11/27/2011

PERIBADIKU DAN PERIBADIMU


“.. bagi yang belum berkahwin, usahlah cemari rumah tanggamu nanti dengan maksiat. Sebelum berkahwin, jodoh untukmu adalah pilihan. Pilihan tentang sesusuk peribadi dan akhlak yang akan mendampingimu. Nama si dia telah pun tercatat di lohmahfuz untukmu. Namun peribadinya ditentukan oleh peribadimu. Allah akan menjadikannya kufu pada kebiasaannya. Namun, tidak semua. Jika kau mengimpikan peribadinya soleh, soleh dan solehkanlah dirimu.”

Oleh : Fatimah Syarha

Saya mengimpikan bakal suami yang soleh, jadi saya perlu menjadi solehah.
Saya mengimpikan bakal suami yang menjaga kehormatan dirinya, jadi saya perlu menjaga kehormatan diri saya.
Saya mengimpikan bakal suami yang jujur, jadi saya perlu menjadi jujur.
..............................

Ye, hakikatnya banyak yang kita sering impikan dari bakal suami kita kelak. Baik, bagus, jujur, tepati janji dan sebagainya. Tapi kita lupa untuk membentuk peribadi tersebut pada diri kita sendiri terlebih dahulu.

Saya tak bermaksud kita perlu jaga kehormatan diri 'semata-mata' kerana menginginkan suami yang menjaga kehormatannya juga. Bukan jugak menjadi solehah 'semata-mata' kerana inginkan suami yang soleh. Tak, bukan begitu maksud saya. Sebab untuk kita berada di jalan yang baik dah tentulah pertama-tamanya kerana Allah. Kerana kita nakkan keredhaan-Nya. 'Sebab' yang cuba saya sampaikan tak tertakluk kepada kerana inginkan yang sebegitu juga sahaja. Cuma, itu salah satunya. Salah satu cara juga untuk kita membentuk sesuatu yang baik dalam diri kita. Bermakna kita bukan sekadar mencari yang sebegitu, tapi juga menjadi. Insya-Allah, DIA akan kurniakan yang terbaik yang sekufu dengan kita dan cara pemikiran kita. Insya-Allah.

JADI, MARYAM KENA BENTUK KEBAIKAN YANG MARYAM IMPIKAN DARI SESEORANG ITU DALAM DIRI MARYAM. INSYA-ALLAH PERIBADINYA AKAN BAIK SEBAGAIMANA YANG MARYAM IMPIKAN. BAGAIMANAPUN, JIKA PERIBADINYA SEDIKIT LAIN DARI YANG MARYAM IMPIAN SEKARANG, JANGAN LUPA UNTUK TETAP BERTERIMA KASIH PADA-NYA. DIA LEBIH TAHU PERIBADI BAGAIMANA YANG TERBAIK UNTUK MARYAM, PERIBADI BAGAIMANA YANG MAMPU BERADA DI SAMPING MARYAM SAMPAI KE AKHIR HAYAT MARYAM, DIA LEBIH TAHU. YANG PENTING, MARYAM USAHA, BERDOA, DAN TAWAKKAL SETELAH MARYAM CUBA YANG TERBAIK. KITA CUMA MERANCANG, YANG MENENTUKAN CUMA ALLAH SWT. PERCAYA DENGANNYA, YAKIN DENGANNYA. YANG TERBAIK UNTUK MARYAM INSYA-ALLAH ADA.

Insya-Allah, dan terima kasih :)

Semoga kita kuat hadapi arus kehidupan yang semakin hari semakin menduga iman kita, amin insya-Allah :)

MARI KITA CUBA UNTUK 'MENJADI' TERLEBIH DULU, INSYA-ALLAH PENCARIAN BERHASIL HEHE :P

11/24/2011

NEWS AFTER MID-BREAK

Minggu ni dah masuk minggu kedua lepas mid-break. Ada banyak rasanya nak story. Hehe.

RESULT MID-TERM EXAM Sedih nak cakap, tapi teruk jugaklah. Paling teruk rasanya calculus2-lah. Sampai saya rasa nak drop. Alamak, tapi kena bayar 500 pulak. Huhu. Paling tinggi antara dynamic, calculus2 and electronic nampaknya jatuh kepada electronic. Heheh, walaupun saya rasa actually electronic pun taklah bagus mana pun. Overall semua pun teruklah huhuk. Hmm, it's okay maryam, quiz masih ada, final exam masih ada. So insya-Allah, i'll try my best until the end. I mean, until the end of this semester. Hopefully takde yang kena repeat. Amin. Amin.

