually nama dia panjang lagi.


* * * * * * *


FIRST TIME. Untuk pengetahuan kawan-kawan, ini pertama kali saya pergi program khatan.


Salah satu tarikan yang saya rasa paling menarik perhatian saya di program ni pertama sekali adalah kanak-kanak. kanak-kanak yang comel comel dengan wajah yang innocent semua. Geramnya saya tengok diorang hihik. Saya dapat dukung sorang baby ni, nama dia Ashraf. Dia adik kawan Aiman hehe. Comel sangat :D


Kedua, budak-budak lelaki yang pakai kain pelekat. Ahahha, comellah. Lagi-lagi bila tengok Aiman pun pakai kain pelekat. kelakarlah hahha. Mana pernah Aiman pakai kain pelekat sebelum ni. Dia kan baru darjah 2. 


Lastly, reaksi budak-budak yang nak kena khatan yang pelbagai. Ada yang takut, ada yang seronok sebab kawan-kawan dia ramai (Aimanlah ni), ada yang saje tunjuk berani tapi saya tau dia sebenarnya takut, ada yang nangis, ada yang macam excited, and macam-macamlah. Saya cuma mengharapkan semuanya okey dan berjalan dengan lancar tanpa berlaku apa-apa yang tak diingini insya-Allah. Bila tengok ada budak yang takut nak masuk bilik orang khatan sedang dipujuk mak ayah dia, terasa kesian pulak. Kesian kat budak tu and kat mak ayah dia sekali. Biasalah, siapa tak takut kan nak kena khatan. Tapi tulah, hakikatnya memang apa yang Allah suruh kita buat ni banyak kebaikannya. Semoga budak tu terbuka hati untuk berkhatan insya-Allah. Hhhee :D


* * * * * * *


Alhamdulillah, Aiman masuk dan keluar dengan tenang. Saya lega tengok dia tersenyum. Saya faham senyuman dia. Dia macam nak menyampaikan pada kawan-kawannya yang lain bahawa berkhatan taklah sesakit yang disangka. Ada budak-budak yang takut nak masuk pergi jumpa Aiman and tanya macamana apa semua. Dia jawab dengan tenang, siap bagi kata-kata semangat lagi. Tapi saya tau, jauh di dalam hati Aiman, ketakutan tu still ada. Cuma dia cuba untuk hilangkan perasaan tu dengan senyuman dan wajah yang selamba. Hihi, macam faham sangatlah kan, entah betul ke tidak entah. Perasan faham je agaknya haha.


Tahniah Aiman, akhirnya Aiman lepas jugak stage ni. Syukur semuanya berjalan dengan baik. 


May Allah bless :)

No comments: