2/24/2011

PERKAHWINAN


Jika mahu mendapatkan yang SOLEH, kurangkan agenda menCARI si SOLEH, tetapi berusahalah menJADI yang SOLEHAH. Jika inginkan yang SOLEHAH, janganlah cerewet menCARI yang SOLEHAH,tetapi berusahalah menJADI yang SOLEH. Bertemu yang solehah,solehahnya dia belum tentu KEKAL. Bertemu yang soleh, solehnya boleh BERUBAH kerana si soleh dan si solehah adalah insan biasa. Perkahwinan adalah sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI.


 hadirkanlah insan yang juga mencintai-Mu kepadaku agar bertambah cintaku pada-Mu.


Saya akan cuba untuk MENJADI,
bukan sekadar MENCARI.

2/23/2011

CHANGES NEED SACRIFICE

when you say you wanna change, from a worse person to a better and better and better person, means you are ready to face whatever test'll be given to you. yup, get ready for a test. test untuk uji sejauh mana kita nekad untuk berubah. Allah takkan biar kita cakap kita seorang muslim yang bertaqwa tanpa menduga sekuat mana iman kita. biasalah, perubahan perlukan pengorbanan. dan kadang-kadang kita terpaksa korbankan keegoan kita. that's a real changes, apa pun jadi on the future still tak boleh gugat keinginan kita tu. tapi saya pun akui, itu bukan sesuatu yang mudah. sangat sukar, saya faham sebab saya pernah laluinya jugak.



buat sahabat seperjuangan yang mengalami kepayahan ni, saya nasihatkan supaya teguhkan pendirian. at the beginning je akan rasa pelik, tapi insya-Allah things will get better time by time. Allah pun suka jika hambaNya benar-benar nak berubah, sebab tu DIA sediakan sedikit cubaan untuk kuatkan kita memandangkan kemungkinan besar banyak lagi cubaan lain yang bakal kita hadapi akan datang. DIA nak kita jadi hambaNya yang kuat. kuat demi kasihNya, dan kuat demi redhaNya. so be tough friend! jangan rasa lemah. trust HIM, DIA ada dengan kita selagi kita ingatiNya sentiasa. sesungguhnya Allah sayangkan hambaNya yang sabar. hadiah istimewa ada disediakanNya di hujung jalan dugaan.

IT'S ABOUT LOVE
IT'S ABOUT COMPASSION
IT'S ABOUT KINDNESS AND FAITH

IT HAS NOTHING TO DO WITH LUCK
YOU GET WHAT YOU GIVE
SO GIVE GOOD



may Allah bless :)

2/21/2011

I NEED YOUR GUIDENCE TO GUIDE OTHERS

COMMUNITY SERVICE
this is what i want from the very beginning. dan alhamdulillah, menjadi ahli titian wahyu club insya-Allah boleh mencungkil lebih banyak kemampuan saya dan kawan-kawan. kami tak berkhidmat untuk duit atau nak menunjuk-nunjuk, tapi untuk mengasah adik-adik dengan minda yang cerdas diiringi sahsiah yang bagus. insya-Allah.

sabtu dan ahad baru-baru ni, saya dan sahabat diberi tanggungjawab untuk jadi mentor kepada adik-adik dari sekolah al-huda. mulanya macam tak yakin, tapi bila tengok semangat adik-adik mentee terasa semangat pulak. hhehe :P

alhamdulillah, tamat program dengan baik. macam biasa, sesi postmoterm dijalankan. setiap mentor dan committee akan bagi komen dan pendapat atau cadangan masing-masing. waktu tu mungkin sebab dah penat so saya punya pendapat macam entah apa-apa kan. apa yang sepatutnya saya cakap bukan itu saje sebenarnya. at the end of my words, i'm supposed to say TOLONG BERI SAYA TUNJUK AJAR DAN MINTA MAAF ATAS SEGALA KEKURANGAN YANG DISEBABKAN OLEH SAYA.

terima kasih buat abang-abang dan kakak-kakak senior yang dah banyak membantu :)