CUACA Start minggu ni saya rasa cuaca macam kurang menentu. Ada masa pagi hujan, ada masa panas. Ada masa petang terik, ada masa hujan, ada masa berangin. Malam pun lebih kurang macam tu. Kurang menentu. So kena sentiasa bawa payung bersama, tak kira ke mana. Dahlah payung saya hilang. Untuk sem ni, ni dah masuk kali kedua payung saya hilang. Selalu masalah misplaced. Careless betul kamu ni maryam. Okey, balik pada kes cuaca. Untuk hari ni, saya perasan sejak pagi lagi berangin kuat sangat. Saya tengok awan, kadang-kadang macam nak hujan, kadang macam cerah elok je. Sekarang, saya tengok macam nak hujan pulak. Tapi tadi dah hujan rintik-rintik. Rasanya nak hujan dah ni. Tapi tengahari tadi sampai pukul 3.30 centu panas terik jugaklah. Sampai terasa bahangnya masa jalan nak pergi engin tadi. Okey, rasanya cukuplah sampai sini dulu berita cuaca dari orang yang takde ilmu pasal cuaca apa semua ni. Hihi.

CAFE Jumaat lepas ada pegawai kesihatan datang cafe mahallah aminah. Tak taulah mungkin ada masalah kebersihan ke apa, cafe mahallah aminah kena tutup seminggu lebih kurang. So masa balik dari rumah tu, umi bekalkan banyak jugaklah makanan. Risau umi, takut saya tak cukup makan. Sayang umi walid hhe. Ok ok, back to the original story. Bila cafe tutup, rasa sunyi pulak perkarangan mahallah aminah. Biasanya tengahari dan petang ramai je orang lalu-lalang. Tapi bila cafe tutup, terasa lainnya. Kalau malam apatah lagi. Sampai takut pulak saya nak turun dibuatnya hehe. So disebabkan cafe tutup, kitorang kena pandai-pandailah cari makanan sendiri. Makan kat kuliyyah masing-masing ke, kat HS ke, eVoke ke, takpun kat mana-manalah. Dengar cerita banyak jugak cafe mahallah lain kena tutup. Takpe takpe, kita anggap ada hikmahnya. Semoga lepas ni diorang lebh menjaga kebersihan cafe supaya kita semua sihat insyA-Allah :)

KESIHATAN SAYA Hmm, alhamdulillah nampaknya kesihatan saya kurang baik minggu ni. Mungkin berpunca dari pecah mulut/ulser yang banyak dalam mulut ni. Mulanya satu je, then jadi banyak. Bila banyak mestilah terasa sakit sampai ke tekak. Sengal-sengal badanlah, peninglah, takde mood. Heheh, macam-macam pulak. Takpe maryam, itu semua untuk kebaikan maryam insya-Allah. Kalau maryam bersyukur dengan ujian ni, insya-Allah Allah ampunkan dosa-dosa maryam. Baiklah hihi, pujuk diri sendiri.

Rasa macam nak cerita banyak lagi, tapi rasanya setakat ni cukup sampai sini dululah. At least saya dah luahkan apa yang saya nak. Terima kasih blog SWEET LEMON TEA. Terima kasih jugak readers, kalau adalah hihi.

Okey, assalamu'alaikum warahmatullah :)

11/19/2011

NEW FUN THING TO DO

Sejujurnya, saya seorang yang agak sentimental. Saya minat sesuatu yang seni. Contohnya melukis, buat novel, buat sajak, dan tak lupa jugak menulis diari. Yang paling saya suka of courselah buat sajak and mengarang novel. Siap pasang impian lagi nak ada novel sendiri terbitan Alaf 21 atau Prima. Tapi sekarang nampaknya dah tak berkesempatan nak mengarang cerita ke apa. Sibuk sikit huhu. Sajak bolehlah kot.