2/18/2011

A NON-STOP TRANSPORT

ini pilihan saya. pilihan saya untuk menjadi saya yang kini. mungkin ada perancangan yang saya lakukan tak berjaya, tapi saya yakin itu bukan pengukir kesedihan seorang manusia bernama hamba. DIA tahu apakah pilihan saya itu terbaik untuk masa depan saya atau tidak, jadi DIA ciptakan dua lorong buat saya. sama ada perancangan saya berjaya, atau tidak. jika berjaya bermakna itu baik buat saya insya-Allah, dan jika tidak bermakna itu bukan yang terbaik buat saya. saya hambaNya, bermakna segala yang saya punya adalah milikNya. jika itu bukan kehendakNya, maka apa kudrat saya untuk menentangNya.

pernah satu ketika, saya merasai betapa sakitnya segenap tubuh saya. tunduk terasa sakit, duduk sakit, baring sakit. resah seketika, apakah ini akan berlanjutan? dalam waktu saya merasai kesakitan itu, melihatkan orang lain yang boleh tunduk, duduk, dan baring tanpa rasa sakit menimbulkan rasa sayu. itukah nikmat yang pernah saya ada tapi tak pernah saya syukuri? waktu itu baru terasa, betapa sekadar rukuk dengan baik pun satu nikmat yang tak terhingga dariNya. kerana ketika itu rukuk pun cukup derita buat saya. hanya Allah yang tahu betapa sukarnya untuk saya bergerak seperti biasa. seketika mengalir air mata syahdu.
'Ya Allah, andai dengan cara ini hamba bisa lebih dekat denganMu, hamba terima semua ini dengan redha. andai dengan cara ini bisa terampun segala dosa hamba, hamba terima semua ini dengan hati terbuka. tapi satu hamba minta, kuatkan hamba, kuatkan hamba untuk melalui semua ini.'
tak pernah saya rasakan kesakitan sebegitu. kesakitan yang menjalar dalam setiap pergerakan saya. untuk kata tak sedih langsung, itu tak mampu saya dustakan. kesakitan itu berterusan sampailah satu ketika, di pagi hari jumaat. kalau semalam, nak tundukkan wajah untuk cuci muka pun tak mampu. tapi tiba-tiba hari itu saya mampu. kesakitan masih bersisa, tapi kemampuan yang saya dapat kembali itu bagaikan membuka lembaran baru buat saya. tiada kata yang mempu saya ungkapkan ketika itu. hanya DIA yang tahu betapa riangnya hati saya. ya Allah, terima kasih tak terhingga. mampu rukuk dengan baik pun terasa nikmat sekali. sampai hari ini, kenikmatan itu masih menusuk sanubari. kesakitan yang sedikit cuma tak mampu membalas nikmat sebesar itu. nikmat yang setiap kita rasai tapi cuma sedikit yang mensyukuri.

banyak yang saya pelajari dari apa yang saya lalui. dan saya tekad, saya perlu memperbaharui jalan-jalan yang bakal saya lalui di masa akan datang. saya perlukanNya di sisi saya. saya perlukanNya sebagai teman di saat suka mahupun duka. percayalah, dialah teman terbaik yang mampu memperbetulkan setiap langkah kita. kisah ini mungkin salah satu pengajaran dari Allah buat saya dan ia masih utuh tersemat di hati dan ingatan saya. semoga saya lebih kuat untuk menghadapi apa pun jua ujian dariNya kelak.

ambillah iktibar dari apa pun musibah atau pun ujian yang melanda diri kita. ujian itu bukan pelemah semangat kita, tapi penguat ikatan kita denganNya, hanya jika kita memuhasabah akan kehadirannya. semoga dapat kita ambil iktibar dari semua ini. hargailah nikmatNya yang masih kita punya, sebelum DIA menariknya dari kita. itu hakNya, itu milikNya. DIA tahu siapa hambaNya yang layak menghadapi ujian-ujianNya. dan janganlah bersedih bila ujianNya tiba, kerana bila ia datang bermakna kita terpilih untuk menjadi calon syurgaNya insya-Allah. tapi sebelum sampai ke syurgaNya, tabahkan diri dan bersabarlah dengan ujian itu. insya-Allah kebahagiaan akan tiba seketika nanti. a non-stop transport will never stop even when we really want it to stop. so just follow. but make sure you follow it with calm and patience. benefit of them, you'll be able to figure it out as the transport pass the end of the test. and the transport is the time. the precious time. wallahua'lam.

may Allah bless.