Ok ok, 'new fun thing' yang saya maksudkan kat atas bukanlah sajak, novel, dan sebagainya tu. Tapi satu aktiviti baru yang saya temui minat saya padanya. Aktiviti yang dulu saya anggap biasa tapi sekarang jadi satu keseronokan buat saya. Sambil sambil nak release tension, nak cari sikit kelapangan, nak relaxkan fikiran, nak beriadah, dan tak lupa jugak nak buat aktiviti yang menyihatkan. Lagipun saya dah lama jugak tak lakukan aktiviti sukan selain dari cycling.

Aktiviti baru tu adalah SWIMMING. Clap clap clap hehhe. Kebetulan kawan-kawan saya pun minat jugak berenang, lagilah bertambah semangat saya. Tapi saya masih seorang beginner. Tak pandai sangat pun lagi berenang,  masih dalam proses sedang belajar. Salah seoang kawan saya pulak lifeguard kat kolam renang uia, lagi mudah nak belajar berenang kan. Alhamdulillah :)

SEMOGA SATU HARI NANTI SAYA BOLEH JADI SEORANG PERENANG YANG HEBAT INSYA-ALLAH. hehe.

p/s : Nak jadi seorang perenang yang hebat cuma salah satu impian sampingan saya je. Paling penting, saya nak berjaya dunia dan akhirat dalam redha-Nya insya-Allah :)

11/18/2011

REAKSI YANG PELBAGAI :)

Tadi saya pergi program berkhatan. Bukan untuk saya, hehe tapi untuk adik bongsu kesayangan saya. Rasanya dah banyak kali saya mention nama dia sebelum ni kan. Tapi takpelah, saya nak bagitau lagi, nama adik lelaki saya satu-satunya ni Aiman. Aiman panggilan biasa, actually nama dia panjang lagi.


* * * * * * *


FIRST TIME. Untuk pengetahuan kawan-kawan, ini pertama kali saya pergi program khatan.


Salah satu tarikan yang saya rasa paling menarik perhatian saya di program ni pertama sekali adalah kanak-kanak. kanak-kanak yang comel comel dengan wajah yang innocent semua. Geramnya saya tengok diorang hihik. Saya dapat dukung sorang baby ni, nama dia Ashraf. Dia adik kawan Aiman hehe. Comel sangat :D


Kedua, budak-budak lelaki yang pakai kain pelekat. Ahahha, comellah. Lagi-lagi bila tengok Aiman pun pakai kain pelekat. kelakarlah hahha. Mana pernah Aiman pakai kain pelekat sebelum ni. Dia kan baru darjah 2. 


Lastly, reaksi budak-budak yang nak kena khatan yang pelbagai. Ada yang takut, ada yang seronok sebab kawan-kawan dia ramai (Aimanlah ni), ada yang saje tunjuk berani tapi saya tau dia sebenarnya takut, ada yang nangis, ada yang macam excited, and macam-macamlah. Saya cuma mengharapkan semuanya okey dan berjalan dengan lancar tanpa berlaku apa-apa yang tak diingini insya-Allah. Bila tengok ada budak yang takut nak masuk bilik orang khatan sedang dipujuk mak ayah dia, terasa kesian pulak. Kesian kat budak tu and kat mak ayah dia sekali. Biasalah, siapa tak takut kan nak kena khatan. Tapi tulah, hakikatnya memang apa yang Allah suruh kita buat ni banyak kebaikannya. Semoga budak tu terbuka hati untuk berkhatan insya-Allah. Hhhee :D


* * * * * * *


Alhamdulillah, Aiman masuk dan keluar dengan tenang. Saya lega tengok dia tersenyum. Saya faham senyuman dia. Dia macam nak menyampaikan pada kawan-kawannya yang lain bahawa berkhatan taklah sesakit yang disangka. Ada budak-budak yang takut nak masuk pergi jumpa Aiman and tanya macamana apa semua. Dia jawab dengan tenang, siap bagi kata-kata semangat lagi. Tapi saya tau, jauh di dalam hati Aiman, ketakutan tu still ada. Cuma dia cuba untuk hilangkan perasaan tu dengan senyuman dan wajah yang selamba. Hihi, macam faham sangatlah kan, entah betul ke tidak entah. Perasan faham je agaknya haha.


Tahniah Aiman, akhirnya Aiman lepas jugak stage ni. Syukur semuanya berjalan dengan baik. 