2/11/2011

THIS IS WHAT IT IS

selalu terjadi, bila kita pandang perasaan kita melebihi orang lain, semua pun jadi tak kena. sedangkan apa yang kita rasa kebiasaannya adalah refleksi dari perbuatan kita sendiri. sengaja atau tidak, wallahua'lam. yang pasti, kita begitu mudah nampak kekurangan orang lain berbanding diri sendiri.

kita rasa orang susah nak faham diri kita, adakah kita sentiasa memahami diri orang lain? kita rasa orang lain selalu sakitkan hati kita, adakah kita tak pernah sakitkan hati orang lain? kita rasa tak suka bila tengok orang emo, adakah kita tak pernah emo? kita rasa tak suka orang tu buat itu ini, adakah kita suka bila orang tak suka apa yang kita buat? kita rasa banyak betul kekurangan orang lain, adakah kita begitu sempurna? kita rasa puas mengutuk orang itu ini, adakah kita puas dikutuk orang itu ini? kita rasa tak cukup dengan apa yang orang lain buat pada kita, adakah kita dah buat sebaiknya pada orang lain? kita rasa teringin untuk punyai kawan yang baik, adakah kita juga seorang kawan yang baik?

cuba tanya diri sendiri, patut ke kita ungkit kekurangan orang lain sedangkan diri kita sendiri masih terlalu banyak yang perlu diperbetulkan? patut ke kita hina saudara seagama kita sendiri yang mungkin jahil tentang agama sedangkan kita langsung tak mencuba dan berusaha untuk bawa dia ke jalan yang sebenarnya? sedangkan nabi yang mulia pun tak pernah menghina mereka yang jahil tentang agama malah melakukan yang terbaik untuk mengubah mereka, inikan kita yang begitu banyak dosa dan kekurangan yang berusaha pun tidak dalam mencegah sebarang kemungkaran. patut ke kita jadi macam ni?

ya Allah, ampunilah kami andai kami sengaja atau kami tersalah. ampunilah kami ya Allah.

2/10/2011

TOUGH TOUGH

ya Allah, kurniakan hamba ketabahan supaya kuat untuk hamba hadapi segala cubaan ini. amin.

PLEASE, UNDERSTAND WHAT I FEEL.

2/02/2011

FIRST FRIEND-OUTING DI UIA GOMBAK

sejak masuk uia gombak, saya tak pernah keluar outing dengan kawan-kawan. malas, sebab kena naik bas and jalan sampai sakit kaki. saya cepat penat, jadi kurang sikit hang out dengan kawan-kawan ni. sangat jarang. for the first time, sabtu baru baru ni. fatim ajak keluar and dia drive. dia datang ambil kami di uia. our first destination is ampang park. dah lama teringin nak makan roti nan cheese kat kedai mak fatim. hehe, akhirnya. waaah, sangat sedap. banyak sangat sampai akhirnya terlebih kenyang. after that baru jumpa amal and then we move to butik mak fatim. seronoooook. sampai jugak akhirnya. lepas tu baru kami balik uia semula. singgah library sekejap, pinjam buku apa semua. lastly, farewell. hhe. okaylah, i will pass this speech to the pictures. let them story everything. ehihi, everythinglah sangat :P












terima kasih buat fatim, huda, dan amal for these sweet memories. can't wait to meet you again next time insya-Allah.

BUAT KAKLONG

SEMOGA KAKLONG SELAMAT DI SANA (MESIR).
sama-samalah kita doakan saudara saudara kita di sana. semoga selamat dalam apa jua situasi.