May Allah bless :)

11/08/2011

SORRY FOR I AM THE SLOW ONE

Sesiapa pun yang kawan dengan saya mesti akan rasa saya slow. Yup, memang saya slow. Saya akui kekurangan saya yang satu ni. Sangat obvious you know. Memang sangat sangat. Lagi-lagi bila saya berkawan dengan seorang yang sentiasa laju. Buat apa-apa pun sentiasa boleh buat dengan laju dan pantas.

Okey, saya tak maksudkan saya ni seorang yang sangat lembap ke apa. Lain sikit. Kalau buat kerja kat dapur ke apa, okey je. Taklah lembap pun. Cuma ada part-part yag saya rasa memang saya slow. Contoh paling senang, menulis. Kalau menulis note kat depan, orang lain dah siap salin, saya belum lagi. Huhu, thinking about this make me feel quite sad. Bukannya apa, ada kawan yang dekat dengan saya kadang-kadang macam tak boleh terima kekurangan saya yang satu ni. I could read from the way she talk. Minta maaf, tapi hakikatnya, inilah diri saya. Terpulanglah pada awak untuk terima saya atau tidak. Jika mampu, terima kasih. Jika tak, biar saya berundur.

Tapi alhamdulillah, dia cuma satu dalam sepuluh. I mean, kawan-kawan saya yang lain tak seperti dia. Mereka boleh terima saya seadanya. Sebab tu saya tak boleh terlalu memandang ujian sekecil itu seperti sesuatu yang sangat menyedihkan. Sedangkan Allah dah sediakan ramai lagi sahabat-sahabat yang menerima diri saya malah menghargai persahabatan kami. Saya bersyukur sekali dikurniakan mereka sebagai teman. Syukur yang tak terhingga. Terima kasih kawan-kawan. Terima kasih Ya Allah :)

p/s : I hate it when people wait for me. But sometimes, i need them to wait. How to explain this? Uh it's hard.

SORRY FRIENDS ABOUT THE MESSAGES

Alhamdulillah, sekarang saya di rumah. Hari tu saya balik jumaat petang. Umi yang datang ambik after ambik kaksa di sbpi rawang.


Untuk pengetahuan kawan-kawan semua, phone saya takde bateri since that day. Hari jumaat sampailah ke hari ni, bateri kong. Tadi saya baru jumpa charger phone and baru je charge. Ada kawan yang mesej hari sabtu  lagi. Maaf, bukan sengaja tak nak reply tapi memang tak dapat berhubung dengan sesiapa through phone. Sekali lagi, maaf.


Susah bila phone rosak ni. Semuanya bermula lepas phone saya rosak beberapa minggu yang lepas. Kebetulan walid baru beli telefon baru sebab phone walid ada masalah tak boleh dengar orang kat hujung talian bercakap. Tapi tu jelah problemnya. Yang lain okey. But because my father is a lecturer and he need to speak with others a lot, he has to buy a new one. Dan phone walid takde sape yang guna. Disebabkan phone saya rosak, saya terpaksa guna phone walid yang lama buat sementara waktu. Alhamdulillah, paling kurang pun dapat mesej apa semua. Cumanya tak boleh call oranglah. Actually susah jugak tapi takpelah, paling kurang boleh berhubung through mesej. Itu pun kira okey dah. Tapi phone ni takde charger, tak tau duduk mana. So saya bawak balik uia tanpa charger. Nasib baik roommate saya kebetulan ada charger yang boleh diguna untuk semua jenis bateri. Tapi kalau tengah charge terpaksa off dululah phone sebab nak bukak bateri. Hmm, bila macam tu kadang-kadang jadi lambat sikitlah nak reply mesej orang apa semua. Saya tak tau nak explain macam mana kat kawan-kawan, quite complicated. Entahlah orang boleh faham ke tidak. Huhu.


Lepas balik rumah hari tu, saya tak jumpa charger phone ni. Tu yang tak dapat charge tu. Minta maaf buat kawan-kawan yang ada mesej sepanjang phone saya takde bateri. Okey, bila dah jumpa charger and dah dapat charge nak reply mesej kawan pulak jadi masalah. No credit. Adoi, complicated-nya. Mesti ada yan geram sebab saya tak reply mesej. Sekali lagi, memang saya tak berniat :(


Okeylah, i think that's all i need to tell you. Hope you could understand.

11/03/2011

SECOND ASSIGNMENT THIRD EXAM

Semalam exam calculus2 and dynamics. Hmm, nak komen apa ye. Entahlah.


Pasal calculus2 tu macam peliklah. Venue tak tersusun. Macam mana boleh macam tu ye? Tak rasa macam exam pulak huhu. Mula-mula kitorang semua pergi cac sebagaimana yang sir cakap. Venue kat cac. Tapi tiba-tiba time dah masuk dewan cac tu lecturer tu cakap kat situ exam english. Ke sana sini kitorang cari venue. Exam yang sepatutnya start kul 5 jadi mula kul 5.30 pulak. Dahlah after that ada exam dynamics. Gelabah dah kitorang, angkat mejalah apalah. Bercampur-aduk dah formula kat dalam kepala time tu. Tapi takpe, sya faham. Lecturer pun mesti kelam-kabut dah. Kesian pulak tengok sir, mesti sir penat. Takpe sir, kami faham insya-Allah hihi.


Next, exam dynamics. Right after Maghrib prayer. Sebab habis calculus lewat dari yang dirancang, memang tak sempatlah dah nak jeling-jeling notes sikit hehe. Alhamdulillah venue kali ni tersusun elok. Tempatnya pun selesa. Cuma lampunya je kekuningan agak memeningkan. 


Overall, quite bad haha.


Habis dynamics dalam pukul 10.30 malam. Balik bilik relax jap then buat assignment programming. Bajet macam sekejap, huh tapi last2 tak tidur sampai subuh. Serius ada part tu tak dapat2 nak solve. Tapi alhamdulillah pagi tadi dah dapat selesaikan atas bantuan roommates. Thank you girls hihi. And tadi baru je saya submit kat dropbox. Lega rasa :)


Hari ni balik! Yeay! Haha. Tak sabar nak jumpa umi walid :D

11/01/2011

LAST WEEK BEFORE MID-TERM BREAK

bismillahirrahmanirrahim.

Agak stress lately. Dengan exam, kuiz (macam biasa), masalah-masalah yang tak disangka, and macam-macam lagi. Terasa pack hari-hari yang berlalu. Mungkin sekarang rasa macam tak sabar nak melepasi hari ni. Tapi hakikatnya hari ni yang akan dirindui kelak. Hari bersama teman-teman. Hari kita sibuk sebagai pelajar. Esok belum tentu kita akan merasai perasaan sebagaimana hari ni. Hehe.

Sebenarnya lusa ada exam. 2 paper lagi, dynamic and calculus2. Wah, memang stress. Tapi sempat lagi meng-update blog heheh. Nak lepas tensyen. Sajelah kan.

Tadi baru habis kelas sleu dynamic. Hmm, banyak jugak abang tutor tu discuss tadi. Besar jasa abang-abang and kakak-kakak tutor. Kongsi ilmu berguna dengan kitorang insya-Allah. Semoga Allah balas jasa diorang dengan sebaik-baik pembalasan. Semoga mereka semua diberkati selalu. Hihi.

Tak sabar dah rasanya nak balik rumah. Tapi tulah, saya tak boleh sia-siakan hari ni. Saya tak boleh ada rasa nak hari ni berlalu dengan pantas atau sebagainya. Saya kena nikmati setiap hari ini yang saya punya. I must!

Untuk hari yang dah pun berlalu pergi, terima kasih sebab dah ajar kami untuk jadi lebih kuat. Untuk hari-hari esok, insya-Allah saya akan cuba persediakan diri menghadapi kamu. Tapi nak kata ready sangat tak jugak. I'm just trying my best to be ready. Apa-apa pun boleh jadi dalam jangka masa terdekat atau lambat ni. Anything, so to be ready, i need HIM :)

Oh Allah, take me to your side. I'm weak when i'm far away from you. I need you in everyday i face. So many things that sometimes make me smile and sometimes make me cry. You created everything, you planned everything, all for our best. You loves us, that's why you test us. Thank you Allah, for being there always and will be till the very end insya-Allah.

Okaylah, masa untuk mengundur diri. Doakan saya boleh jawab exam dengan baik insya-Allah. Semoga saya dan sahabat-sahabat yang lain dipermudahkan jalan oleh-Nya untuk berjaya dengan cemerlang dalam redha-Nya. Wish us all the best okay. Thank you :)

Wassalam.